4 Kunci Kerukunan Rumahtangga

Love7Seringkali kita mendengar setiap kali apabila berlaku perpisahan antara pasangan suami isteri, antara alasan yang sering diberikan ialah kurang persefahaman antara suami dan isteri. Pada hal, ada antaranya sebelum berkahwin bukan main mesra dan saling tak dapat dipisahkan keduanya, sehingga digelar pasangan ideal, sehati-sejiwa dan macam-macam lagi. Tapi bila berumahtangga hanya kekal 1-2 tahun. Mengapa?

Memang benarlah antara kunci pertama kerukunan rumahtangga ialah kedua belah pihak perlu berkomunikasi dan bersikap toleransi antara keduanya.

Continue reading

Dilemma Anak Ustaz

Hari ni anak perempuan saya dan kawan2nya jalan raya.

Kata anak saya, “kawan2 kakak yang laki semua takut nak datang rumah, kalau abah ada.” Saya tanya, kenapa?

Dia jawab, “sebab abah USTAZ!”…

Oklah, nanti abah bagi surprise balik rumah!

Sufi ke Salafi ke…

Respon ilmiah dari Al Fadhil Ustaz Iqbal Zain.

Beginilah cara adab dan sopan. Jika kita tidak setuju, kita jawablah dengan ilmu. Bukan memburukkan personaliti dan peribadi insan yang kita tidak persetujui.

Siapapun kita , ASWJ ke Sufi ke atau Salafi/wahabi ke, kita semua adalah umat Nabi Muhammmad, seorang Muslim yang perlu patuh pada adab dan etika yang didokong dari sunnah Nabi s.a.w.; yang diutuskan Allah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.

Hadiah Untuk Sang Muallaf

Messenger

Cari buku di Kinokuniya terjumpa buku ni. Teringat zaman kerja d Masjid Al Falah. Setiap kali kaunseling client yang nak murtad atau yg nak convert. Di akhir sesi, pasti saya akan hadiahkan satu buku ni utk mereka.

Sejenak Bersama Madihah

Selepas solat Subuh, saya kongsi dgn Madihah, puteri sulung saya satu hadis, tentang anjuran utk hormat orang yg lebih tua, dan sayang yg lebih muda.

Tapi pesan saya, nak buat baik dgn orang, tak perlu tunggu orang buat baik dgn kita. Nak sayang adik, tak perlu tunggu adik respect kakak dulu.

Saya bg contoh pengalaman saya sendiri pd Madihah. Abah dulu, ada seorang pakcik ni tak suka abah, suka buat cerita yg tak baik tentang abah. Jadi abah pun tak layan dia. Tapi lepas tu abah fikir2 abah tetap kena respect dia. So abah pun mulalah layan dia. Setiap kali jumpa je abah tegur, salam dan cium tangan dia sambil tanya khabar.Lama2 dia pun sayang juga kat abah!

Faham kak? Faham bah! Alhamdulillah.

Sembang Selepas Qiyam

qiyam

Sedang saya menunggu anak saya ke tandas semasa iktikaf pagi tadi di Masjid Al Islah Punggol, saya disapa oleh seorang jemaah. Rupa-rupanya beliau pernah sering ke masjid tempat saya bekerja dahulu. Sedang asyik berbual dan bertanya khabar, tiba-tiba beliau mengajukan dua soalan kemusykilan tentang solat buat saya.

1. Beliau bertanya, bolehkah seseorang itu solat dan membayangkan azab Allah dan membayangkan dalam hatinya rasa takut dan gentar tanpa melafazkannya. Beliau juga turut berkongsi ketika membayangkan perasaan takutnya ini, beliau akan tutup mata dan akan rasa lebih khusyu’ dalam solatnya. Tujuan beliau bertanya kepada saya ialah kerana ada di kalangan teman-temannya yang mendakwa solatnya telah batal kerana membayangkan azab tersebut dalam bahasa Melayu!

Continue reading

Kesan Solat Dalam Hati

Antara perkongsian saya semasa ceramah ringkas pada hari Sabtu lepas selepas solat terawih di Masjid An-Nahdhah bagi tajuk ‘Kesan solat dalam hati.’ ialah berkaitan ‘Membentuk Kemantapan Rohani Dalam Diri.’

Berkata Imam al-Zahabi dalam kitab karangan beliau al-Tib:
“Ibadah solat sentiasa menghasilkan kegembiraan dan kepuasan, ia dapat mengurangkan kebimbangan dan mengawal perasaan marah.

Continue reading

Wasatiyyah dalam Bulan Ramadan & Syawal

Sebagai lanjutan daripada perkongsian tentang Ramadan pada keluaran lepas, suka saya berkongsi beberapa perkara yang perlu kita renungkan saat kita menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan, serta ketika kita meraikan Aidilfitri pada bulan Syawal.

Antara perkara yang perlu dititik beratkan ialah keperluan bersederhana. Ini penting agar nilai ketakwaan dan keihsanan yang kita latih dalam Ramadan dapat kita teruskan juga di bulan-bulan lain. Antara contoh kesederhanaan tersebut ialah:

Continue reading

Keberkatan Tidak Dapat Dilihat…

Ramadan bulan berkat…
Keberkatan tidak dapat dilihat, tapi dapat dirasa.

Contoh, pendapatan jika berkat, InshaAllah kita rasa sentiasa cukup walaupun gaji tidak seberapa.

Cara mendapat keberkatan;
– banyak bersedekah dan membantu org yg susah
– tapi yang utama dan lebih utama sumbangan utk kedua ibu bapa walaupun gaji kita kecil.
– berkongsi dgn adik beradik bg mendapatkan pembantu utk menjaga ibu bapa kita bila kita bekerja.
– Menggembirakan mereka dengan hadiah atau belikan keperluan mereka spt cermin mata dll.
– membantu saudara mara terdekat yg berada dlm kesempitan.

Bila Kecil Dicium-Cium…

“Orang kita selalunya bila anak masih kecil, dipeluk, dicium, dicubit tanda geram dan sayang…lama kelamaan bila anak semakin besar, peluk-cium semakin berkurangan dan hubungan semakin renggang. Sepatutnya bila anak semakin meningkat dewasa, hubungan patut semakin rapat dan dakapan semakin erat…”

Perkongsian saya hasil pengalaman kaunseling bersama ibu-bapa dan anak2 mereka semasa di masjid dahulu ketika ditanya oleh panel pd forum keluarga minggu lalu.