Persepsi bahawa solat hari Raya hanya boleh dilakukan di masjid sahaja?

Solat hari raya boleh juga dilakukan secara individu atau sendirian dengan tanpa khutbah (tidak wajib seperti mana solat Jumaat).  Jadi makcik2 atau kakak2 yang sibuk anyam ketupat atau masak nasi minyak, bolehlah solat di rumah jika tidak dapat ikut suami yer!

Di sini ada beberapa adab dan etika Aidilfitri yang baik kita kita ikuti:

1. Menukar jalan ke tempat solat (Pergi dan balik)

– Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya”

– Tujuannya supaya kita dapat bertemu dengan lebih ramai manusia, tetapi kalau dah dekat sampai rumah baru teringat nak tukar jalan lain, tak payah patah balik : )

2. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.

– Sebaiknya kita lafazkan “Taqabbalahhu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

3. Berpuasa Enam dalam bulan Syawal.

– Berdasarkan hadith: ‘Sesiapa yang berpuasa bulan Ramadan dan diikuti dengan enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa seperti selama setahun’.

– Para ulama ada yang menafsirkan maksud seolah2 setahun berpuasa disebabkan terdapat ayat Quran yang menyatakan ganjaran kebajikan digandakan 10 kali. Bermakna: 30 hari Ramadan = 300 hari, 6 hari Syawal = 60 hari. Jumlah 360 hari = 1 tahun!

– Puasa 6 ni boleh dimulakan hanya daripada 2 Syawal. Jangan buat 1 Syawal pulak sebab kita diharamkan puasa pada hari raya. Boleh dilakukan selama enam hari berturut-turut daripada 2 Syawal – 7 Syawal atau secara beransur-ansur.

–  Tetapi bagi sesiapa yang masih ada puasa yang tertinggal dalam bulan Ramadan yang belum diganti, qadha dahululah puasanya yer.

– Walau sebesar mana pahala puasa sunnat, tetapi terbanding dengan ganjaran yang diberi oleh Allah pada ibadah yang wajib seperti qadha puasa. Qadha puasa adalah ibadah yang wajib.

– Ini berdasarkan hadith: ‘Puasa yang paling afdhal (baik) sesudah Ramadan ialah puasa pada bulan Muharram!’

– Lihat sahaja, ganjaran pahala puasa di bulan Ramadan, diampunkan dosa-dosa yang yang telah lalu!

4. Ziarah ke rumah-rumah (Jalan raya)

– Digalakkan bagi merapatkan hubungan silaturrahim.

– Jangan dilupakan pula, ziarah kaum kerabat dan juga keluarga terdekat seperti ibu bapa. Itu dikira ihsan pada ibu bapa kerana gembirakan hati mereka, dapat pahala juga!

– Dalam masa sibu berziarah, jangan dilupakan pula ibadah solat kita. Ziarah2 juga, solat jangan dilupakan.

 

Nota: Transkrip ini telah dirakamkan bagi siaran radio Warna FM94.2 pada 12 Ogos 2013.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s