Kelmarin saya baru menonton film Ayat-Ayat Cinta bersama dengan isteri…pada saya film nya baik dan lakonan para pelakonnya mantap. Buktinya isteri saya meleleh air mata kerana kesedihan..Saya? No komen beb…

Cuma isteri saya tak puas hati kerana tak sama 100% dengan cerita dalam novel serta penggambarannya pula bukan di Mesir. Hmmph..Bukan senang cerita film yang diangkat ke layar perak. Bayangkan, novel 400-500 muka surat perlu dilakonkan dalam masa 2 jam? Pasti ada yang perlu disunting.

Cakap pasal film AAC ni, pelakon utama atau hero nya, dalam film ni ramai betul gadis yang terpikat dengannya. Kesemua gadis dalam film tersebut terpikat padanya kerana kemulian peribadi si ‘Fahri’. 

Jatuh cinta pandang pertama dengan ketampanan dan kejelitaan seseorang mungkin adalah satu perkara yang biasa kita dengar. Tapi tidak kurang juga ramai yang akan terpaut dengan sikap lemah lembut, sopan santun, bijak, kelakar, intellectual dan yakin diri! Ini biasanya cinta pandang kelima atau kesepuluh lah kecuali pakej ini complete dengan fizikal yang menarik.

Saya cakap begini kerana kadang kala, ada yang merasakan bahawa untuk mendapat pasangan kita perlulah punyai rupa fizikal yang menarik, tapi kalau kita lihat sekeliling, kita akan melihat teman kita atau saudara mara kita punya rupa tetapi masih belum bertemu jodoh, ada juga yang kurang menarik dari segi rupa dan fizikal tapi punya isteri atau suami yang jelita ataupun tampan. Maknanya, rupa bukan segalanya kan?

Nasihat saya yang belum bertemu jodoh dan masih lagi mencari-cari, seseorang tu perlu yakin dengan apa yang Allah ciptakan pada diri kita, yakin diri dengan kemampuan kita dan perelokkan keperibadian kita. Banyak berdoa juga baik diri sendiri atau dari ibu bapa. Paling penting juga, janganlah menyendiri..cuba aktifkan diri dengan aktiviti kemasyarakat dan sukarela.

Dan kalau perlu sound cik abang yang pemalu dan tak faham2 tu, sound lah..tapi biarlah dengan cara yang beradab dan beretika. Kita akan ada email, chat etc? Atau boleh guna orang tengah? Lambat2 nanti melepas, maklum bukan senang cari pemuda atau pemudi yang beriman dan bertaqwa sekarang ni. : )

Tapi kalau masih belum jumpa? Anggaplah itu satu ujian untuk kita dan jangan putus asa. I.Allah adalah tu…

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

7 responses

  1. dew embun says:

    Aargh Ustaz!!! Not you too!!!!

  2. Abah Yasir says:

    Tak faham. Not me?

  3. dew embun says:

    Eh? Haritu embun baca ada reviu AAC? Mana hilang?Itu yg embun maksud ‘Not you too!'(You joined the forces who actually like the movie?!Khekhe.

  4. Abah Yasir says:

    Yeah, I liked the movie. Will explain to you later reg the deletion.

  5. alfaqeer says:

    Tapi Ustaz, you read the book kan? Mana boleh compare buku tu dengan movie. The portrayal of the characters in the movie all so different seh! When I was watching, I was so geram la. Haha. Every time someone mention the movie to me, I’ll ask them to go read the book!

  6. Abah Yasir says:

    Yes, agreed. You can’t compare it. Komen saya semata-mata pada film sahaja. Anyway, its not easy to make it a movie based on novel.

  7. dew embun says:

    Yang suka buku, tak suka movie.Ada yang suka movie,tak suka buku.Tak payah bising2 lagilah.Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya…To each its own…because in each is its own beauty.Ustaz…no explanation necessary.At least now I know,mata embun tak buyau! Hehe…