Tersenyum sinis saya pabila terlihat tajuk utama Berita Minggu yang lalu iaitu ‘Ramai Suami Punca Masalah Sosial Keluarga Melayu Islam’. Antara punca utama sebab yang diberikan ialah suami berkahwin lagi, keluar masuk atau meringkuk di pusat tahanan atau penjara.  

Sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam menangani kes-kes kaunseling dan beberapa kes ‘Hakam’ di Mahkamah Shariah, saya tiada pilihan selain terpaksa setuju dengan kenyataan tersebut. 

Kes kahwin semula yang melibatkan golongan Melayu-Islam adalah antara faktor yang paling meruncing di kalangan masyarakat kita. Setiap perceraian biasanya membabitkan tuntutan nafkah iddah & mut’ah (pampasan) yang perlu dibayar oleh pihak suami kepada bekas isteri. Sebagai rekod, ramai di kalangan kaum lelaki yang tidak melunaskan kewajipan memberikan nafkah & iddah bekas isteri mereka, ini belum termasuk lagi ‘maintenance’ yang perlu dilunaskan bagi menanggung anak2 di bawah penyeliaan bekas isteri mereka.  

Dalam salah satu kes Lembaga Rayuan Muis yang saya terlibat sebagai salah seorang ahlinya, saya dapat melihat sendiri tuntutan kes yang melibatkan bekas pasangan suami isteri yang bertelingkah semata-mata kerana isu tuntutan rumah. Akibat tidak ingin bertolak ansur dan mengikut rasa hati, perkara yang boleh diselesaikan secara aman berakhir dengan persengketaan yang memanjang. Yang untung, sang peguam..kan baik duit tersebut dibayar kepada bekas isteri bagi bayaran iddah & mut’ah yang masih tertunggak belum dibayar! Atau bayar je kat saya ni!  Boleh jugak saya bantu jadi orang tengah mendamaikan mereka..hehe : ) 

Hasil perbincangan dengan seorang teman yang biasa terlibat menghakimi kes-ses di mahkamah keluarga, dikatakan kes2 tuntutan isteri bagi suami yang tidak membayar tunggakan ‘maintenance’ kebanyakannya melibatkan kaum Melayu-Islam, walaupun kita hanya kaum minoriti di sini. Antara sebabnya kebanyakan daripada mereka ini pula berpendapatan rendah, lebih buruk lagi kebanyakan daripada mereka ini pula yang belum lagi selesai tunggakan kewajipan dengan isteri lama mereka dan anak2 daripada perkahwinan terdahulu, berkahwin pula dengan isteri baru, dapat pula anak2 baru : ) Jika ditanya kenapa tak bayar, oh..pendapatan saya tak seberapa, saya dah ada keluarga baru..hmmph, kesian anak2 daripada ibu lama seolah dilayan seperti anak tiri pula. 

Namun segala kesalahan ini tidaklah boleh diletakkan 100% pada pundak golongan lelaki sahaja, kaum perempuan juga patut dipersalahkan. Mereka lebih patut berhati2 dalam memilih calon suami. Jangan main tangkap muat jer..Yang susah dan merana nanti diri kita sendiri. 

Sukar sebenarnya untuk kita atasi isu yang rumit seperti ini, ia perlu kepada anjakan paradigma pada diri seorang suami yang terbabit dan tidak lupa juga pada seorang isteri. Sebagai penutup posting kali ini, baik rasanya saya sudahi dengan beberapa take away sebagai peringatan untuk diri kita semua.

Buat sekalian suami yang baru berpisah atau sudah lama berpisah tapi masih mempunyai access baggage dengan bekas isteri. Renungkanlah dengan teliti perkara2 yang saya sebutkan di bawah:

1. Jadilah seorang lelaki yang sejati. Jika anda berkahwin dengan cara baik, berpisahlah juga dengan cara yang baik. Tunaikanlah segala tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah pada diri kita ke atas mereka. Janganlah kita menzalimi hati seorang (bekas) isteri. 

2. Ingatlah jasa bekas isteri kita selama masa berkhidmat kepada kita. Kenangkan kembali saat2 kita mengecap nikmat bersama isteri. Saat2 bahagia kita bersama mereka. Lupakah kita? Siapakah yang melahirkan zuriat2 kita? Siapa pula yang memastikan rumah kita dalam keadaan yang seelok mungkin. Siapa pula yang memasak, membasuk pinggan mangkok, menggosok, membasuh dan menyidai baju. Lupakah kita?

3. Payah ke untuk berpisah cara baik dengan bekas isteri? Tunaikanlah sedapat mungkin segala nafkah iddah & mut’ah atau maintenance. Tak kesian ke kita pada bekas isteri yang terpaksa menanggung segala beban kita? Tidakkah kita pernah terfikir bagaimana susahnya bekas isteri dan anak2 sedangkan ada di antara kita gembira mengecap kesenangan dengan keluarga baru? 

4. Jadilah seorang bapa yang bertanggungjawab. Pastikanlah urusan kebajikan anak2 tidak diabaikan sebaik sahaja kita sudah berpisah dengan isteri. Ingatlah, anda tetap bertanggungjawab memastikan kebajikan anak2 terpelihara. Ini tidak termasuk jalinan kasih sayang yang masih didambakan oleh anak2.  

5. Tidak malukah kita di berkelahi dan bertengkar di hadapan anak2? Tidakkah kita memberikan contoh yang kurang baik pada diri anak2 dan menjatuhkan air muka kita sebagai seorang pemimpin keluarga yang sepatutnya menjadi contoh yang ulung pada diri anak2 dan isteri?

6. Tahukah kita, anak2 yang kurang kasih sayang dan sokongan seorang bapa dan dipelihara oleh seorang ibu tunggal mempunyai risiko yang besar membesar menjadi anak2 yang bermasaalah dan terlibat dalan kegiatan yang kurang sihat? Inginkah kita melihat anak2 kita begitu?

7. Ketahuilah, anak2 kita berpotensi menjadi anak2 yang baik walaupun kita dan isteri berpisah. Asal sahaja kita jangan lupa tanggungjawab kita selaku seorang bapa. 

Ketekunan kita melunaskan hak bekas isteri  akan dapat membantu hubungan yang lebih erat seterusnya memberikan impak yang besar pada pembangunan anak.

8. Jika kita membuat keputusan ingin berkahwin lagi, janganlah diabaikan tanggungjawab sedia ada. Buatlah perkiraan dengan teliti dalam membuat perancangan dari segi kewangan, baik tanggungjawab terhadap bekas isteri dan anak2 serta juga perancangan pada keluarga baru. 

9. Lakukanlah perancangan keluarga dengan baik bagi keluarga baru anda. Jadikan pertimbangan bebanan tanggungjawab lama yang belum selesai dalam membentuk keluarga yang baru. Mulakan dengan keluarga yang kecil dahulu dan janganlah tambah bebanan anda dengan bebanan baru yang mungkin anda sendiri tidak akan terpikul dan mengheret diri anda pada satu masalah yang lain pula. 

10. Belajarlah daripada kesilapan anda yang terdahulu. Jadikan ia sebagai iktibar. Semoga kesilapan lama dapat mematangkan kita dan menjadikan kita sebagai suami yang lebih bertanggungjawab dan matang dalam menghadapi apa jua cabaran. 

Semoga apa yang saya sebutkan di sini menjadi iktibar dan renungan untuk kita semua termasuk diri saya termasuk juga mereka yang belum berumahtangga. 

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

One response »

  1. dew embun says:

    Tazkirah yang sungguh mendalam, cukup menyentuh dan menginsafkan.Terima kasih, Ustaz. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s