
PHOTO: THE NEWPAPER
‘Yoga may have its roots in Hinduism. But if you take away the meditation and other spiritual aspects, it becomes just another form of exercise.’
Beginilah komen saya pada The Straits Times pada 9 November yang lalu. Masa tu tgh tengkarah di Malaysia tentang komen seorang prof di sana yang menggesa agar kerajaan Malaysia mengharamkan Yoga atas alasan ianya boleh membahayakan aqidah. Baru-baru ni keluar pula fatwa rasmi di Malaysia mengharamkan Yoga. Tiada sebarang kesilapan pada fatwa tersebut sebenarnya, sebab Yoga jika diamalkan beserta mantera-manteranya yang berasal dari unsur2 Hindu memanglah jelas haram hukumnya, ini kerana dikatakan matlamat akhir Yoga ialah bersatu dengan Tuhan.
Dalam fatwa tersebut juga ada disebutkan jika tiada disertakan unsur2 Hindu tidak menjadi haram. Tetapi mereka tidak menggalakkan Yoga memandangkan banyak lagi2 senaman alternatif lain boleh dilakulan, malah ketua J/kuasa Fatwa tersebut memberi contoh kenapa tak amalkan sahaja solat sebagai satu senaman?
Pada saya tiada salahnya fatwa negara Malaysia ni, cuma sepatutnya ia dapat disusun dengan lebih baik agar tidak memberi tanggapan bahawa Islam itu kolot dan tidak mengiktiraf rawatan berunsurkan senaman semata-mata kerana adanya kaitan dengan budaya agama walaupun pengamal senaman (seorang Muslim) tersebut tidak mencampurkan sebarang unsur-unsur spiritual agama lain.
Memang tujuan fatwa tersebut adalah baik sebagai satu jalan untuk ‘menutup pintu keburukan’ iaitu untuk mengelakkan umat Islam daripada terjebak tanpa sedari dengan amalan-amalan yang boleh merosakkan aqidah lebih-lebih lagi jika si pengamal Yoga ini seorang Muslim yang jahil. Tetapi bagi saya Islam adalah agama rahmat dan fatwa juga perlu dinamik dengan keadaan semasa. Ia sepatutnya boleh disusun tanpa mengabaikan faktor ‘menutup pintu keburukan’ di samping disertakan panduan atau pengecualian bagi para pesakit sebagai contoh untuk mengamalkannya dengan syarat si pengamal perlu memastikan amalan Yoga tersebut tidak disertakan dengan sebarang bacaan sama sekali untuk mengelakkan terbaca mantera yang punyai unsur-unsur Hindu atau mungkin disyaratkan guru Yoga tersebut beragama Islam atau mungkin juga boleh dilakukan accreditation sama seperti kita lakukan terhadap penganugerahan sijil Halal bagi pusat senaman Yoga. Tak salah juga untuk mereka berikan alternatif kepada para pengamal untuk melakukan improvisasi bagi menggantikan bacaan yang ada kaitan Hindu dengan pujian kepada Allah sebagai contoh.
Bukan apa, mengikut teman saya, taekwondo, Muay Thai, Sumo dan sebagainya juga punyai ritual yang ada kaitan dengan agama lain. Takkan nak mengharamkan kesemuanya? Bagaimana pula dengan silat kalau guna Jin? Sekali lagi saya berpendapat ada jalan keluar bagi perkara-perkara sebegini dan ianya boleh ditangani dengan lebih baik.
Seperti dijangkakan fatwa ini mendapat bangkangan keras di Malaysia termasuk persatuan Kanser di Malaysia. Bayangkan dinyatakan terdapat banyak pesakit barah, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi yang mendapat manfaat daripada pengamalan Yoga ini. Kesian kan, serba sala pastinya mereka dan bakal berdepan dengan tohmahan masyarakat. Malah, guru-guru Yoga di Malaysia sudahpun ditohmah dengan tuduhan syirik oleh bloggers di sana.
Entahlah, bagi saya cara fatwa ini disusun seolah-olah Islam itu rigid sangat. Lihat sahaja cara pengerusi Fatwa tersebut yang menggesa kenapa tak diamalkan sahaja solat sebagai menggantikan Yoga? Kalau macamtu bila patah kaki atau tangan dan sebagainya, tak perlulah jumpa pysio untuk rehabilitasi. Bukan tujuan saya untuk menafikan kelebihan solat tetapi ada senaman lain yang perlu dilakukan secara intensif malampaui solat untuk tujuan rehabilitasi.
Mungkin kita di sini dapat mengambil iktibar daripada episod ini dan saya yakin Majlis Ugama Islam Singapura memerhatikan perkara ini dengan serius dan penuh minat, namun saya yakin rakan-rakan saya di Muis dapat menanganinya dan dapat melakukan dengan lebih baik dari teman sejawat mereka di Malaysia.
Nota:
Kenyataan rasmi Muis yang dikeluarkan pada Berita Harian, 29 November 2009.
Sila lihat: Yoga. MUIS BOLEH DIAMAL UNTUK KESIHATAN – Usah Libatkan Ritual Ritual Agama dan Muslim Perlu Jaga Iman.
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,131411,00.html
saya amat pelik dgn pendekatan ustaz. mungkin ustaz boleh jelaskan supaya dapat saya fahami.mengapakah ustaz bersikap rigid dalam isu-isu fiqh tetapi ingin pula berlapang-lapangan dalam hal-hal yang menyentuh isu ‘aqidah?benarkah pendekatan islam begitu?
salaam,quoteMemang tujuan fatwa tersebut adalah baik sebagai satu maslahah iaitu untuk mengelakkan umat Islam daripada terjebak tanpa sedari dengan amalan-amalan yang boleh merosakkan aqidah lebih-lebih lagi jika si pengamal Yoga ini seorang Muslim yang jahil.quotemasaalahnya, ramai yg jahil tentang aqidah. saya sendiri tak faham sehingga saya duduk dlm kelas aqidah. ternyata banyak sungguh syirik berlaku.setahu saya, 13 tahun lamanya di Mekah sebelum perintah hijrah ke Madinah adalah kerana untuk memperkuatkan aqidah para sahabat yg ada disana.
Yoga = Rosak Aqidah? Syirik?Mengapa ada pendekatan sebegitu? Dan mengapa ia hanya timbul pada hari ini? Mengapa tidak dari dulu lagi?Bagaimana pula dengan senaman2 yang lain yang menggunakan kaedah serta taktik yang serupa seperti Yoga?Wayang Kulit… Tarian Kuda Kepang… Mengapa tidak diharamkan semua itu?Persoalan2 di atas masih terus menjadi persoalan. Jawapan? Hmm… Entah bila akan menjadi satu jawapan.Terlalu banyak sangat persepsi masyarakat dan para tokoh agama tentang beberapa perkara yang lazimnya, pada pandangan umum, boleh merosakkan akidah dan juga moral.Pada hari ini, ia berlaku pada senaman Yoga. Memuja Tuhan…dan akhirnya “bersatu dengan Tuhan”. Yoga hanyalah sekadar senaman.Tidak perlu bermentera bila melakukannya. Tidak perlu juga kita terlalu obsesi dengan apa yang dimenterakan.Anggap ia sekadar senaman biasa. Sebagai satu cara yang boleh merihatkan minda.Jika apa yang dicadangkan agar solat menjadi alternatif untuk bersenaman selain Yoga, maka, umat Islam akan mempunyai persepsi yang berbeza, seperti ini:Adik: Ayah, adik nak senaman kejap.Ayah: Baiklah. Kenapa guna tikar solat untuk senaman? Ataupun adik nak solat? Kan skarang dah lepas waktu Subuh?Adik: Taklah, ayah. Si anu cakap, kalau nak sihat, solat je… Kan Yoga dah diharamkan? Jadi, dia kata solat lagi baik…Ayah: Ler. Kalau semua orang macam adik, dia org takkan khusyuk bila solat. Asyik fikir nak sihatkan badan… Rosak…Get it everyone? =)
ada banyak kitab2 para ulama yg membincangkan isu seumpama ini dgn menggunakan dalil, hujah dan kaedah yang bernas, maka alangkah buruknya apabila hal agama dinilai dgn akal semata-mata.oleh kerana dr yusuf al-qaradhawi amat dikenali ramai, sila rujuk bab pertama dlm kitab "Halal & Haram Dalam Islam" yg ada membincangkan syubhat, tasyabbuh dan sadd ad-dzariah secara ringkas.dalam hal agama, usahlah kita mengambil segala pendapat tanpa sebarang penilaian.saya masih menunggu sang ustaz melunaskan tanggungjawabnya dgn memberi jawapan pada soalan yg dikemukakan.wassalam
Terima kasih kepada mereka yang telah berikan komen pada posting di sini. Masing-masing nampaknya ada pandangan tersendiri dan saya tidak mahu terjebak dengan perdebatan yang tiada penghujungnya lebih-lebih lagi dengan mereka yang tidak saya kenali identiti atau latar belakangnya.Penting bagi kita menghormati pandangan antara satu sama lain dan bersikap terbuka dalam menerima pandangan orang lain. Untuk kemanfaatan bersama, suka saya berkongsi pandangan daripada teman-teman yang lain. Link nya seperti di bawah. http://smalsagoff.multiply.com/journal/item/12/YogaSemoga bermanfaat kepada semua hendaknya.
isu ini adalah dalam bab ‘aqidah, yakni suatu bab di mana para ulama melarang menggunakan akal untuk menyuarakan pendapat. kembalikanlah isu ini kepada wahyu Illahi dan ulasan para ulama muktabar.amat buruk apabila dalam setiap perkara sang ustaz berselindung disebalik sikap “berlapang dada” untuk mempertahankan pendapatnya dan menggolongkan pihak yg minta penjelasan sebagai pihak yg tidak menghormati pendapat lain.Allahul Musta’an
“mengapakah ustaz bersikap rigid dalam isu-isu fiqh tetapi ingin pula berlapang-lapangan dalam hal-hal yang menyentuh isu ‘aqidah?”Saya tak pasti bagaimana Adisg dapat buat kesimpulan sedemikian. Sukar bagi saya untuk jelaskan di sini kerana banyak perkara yang perlu disebutkan dan takut berpanjangan pula. Saya cadangkan agar Adisg bolehlah jumpa saya secara peribadi di masjid. Pintu ofis saya juga sentiasa terbuka, boleh emel saya untuk temujanji jika perlu.Saya juga berharap Adisg tidak membuat lagi sebarang tohmahan atau prasangka yang bukan2 yang boleh menjejaskan kredibliti saya di laman multiply anda.
“Saya tak pasti bagaimana Adisg dapat buat kesimpulan sedemikian.”rujukan – pendekatan ustaz yg menyempitkan ruang fiqh saum ramadan dgn beralasan “ini mazhab syafie”.adalah sebahagian dari tanggungjawab ustaz untuk memberi penjelasan bukan hanya kpd saya secara peribadi, tetapi kpd para pembaca blog.apabila ustaz secara berterusan menyebarluaskan pendapat di dalam agama (terutama sekali yg boleh menjejas aqidah) di lelaman web yg dikunjungi orang awam dgn bersembarangan tanpa pedulikan permintaan untuk dibentangkan dalil dan hujah, maka di manakah letak kredibiliti ustaz?ini bukanlah kritikan peribadi. ini adalah kritikan tulisan2 dan pendapat2 ustaz di lelaman ini.semoga diberi taufiq dan hidayahNya.
Saya telah beri peluang untuk anda bersemuka dengan saya, tetapi malangnya pelawaan saya ditolak. Mungkin anda lebih gemar untuk berselindung di balik alam maya atau takut dengan bayang-bayang sendiri.Statement anda mempunyai andaian bahawa pembaca blog yg lain juga memerlukan penjelasan seperti anda juga. Betul ke? Macam mana anda tahu? Yang komen di sini hanya anda dan seorang bernama Andre. Di multiply anda pula yang sependapat dengan anda tentang isu ni pun dalam 4-5 orang sahaja. Jadi tak salah untuk saya hanya jawab soalan ni untuk anda dan teman-teman shj tanpa perlu saya drag panjang lebar isu tersebut di sini. Macam saya katakan sebelum ini, pintu ofis saya sentiasa terbuka.Tentang pandangan saya tentang Yoga, saya tidak bersendirian dalam hal ini. Sila rujuk lelaman Dr Asri bertajuk: Isu haram yoga, fatwa jangan kaku–> http://drmaza.com/home/?p=505#more-505Kalau dengan penjelasan ni, masih ada yg tak setuju, terserahlah = kita tak dituntut utk bersetuju dalam semua hal.
Jawapan yang bijak lagi bernas oleh Ustaz Yusri. *standing ovation* Kalau dengan penjelasan ni, masih ada yg tak setuju, terserahlah = kita tak dituntut utk bersetuju dalam semua hal.Saya agree dengan perenggan kata2 ini. Mudah-mudahan, selepas penjelasan Ustaz Yusri ini, maka terlerailah sudah isu ini.Lebih banyak lagi perihal masyarakat yang perlu kita tangani bersama. Kalau setakat isu Yoga, sampai ke akhir zaman pun ia tidak akan selesai.Takut pula nanti masuk bab Taiqi, Qiqong… dan sebagainya. Bila nak game?Haram atau tidak senaman Yoga ini, teruslah melungsuri lelaman2 para asatizah yang lain untuk mengetahui pandangan2 mereka.Moga2 Allah s.w.t. beri petunjuk kepada kita semua. Amin Ya-Rabbal Al-Amin.
alhamdulillah, terima kasih atas respons.walaupun saya setuju dalam banyak pendapat dr. asri, namun kebenaran itu tidak terletak kpd seorang tokoh tetapi kpd dalil dan hujah yg dikemukakan.hujah ustaz yusri hanyalah bersandarkan dr asri dan ustaz syed mustafa. tanggungjawab saya hanya menegur, selainnya saya serahkan kpd Allah.komen ustaz haniff di lelaman multiply ustaz syed mustafa jauh lebih bernas dan ilmiah dgn menjelaskan kaedah sadd ad-dzariah.saya akhiri dgn menasihati para pembaca supaya lebih bersikap kritis dlm menilai pendapat2 agama, dan adalah hak seorang penuntut ilmu utk meminta dalil dan hujah dari sang ustaz.”Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.” (al-Israa’, Ayat 36)dan mengenai komen “hanya 4-5 orang”, ketahuilah bahawa kebenaran itu bukan dinilai dgn jumlah tukang sorak.semoga Allah memaafkan sebarang keterlanjuran dlm perbincangan.
‘afwan. dalam komen yang ustaz delete tu, akhi nas aura mastika telah meminta suatu artikel yg menjelaskan hal ini.Tashabbuh bil-Kuffaarhttp://adisg.multiply.com/journal/item/68/Tashabbuh_bil-Kuffaar_Imitating_the_DisbelieversFatwa Yoga – Pandangan Ustaz Hasrizal dari Saifulislam.comhttp://adisg.multiply.com/video/item/12Ustaz Hasrizal telah mempelajari “Ancient Indian Civilization”.Semoga bermanfaat.
Thanks for the links, adi. InsyaAllah, saya akan melungsuri lelaman2 yang telah disenaraikan untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut.Maka dengan itu, kita hentikan pertikaian tentang isu Yoga ini. Apa yang lebih penting sekarang, tubuh kita sentiasa tampak sihat untuk terus beribadah kepadaNya.Alhamdulillah.
Na’am.Sebaiknya Ustaz buka topik lain dengan segera.
salamdibawah ni saya kirimkan petikan dari sebuuah artikel berkaitan adab para ulama dalam menentukan halal dan haram.kesimpulan – sebagaimana para ulama tidak mahu bermudah-mudah dalam menghalalkan sesuatu mereka juga amat ketat dalam nak mengharamkan sesuatu.apa yg hendak saya bangkitkan ialah, jgn cepat menghukum pandangan yg keberatan utk mengharamkan sesuatu sebagai tidak tegas atau bermudah-mudah.salamhanifiyah.multiply.com”…the great jurists, in spite of their scholarship and ability of ijtihad (deduction from analogy), shied away from pronouncing judgements concerning matters of halal and haram, passing the problem from one to the other out of fear of committing the error of declaring halal what is actually haram and vice versa. In the book Al-Umm, Imam Shafi’i narrated that Abu Yusuf, a companion of Abu Hanifah and a chief judge (qadi), said: I know that our knowledgeable teachers avoided saying, ‘This is halal and that is haram,’ apart from what they found clearly stated without requiring an interpretation in the Book of Allah. We have been told by Ibn al- Saib that al-Rabi’ bin Khaytham, one of the greatest of the second generation Muslims, said, ‘Beware that none of you says, “Allah has made this lawful or approves of it,” and that Allah may then say that He did not make it lawful nor approve it, or that you say, “Allah has prohibited this,” and that Allah may then say, “You lie! I did not prohibit it nor disapprove of it.” Some companions of Ibrahim alNakh’i, a great jurist of Kufah among the second generation Muslims, have told us of his mentioning his colleagues as saying, when they gave a judgement concerning something, ‘It is disapproved’ or ‘There is no harm in it,’ rather than, ‘It is haram’ or ‘It is halal,’ as haram and halal are terms of much greater import. (AI-Umm, vol. 7, p. 317.)This is what Abu Yusuf has reported concerning our righteous forebearers and what al-Shafi’i has quoted from him, in agreement with his position. Similarly, Ibn Muflih reported the great scholar Ibn Taymiyyah, as saying that the jurists of the early days of Islam did not term anything haram unless it was definitely known to be so. (This is further supported by the fact that the companions did not give up the drinking of alcohol after the revelation of the Qur’anic verse, “They ask thee concerning wine and gambling. Say: In them is great sin and some benefit,” (2:219) since this verse did not definitely prohibit drinking prior to the revelation of the verses in Surah al-Maida. (5:93-94 (90-91)) In the same spirit, the great imam Ahmad ibn Hanbal, when asked about some matter, would say, “I disapprove of it” or “It does not appeal to me,”or “I do not like it” or “I do not prefer it.” Similar reports are narrated concerning Malik, Abu Hanifah, and all the other imams (may Allah be pleased with them). (This is a lesson to the followers of such imams who freely use the word “haram’ without having a proof, or even a semblance of proof.”
selain daripada standard procedure dalam proses mengeluarkan satu2 fatwa- iaitu melihat/mengkaji/mencari dalil dan mengambil kira hujjah2 para ulama terdahulu – hendaklah mengambil kira juga kesan fatwa kepada peminta fatwa ataupun masyarakat selepas mengeluarkan fatwa ( Fiqhul Maal)…Alhamdulillah, fatwa tidak mengharamkan Yoga secara keseluruhan sangat berhikmah dan berkonteks..wallahu a’lam.
dengan mengguna-pakai prinsip “mengambil kira kesan fatwa kepada masyarakat”, kita masih mampu bentangkan secara spesifik dan jelas paparan manfaat versus mudarat.dan saya yakin para ulama’ akan lebih bimbang dgn mudarat terhadap ‘aqidah daripada manfaat2 lain yg mungkin wujud.Istilah “Fiqhul Maal” hanya pernah saya baca di bab hak milik dalam fiqh muamalat, yakni bukan dalam bab ibadah atau ‘aqidah.harap dapat kongsi rujukan supaya boleh kami juga merujuknya.semoga kita dapat menghidupkan seruan Muis supaya Islam itu berlandaskan ilmu bukan mengikut ilham dan perasaan sendiri semata-mata.*harap sang ustaz jangan delete komen2 yg bersifat adil.
Barangkali saya lambat ikuti perbincangan di sini.Saya tak berhasrat utk memanjangkan perbincangan ini. Pandangan dan pendirian saya telah pun diulas di laman blog dan juga multiply saya.Cuma ada perkara yang ingin saya sebutkan dan saya berharap Ustaz Yusri dapat terima dengan berlapang dada.Ustaz mengatakan:”Saya juga berharap Adisg tidak membuat lagi sebarang tohmahan atau prasangka yang bukan2 yang boleh menjejaskan kredibliti saya di laman multiply anda.”Subhanallah.. dari apa yang saya baca dari tulisan Adisg di lamannya, ianya bersifat kritikan ilmiah, bukan tohmahan. Mungkin sebahagian pembaca merasakannya ‘keras’ tapi ianya tetap kritikan.Dan kritikan itu terhadap pandangan ustaz, bukan peribadi ustaz. Maka, saya tak lihat bagaimana kredibiiti ustaz boleh terjejas..Sekiranya pandangan ustaz dianggap bernas dan diterima orang, maka orang tidak akan melihat kredibiliti ustaz terjejas kerana mereka melihat pandangan ustaz sebagai bernas.Ustaz mengatakan:”Statement anda mempunyai andaian bahawa pembaca blog yg lain juga memerlukan penjelasan seperti anda juga. Betul ke? Macam mana anda tahu?”Ustaz, hanya kerana tak ramai yg komen tak bererti tak ramai yg membaca. Yg melungsuri blog Ustaz dan membaca tulisan2 Ustaz ramai. Apatah lagi Ustaz sering ditukil oleh akhbar dan blog Ustaz pun telah “diiklankan”.Jadi ramai yg membaca. Makanya, bertambah lagi tgjwb utk menulis dengan jelas, berserta penjelasan yg mantap lagi ilmiah. Sbg penulis blog, kita bertgjwb atas apa yg kita katakan, apatah lagi dalam soal agama dan dibaca orang. Bgmana kita nak jawab di akhirat kelak? Ini perlu kita ingat.Apatah lagi blog ini milik seorang ustaz, maka ramai lah yg akan melungsurinya dan membaca, kerana “ianya tulisan seorang ustaz, mmg agama itu bidangnya..”Maka penting sifat tgjwb dlm menulis..Wallahu a’lamSatu komen terbuka: kalau dibandingkan yoga dgn silat atau taiji, maka ini qiyas yg kurang tepat. Kerana silat dan taiji asalnya mmg seni bela diri. Manakala yoga mmg asalnya suatu ibadah.Yoga fizikal semata2 (tanpa jampi mantera dsb) samalah spt solat yg dilakukan dgn sempurna tanpa bacaan quran dan zikr, tanpa matlamat khusyu’ dan matlamat menyembah Allah.. ini qiyas yg lebih tepat..wallahu a’lam
Pandangan peribadi dari seorang kenalan pada 29 Nov lalu.salaam ustaz.. long time no see hehe. anyway saya baca entry ustaz on yoga tu, n saya nampak replies org tu… pada hemat saya, pendapat ustaz sgt bernas dan munasabah. saya rasa dia mcm ada psychological problem dgn ustaz, wallahu alam. so sebaiknya jgn terlalu di layankan sbb dia tak akan puas sehingga ustaz agree dgn dia.saya pernah jugak debate dgn org2 mcm ni, tapi yg saya belajar dari dorang is that dorang mmg suka sgt buang masa kita. hehe. so jgn layankan sgt ustaz, not worth our precious time.seperti apa yg saya lihat, insha Allah para pembaca semua telah dan boleh nampak cara matang dan dewasa ustaz dlm menjawab soalan dan tohmahan dia, and cara dia yg mcm nak attack setiap kata2 ustaz. jadi ustaz jgn risau ttg kedudukan ustaz sebagai seorg islamic scholar di mata masyarakat sini. its very clear dia je yg mcm nak carik pasal.ustaz tau apa yg ustaz tulis adalah berguna buat para pembaca dan memberi kita ilmu dan manfaat. itu yg penting. cara dia nak banding2kan ustaz dgn ust haniff merepek lah, macam budak kecik pulak. saya mcm agak org ni belum nikah and takde anak mcm kita? sebab banyak sgt masa nak carik pasal dgn org lain, hehe.innallaha maas sobireen. saya pasti ustaz akan tergolong dalam mereka2 yg sabar dan menang dunia akhirat, insha Allah.umm farouq
* Penulis merupakan seorang asatizah yang bertugas sebagai penyelidik di salah sebuah pusat pengajian setempat.
bertawadhuk-lah ustaz. lihatlah sendiri contoh ustaz haniff yang sering bersandar kepada para ulama muktabar apabila menjawab persoalan fiqh.usahlah memaparkan diri sebagai seorang ulama hebat atau mujtahid kpd orang awam yg sekadar mengikut para asatizah tanpa usul periksa.
pesan Allah dalam s. Al An am 114 – 118 :
Maka patutlah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab ( Al Quran ) kepadamu dengan terperinci ? orang orang yang telah kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Quran itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya . Maka janganlah kamu sekali kali termasuk orang orang yang ragu ragu. Telah sempurnalah kalimah Tuhanmu ( Al Quran ) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tidak ada yang dapat merubah rubah kalimat kalimatNya dan Dialah yang maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Dan jia kamu menuruti kebanyakan orang orang yang di muka bumi niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta ( terhadap Allah ).
Sesungguhnya Tuhanmu . Dalah yang lebih mengetahui ttg. orang orang yang tersesat dari jalanNya dan Dia lebih mengetahui tentang orang orang yang mendapat petunjuk.
satu topik yang interesting untuk dibincangkan dan diperhatikan perkembangannya..terima kasih