Biasanya di masjid pada malam pertama kita terawih, bilal akan baca niat sebulan Ramadan. Pernah sekali, bilal lupa. Marah2 jemaah kerana kebimbangan tak dapat cover kalau mereka lupa niat puasa Ramadan.

Sebenarnya, salah faham ini kadangkala berpunca kerana kurang jelas antara lafaz Niat (Nawaitu Shawma Ghadin…) & Niat (azam dalam hati). Lafaz niat —> tidak sama dengan niat.

Saya ada bincang perkara ini dengan panjang lebar dalam buku saya, Seindah Solat Nabi yang merupakan adaptasi daripada disertasi sarjana (MA) saya.

Apabila seseorang itu, tahu esok Ramadan, dan beliau memang berazam dalam dirnya (hatinya) ingin puasa. Maka sudah jatuhlah niat.

Apatah lagi, jika esok paginya beliau bangun sahur. Mengapa orang bangun sahur? Kerana merupakan anjuran agama untuk orang yang ingin berpuasa pada paginya. Tidakkah tujuan kita bangun sahur itu juga sebab kerana ingin puasa esoknya? Itu juga dikira azam dalam hati = niat.

Jadi usahlah bimbang, kalau anda lupa baca lafaz niat malamnya, tapi memang anda sudah berazam untuk puasa esoknya. Atau, anda bangun sahur. Maknanya anda sudah berniat.

Yang tak niat ni, ialah jenis orang yang memang takde ‘intention’ pun nak puasa esok. Itu barulah jenis tak niat puasa.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s