Ingin Bantu Isteri Orang

Image

Soalan:

Saya seorang lelaki sudah berumah tangga 25-30 tahun. Tujuh tahun lalu saya berkenalan dengan seorang perempuan tetapi kami putus hubungan. Wanita itu sudah bersumah tangga tetapi tiada anak.

Kami telah berjumpa semula hampir setahun dan sayang satu sama lain. Kami mahu bernikah tetapi wanita itu masih bersuami. Suaminya dihukum penjara tujuh tahun kerana kesalahan dadah. Beliau sudah di dalam penjara dua tahun.

Bolehkah kami bernikah kerana kami tidak mahu berdosa. Sejak suaminya masuk penjara hingga kini tiada satu pun daripada keluarganya atau suaminya memberi pertolongan kapadanya. Saya yang menjaga dia makan, minium, sakit, wang bulanan dan pakaian dan lain-lain.

Continue reading

Mendidik Anak Perempuan Dalam Menutup Aurat (Bahagian Pertama)

Image

Sebenarnya saya terpanggil untuk menyentuh isu ini apabila melihat ramai ibu-ibu muda khususnya yang bertudung, tetapi membiarkan anak-anak kecil mereka yang berusia 8-9 tahun atau lebih besar tidak memakai tudung. Sayang rasanya…

Mengapa saya rasa ‘sayang’ dan rugi? Kerana pertama, ibu merupakan contoh terbaik dan dilihat oleh anak-anak pada setiap masa. Kedua, usia kecil merupakan waktu yang paling mudah untuk kita mentarbiyah atau membiasakan mereka dengan bertudung dan mematuhi perintah agama. Ini berbeza dengan isu di mana si ‘ibu’ hanya bertudung lewat usia mereka, dan anak pada masa itu pula sudahpun berusia belasan tahun. Maka pastinya, ianya lebih sukar dan sulit, kerana si anak sudah terbiasa dan terbudaya untuk tidak bertudung sejak dari kecil.

Continue reading

Bohong Sunat

 

Soalan:

Saya seorang isteri yang sudah bernikah hampir 7 tahun, sejak akhir-akhir ini saya mengesyaki bahawa suami saya sudah pandai berbohong, ia mula saya kesan apabila wang milik saya sering lesap dan apabila ditanya beliau menafikan mengambilnya. Namun setelah didesak, beliau akhirnya mengakuinya dan menyatakan tiada salahnya beliau berbohong selama ini kerana ini termasuk perbuatan ‘bohong sunat’ dan ada dalilnya.

Soalan saya, adakah benar dakwaan suami saya itu? Adakah wujudnya ‘bohong sunat’ dalam agama? Harap Ustaz mampu membantu saya, kerana saya jelas keliru.

Continue reading

Nikah Gantung

https://abahyasir.com/wp-content/uploads/2013/10/d3adf-2.jpg

Soalan:

Saya mempunyai anak lelaki yang berusia 21 tahun dan baru selesai perkhidmatan negara, beliau mempunyai temanita yang masih bersekolah. Lantaran bimbang dengan pergaulan bebas mereka, pihak sebelah perempuan menggesa mereka mendirikan rumahtangga secara ‘nikah gantung’ terlebih dahulu, sedangkan anak saya dan pasangannya masih belum bersedia. Boleh Ustaz jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ‘nikah gantung’ dan adakah ia suatu jalan keluar yang terbaik?

Continue reading

Apabila Suami Terpaksa Memilih (Bahagian Kedua)

Image

(Bersambung)

Saya menjelaskan beliau perlu membuat keputusan, dan saya membayangkan padanya alternatif atau pilihan yang beliau ada. Pilihan tersebut ialah:

Pilihan Pertama: Kekal dengan isteri pertama dan tinggalkan temanita.

Pastinya pilihan yang pertama adalah yang paling ideal. Ia kelihatan nampak mudah. Tetapi mampukan beliau meninggalkan temanitanya? Dan jika beliau dapat tinggalkan temanitanya sekarang. Mampukah beliau menapis godaan wanita lain atau gejolak nafsu dalam diri akibat tidak mampu melakukan hubungan intimasi dengan isteri?

Continue reading

Apabila Suami Terpaksa Memilih (Bahagian Pertama)

Image

Sebagai kesinambungan dari topik yang bersangkutan poligami yang pernah dikongsi pada keluaran yang lalu. Pada kali ini, suka saya mengimbas senario yang berbeza sama sekali dengan apa yang pernah dikongsi sebelum ini.

Saya ingin membawa kisah temujanji kaunseling saya dengan seorang klien rakyat asing yang berasal dari Timur Jauh (bukan daripada negara Arab).  Beliau ini telah berkahwin lebih dari 10 tahun dengan seorang wanita tempatan.

Continue reading

Sebelum Menjadi Isteri Kedua (Bahagian Kedua)

Image

(Bersambung)

3. Suami

Bila kita perkatakan tentang poligami, sering bermain di fikiran bahawa sang suami akan bersikap tidak adil dengan meluangkan masa bermalam di rumah isteri baru sehingga melupakan isteri tua sehingga akhirnya isteri pertama diceraikan suami.

Tetapi jangan kita lupa, ada juga kes di mana suami lebih banyak meluangkan masa di rumah isteri tua sehingga isteri baru pula diabaikan atas sebab-sebab tertentu dan kadangkala berakhir pula dengan perceraian.

Continue reading

Rancangan Bersama RZ – Episod (7) Hukum Menganjurkan Rumah Terbuka

Sebenarnya dalam hal ini bergantung kepada keadaan kewangan seseorang itu.

Rumah terbuka zahirnya merupakan satu jemputan yang dikhususkan dalam satu hari. Sebenarnya samalah macam hari-hari biasa.

Cuma bezanya rumah terbuka dikaitkan dengan juadah yang pelbagai, dan biasanya memerlukan perbelanjaan yang besar.

Continue reading

Bimbingan Bersama RZ – Episod (6) Sambutan Aidilfitri

Persepsi bahawa solat hari Raya hanya boleh dilakukan di masjid sahaja?

Solat hari raya boleh juga dilakukan secara individu atau sendirian dengan tanpa khutbah (tidak wajib seperti mana solat Jumaat).  Jadi makcik2 atau kakak2 yang sibuk anyam ketupat atau masak nasi minyak, bolehlah solat di rumah jika tidak dapat ikut suami yer!

Continue reading

Sebelum Menjadi Isteri Kedua (Bahagian Pertama)

al Ustaz 16

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baru-baru ini kecoh di sana-sini baik perbualan teman-teman dan orang ramai, mahupun komen-komen di media sosial yang kesemuanya menjurus kepada topik seorang Ustaz popular dan dikenali ramai berkahwin lagi. Banyak juga yang menyokong tindakan ustaz tersebut, tidak kurang yang mengeji dan melemparkan kata-kata kurang enak. Tidak setuju tidak mengapalah, usahlah pula sampai berkata kesat, berdosa pula kita nanti.

Bagi saya secara peribadi, poligami kadangkala sangat-sangat perlu disebabkan hal-hal tertentu, kadangkala pula lebih banyak buruknya, jika si pelakunya kurang layak.

Continue reading