Alhamdulillah, dengan izin Allah blog Abahyasir telah berwajah baru dan punyai domain yang baru juga iaitu http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com, ini semua ini tidak akan terhasil jika tidak dengan pertolongan sahabat saya Shahib Amin, pemilik creativedyn.com yang telah sudi menaja domain blog ini dan juga membantu memberikan nafas baru pada laman ini.
Saya sedar bahawa pengisian yang baik juga tidak mencukupi juga laman yang direka tidak mesra pengguna dan punyai reka bentuk yang menarik. Terdapat beberapa perubahan daripada laman saya yang terdahulu selain domain .com, pada laman kali ini tiada header yang elaborate merangkumi gambar besar saya (ada yang komen macam laman blog ahli politik Malaysia hehe, sebetulnya saya mendapat inspirasi daripada reka bentuk blog Tarik Ramadan!), tiada juga tag board, hit counter dan sebagainya.
Tetapi kalau diamati dengan dengan teliti, design blog saya kali ini lebih ringkas dan mudah. Bukan apa, saya ingin pengunjung lebih memberikan perhatian pada ‘content’ nya sahaja dan tidak disibukkan dengan lain-lain perkara, malah saya ada sediakan juga khidmat bagi sesiapa yang ingin melanggan pengisian blog ini melalui RSS feed atau emel. Semoga konsep laman blog saya kali ini lebih mesra dan memberikan kepuasan kepada pengunjung.
Tidak lupa juga ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Naser (Aura Mustika) yang telah membantu menyediakan link ke laman baru ini daripada laman blog saya yang terdahulu dan juga pereka skin laman abahyasir.multiply.
Kepada seluruh pengunjung laman saya yang baru ini, selamat membaca dan ceria selalu!
Tahniah buat Ust Yusri dan Saudara Shahib di atas pembaharuan terhadap blog ini.
Terima kasih juga buat Ust kerana menyebut nama saya di sini. Tak perlulah itu semua. Saya ni seorang yang pemalu sebenarnya. Tapi, apapun, terima kasih je lah… Hehe.
Moga2 laman ini akan terus berjaya hendaknya. Amin.
Terima kasih Nas..
Awak malu konon. Yerlah tu : ) Anyway, terima kasih atas doa dan harapan.