Sambungan:
Sutra:
Adakah jalan keluar untuk membantu belia-belia homoseksual, baik lelaki dan wanita dalam menjalani kehidupan yang lebih baik? Tips-tips untuk belia dan juga ibu bapa. Atau kalau-kalau bertemankan, berteman lelakikan atau berteman nitakan seorang homoseksual. Bagaimana menanganinya?
Abah Yasir:
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi mengatasi perkara ini. Antaranya:
1. Ubah mindset
Langkah utama untuk keluar daripada lingkaran ini ialah dengan menukar mindset kita dari ‘tiada pilihan lain’ kepada ‘aku ada pilihan’ atau ‘aku boleh berubah’.
Jika tidak ditukar mindset ini, maka sukar untuk sesiapa pun membantu kita dalam hal ini.
Kita juga perlu menukar salah tanggapan bahawa ia adalah naluri semulajadi dan tidak dapat dielakkan sama sekali.Jika kita anggap ia sebagai naluri semulajadi sekalipun, kita tetap perlu melawan hawa nafsu kita.
Keadaan yang sama juga berlaku terhadap hubungan sesama lelaki dan perempuan, mujahadah atau peperangan melawan hawa nafsu tetap diperlukan.
Malah, andai kata diberi alasan bahawa senario nya tetap tidak sama kerana lelaki dan perempuan boleh berkahwin. Ia juga bukan satu alasan yang konkrit, kerana selepas perkahwinan kita tetap perlu melawan nafsu shahwat apabila berdepan dengan lelaki atau wanita yang bukan mahram.
2. Puasa
Antara ibadah yang baik dilakukan bagi mengawal nafsu syahwat ialah dengan berpuasa. Inilah anjuran baginda kepada pemuda yang yang ingin bernikah tetapi belum mampu.
Puasa merupakan satu langkah pencegahan yang efektif bagi mengekang hawa nafsu. Sebab berlapar dan mengosongkan perut itu meninggalkan kesan yang baik untuk menerangi hati nurani serta menimbulkan semangat pada anggota badan untuk beribadah selain dari menididik jiwa dan mengurangkan nafsu shahwat.
3. Berkongsi Kisah Kejayaan (Success story)
Terdapat banyak kisah-kisah kejayaan atau success story pada mereka yang dahulunya seorang yang homoseksual tetapi berjaya berubah, berkahwin dan seterusnya memperolehi anak.
Pastinya ia tidak mudah, ia memerlukan kepada pengorbanan dan semangat untuk terus berubah dan percaya diri.
Namun yang paling penting, kita perlu bertanya pada diri kita, jika mereka mampu lakukan dan berubah, mengapa tidak kita?
4. Refleksi Diri
Perlu membuat refleksi diri atau muhasabah diri. Mengapa selepas mempelajari agama dan mengerjakan melakukan solat, namun kita tetap tidak mampu melawan diri daripada melakukan perkara yang dibenci Allah ini.
Mengapa? Hanya kita sahaja yang mampu menjawabnya. Mungkin soalan-soalan berikut ini perlu dijawab:
– Berapa kerapkah kita melakukan solat?
– Sejauhmana jujurnya kita bertaubat pada Allah?
– Apabila kita melakukan kesilapan atau dosa, siapakah yang dipersalahkan? Diri sendiri atau takdir yang membuatkan kita tiada pilihan lantas terpaksa mengikut hawa nafsu?
Pendek kata melakukan ibadah adalah satu perkara, melakukan satu perubahan dan berusaha melawan hawa nafsu adalah satu perkara yang lain pula.
Namun dengan ibadah wajib seperti solat fardu yang kita lakukan sehari-hari akan lebih dapat membantu kita melawan hawa nafsu dengan lebih berkesan berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan solat sama sekali.
5. Bantuan pakar/ support group
Memandang isu yang dihadapi adalah serius, maka mendapatkan bantuan pakar daripada Psychiatrist merupakan satu pilihan bagi mengatasi isu yang dihadapi.
Selain dari itu, bantuan dan sokongan moral daripada keluarga dan teman rapat yang dipercayai yang mengamalkan gaya hidup sihat juga amat diperlukan.
Penting untuk golongan ini atau sesiapa sahaja yang berdepan dengan golongan homoseksual ini agar tidak membuang atau menyingkirkan mereka tetapi tetap memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi.
Ini amat penting agar agar mereka mudah keluar daripada lingkaran sosial yang dihadapi sekarang.
6. Langkah Pencegahan (Intervention)
Bagi mengelakkan terjerumus daripada perbuatan yang dikeji ini, sebaiknya perlu dilakukan langkah-langkah pencegahan dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang membawa risiko bagi kita mengulangi perbuatan yang terlarang.
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah:
– Pastikan tidak berdua-duaan dengan teman yang anda cenderung untuk melakukan perbuatan yang dilarang. Seperti tempat-tempat gelap, rumah atau di hotel.
– Pastikan anda berteman (teman yang dipercayai dan ‘straight’) bila bersama dengan teman-teman yang berisiko.
– Tidak melayan perasaan untuk berkenal-kenalan dengan teman sejenis yang diminati, ini kerana dari kenal mengenal akan membawa kepada hubungan telefon, pertemuan, sentuhan dan akhirnya tidak mustahil ia akan berakhir dengan hubungan seksual.
7. Doa.
Selepas apa yang kita lakukan dan usahakan, janganlah lupa untuk terus berdoa kepada Allah. Pintalah pada Allah agar diri anda dipermudahkan dari segala urusan dan beroleh kesejahteraan dan keselamatan.
Dekatkan perhubungan anda kepada Allah dengan melakukan solat Fardu lima waktu selain ibadah-ibadah lain agar diri menjadi tenang serta mendapat pertolongan Allah.
Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”
baik yang ust letak puasa sebagai no. 2 dlm list ni… saya pernah terlintas utk membuat puasa sebagai satu aktiviti belia masjid, atau belia di singapura.
pasti ada yang akan canggah sebab ‘ni perkara sunat’ dll…
tapi, end of the day, di singapura pemuda kita (termasuk saya) tiada budaya berpuasa esp beramai-ramai utk saling memberi semangat.
jadi tak hairan pemuda kita gantikan dengan budaya lain eg. hubungan sejenis, hubungan luar nikah, dll.
Terima kasih Abu Sufian,
Kalau buat program puasa semata-mata sahaja, mungkin tidak berapa ‘power’. Sebaiknya ia disusun dengan teliti di bawah satu program atau kempen seks yang berstruktur dengan puasa sebagai salah satu elemen penting.
Lebih baik lagi jika ianya dilakukan dalam bulan Ramadan.