Ingin kongsi sedikit satu sesi kaunseling saya tempohari, semoga menjadi pengajaran kepada yang lain. Antara yang menarik ialah kefahaman masyarakat yang cetek tentang konsep redha suami pada isteri. Jika suami tidak redha, isteri mendapat balasan neraka.

Memang benar ini merupakan maksud hadis. Cuma perlu faham juga. Allah itu Maha Kaya, Mengetahui dan Pengasih serta Maha Adil. Allah sahaja yang mampu menilai tindakan seorang isteri, lebih lagi jika respon tersebut kerana tindakan suami yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

Para suami juga perlu faham. Allah juga tidak redha kepada kita jika kita memberi nafkah kepada isteri atau tidak melayan isteri dengan baik contohnya apabila seseorang itu melakukan penderaan berbentuk fizikal (physical abuse) seperti pukul bantai, atau penderaan emosi (emotional abuse) seperti maki hamun dll.

Bagi kes sebentar tadi selepas mendengarkan luahannya, saya jelaskan perspektif Islam yang sebenarnya bahawa dalam perkara ini seperlu difahami dari sudut yang lebih luas seperti yang saya sebutkan di atas.

Si isteri sebenarnya ingin berpisah kerana sering didera oleh pihak suami, tapi pada masa yang sama rasa berdosa kerana mengganggap kelakukannya sebagai satu sikap derhaka kepada suami, dan termasuk dalam maksud hadis jika suami tidak redha, maka boleh masuk neraka. 

Kami kemudian berdiskusi apakah langkah yang terbaik dan kesan-kesan buruk jika beliau ingin berpisah dan pertimbangan yang perlu dilakukan dari sudut positif dan negatif. Alhamdulillah, beliau lebih jelas dengan haknya sebagai isteri dan merasa lebih tenang dan lega selepas mendengar pandangan Islam yang sebenarnya tentang konsep redha pada suami dan pilihan yang boleh beliau lakukan selepas ini. 

==

Bagi khidmat kaunseling agama secara bersemuka (face to face) atau online, bolehlah hubungi saya melalui link berikut, http://abahyasir.wasap.my atau melalui pm di messenger atau emel di abah.yasir@gmail.com

Boleh juga lungsuri ke http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling bagi maklumat lanjut untuk profile abahyasir dan juga testimonial.

#kaunselingUY   #abahyasir

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a comment