Sambungan.

6. Contoh

Penting bagi kedua ibu bapa memberikan contoh yang terbaik agar ia menjadi ikutan dan panduan buat anak. Perbaikilah diri kita dahulu sebelum anak-anak ditegur dan dinasihati.

Janganlah jadi seperti bak kata pepatah ’Bapak borek anak rintik’ atau seperti ’Ketam yang ingin mengajar anak berjalan lurus’.

Bagaimana dapat kita tegur anak supaya jangan menghisap rokok kerana membazir dan merosakkan kesihatan, atau kita tegur mereka agar jangan bersikap kasar dan menggunakan kata-kata kesat jika kita sendiri melakukan perkara yang sama?  

7. Tren Semasa.

Memandangkan tahap umur yang berbeza antara anak dan ibu bapa, sering ibu bapa kehilangan arah untuk mencari topik perbualan yang boleh diperbualkan dengan anak.

Jika anak baru berusia 15 tahun dan tidak minat perkembangan isu semasa, Adakah satu perkara yang bijak jika kita berbicara tentang Obama atau isu keruncingan ekonomi semasa atau isu Gaza di Palestine? Hmmph, boleh pengsan anak kita dibuatnya!

Sebagai orang dewasa menjadi satu kelebihan jika kita mengambil tahu juga perkembangan sukan, dunia muzik, filem, fesyen terkini dan sebagainya. Ini dapat membantu kita terus kekal dalam gelombang arus anak-anak remaja kita dan membantu untuk lebih mudah berinteraksi dengan mereka.

Oleh itu penting untuk tidak hanya membelek hanya halaman muka surat tertentu sahaja dalam akhbar harian tetapi juga dalam ruangan hiburan, fesyen, sukan dan teknologi digital.

8. Alam Maya.

Dalam era teknologi yang semakin pesat, si anak lebih gemar berahsia dan memendam rasa melalui alam maya. Kalau tidak percaya, cubalah ke ruang rangkaian sosial seperti Multiply, Friendster atau Facebook mereka. Di mana kita akan dapat mengetahui status terkini mereka sama ada gembira, sedih atau segala apa sahaja yang ingin mereka luahkan.

Kita juga dapat mengenal teman-teman yang sebelum ini sering mereka rahsiakan. Selain itu, melalui komen-komen di tembok atau wall Facebook mereka (jika ada) dapat diketahui dengan lebih mendalam peribadi anak. Malah anda juga dapat mengetahui luahan hati mereka jika anak anda mempunyai laman blog peribadi. 

Namun, janganlah dijadikan ianya sebagai satu ruang untuk meyiasat dan memarahi, ini akan membuatkan hubungan kita menjadi semakin renggang dengan anak dan mungkin selepas itu laman tersebut bakal bertukar menjadi status ’private’ dan tidak dapat ditatapi lagi. Tetapi, jadikan ia sebagai satu ruang untuk kita lebih mengenali dan memahami diri mereka dan merapatkan jurang antara kita.

Berikanlah komen pada status di laman Facebook atau di wall mereka. Juga komentar terhadap foto mereka. Malah, anda juga boleh membuka akaun sendiri dan seterusnya menjadi ’sahabat’ maya anak anda, luahkan pula harapan dan perasaan anda pada diri dan keluarga, mana tahu anak anda pula yang akan berikan komentar pada status anda pula?

9. Solat berjemaah

Tiada cara yang lebih baik dari mengeratkan hubungan bersama keluarga selain dari melakukan solat bersama-sama.

Solat yang dilakukan secara bersama-sama memberikan faedah yang bukan kepalang kepada hubungan antara keluarga, ini kerana secara tidak langsung dapat memperteguhkan dan menyatukan diri kita dalam satu barisan, melatih diri untuk taat kepada keperluan umum dengan mengikut imam dalam menuju kepada matlamat yang satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah. 

Jika ianya tidak mendapat sambutan daripada anak remaja, maka teruskanlah dengan isteri dan si kecil, semoga amalan ini lambat laun akan dituruti oleh anak remaja kita.

10. Doa

Selepas apa yang kita lakukan dan usahakan, janganlah lupa untuk terus berdoa kepada Allah. Tiada permintaan yang lebih mustajab selain daripada doa kedua orang tua sendiri khususnya doa ibu.

Apa yang penting kita perlu terus mencuba dan tidak berputus asa, hasilnya dengan izin Allah akan hadir jua pada masa akan datang. Mungkin perubahan tidak berlaku sekarang, tetapi siapa tahu apabila mereka meningkat dewasa dan dengan pertambahan usia, kematangan akan hadir jua dengan berkat kasih sayang ibu dan bapa, perubahan akan berlaku akhirnya dan mereka bakal menjadi anak yang soleh/solehah dan bertakwa

Pintalah pada Allah, “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami agar beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

2 responses »

  1. tar que says:

    salam,i hope this tips is success for me

  2. Abah Yasir says:

    Waalaikumsalam.

    As you said, hope it will be success for you.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s