
Tika saat ini, saya baru selesai baca novel Ayat-Ayat Cinta. Novel yang menggemparkan arena persuratan Melayu dengan mesej dakwahnya sehingga diangkat ke layar perak. Bagi yang belum membaca, ia mengisahkan seorang lelaki bernama Yusri, eh Fahri! Haha, jangah marah yer.
Fahri, Seorang Hafiz Quran, juga pelajar sarjana Universiti Al-Azhar yang dihimpit cinta bukan 3 segi tapi bersegi-segi. Untungnya!
Karektor Fahri yang digambarkan sebagai seorang santai tanpa berpakaian typical seperti ustaz2 biasa, berbaju melayu atau jubah dengan serban memang biasa dikaitkan dengan mahasiswa Al-Azhar, malah professor kami di sana juga cukup santai jika musim panas, cukup dengan kemeja je tanpa songkok, kalau musim sejuk dengan jacket. Tapi ada juga yang berjubah cuma tidak ramai.
Saya pun dulu masa di sana santai je, khakis atau jeans dgn t-shirt menjadi pakaian harian saya. Maklum musim panas suhu boleh mencecah 40C! Bila dah balik Singapore dah kena tukar imej lah. Kena tengok keadaan dan tempat. Ada masa boleh juga t-shirt, jubah, ada masa perlu pakai songkok and so on…
Novel ni juga membawa saya jauh ke negara Mesir, sebagai alumni Al-Azhar..siapa yang tidak tersentuh? Nama-nama jalan serta tempat yang dibicarakan dalam novel ini memang mengundang nostalgia, sehingga nombor bas 926 pun disebut! Ah, tak boleh angkat beb. Teringat asir ashob atau air tebu yang diperah dengan limau nipis. Kalau musim panas..fuuh..hilang dahaga.
Sebenarnya saya dah lama tak baca novel cinta ni, dulu pernah terbaca novel karangan Pak Hamka bertajuk ‘Lambaian Kaabah’. Novel ni juga terkesan dalam hati saya. Sebenarnya beginilah cara-cara dakwah pada masa lalu disampaikan, malah semangat nasionalisme pada masa dahulu juga dibangkitkan melalui wadah cinta seperti Hikayat Faridah Hanum karangan Syed Sheikh Al-Hadi.
Kembali pada cerita pada novel ini, pada saya ia mengangkat imej Islam secara umum yang mana saya yakin bagi pembaca yang bukan Islam khususnya dapat memahami Islam dengan lebih jelas melalui isu-isu yang dibangkitkan seperti isu wanita dalam Islam, bercinta ikut lunas-lunas Islam serta hal berpoligami.
Saya nak share dua perkara, pertama kisah Fahri yang berkahwin ketika masih belajar. Sebenarnya tak mudah bernikah masa sedang menuntut, mungkin ok jika dalam pengajian Master, memandangkan ia lebih banyak pada peringkat kajian dan penulisan dan pada masa itu dalam peringkat usia yang sesuai dan matang untuk bernikah.
Tetapi bagi peringkat ijazah pertama pada saya secara peribadi rasa sukar sedikit, kerana pada masa ini memerlukan kita banyak membaca dan mengulangkaji pelajaran. Apatah lagi jika pasangan kita juga seorang pelajar? Pastinya lebih mencabar lagi.
Bagi saya adalah penting untuk kita contribute pada parent kita bila kita sudah selesai belajar. Maklum ibu bapa bersusah payah belanja jumlah wang yang tinggi untuk kita ke Universiti. Maka ada baiknya kita korbankan masa kita 2-3 tahun kerja dan berikan sepenuh perhatian kita pada keluarga sebelum kita berumahtangga.
Kedua, saya ingin share pasal poligami pulak, ramai yang sibuk nak poligami. Kadang2 ada kawan2 saya yang bergurau nak pasang satu lagi, tapi saya secara serius rasakan satu perkara yang cukup sukar dilakukan. Ramai yang kata, oh aku nak tambah pahala atau nak elak maksiat, tetapi sebenarnya jangan kita lupa, jika kita tidak berhati2, ia juga boleh membuatkan kita melakukan dosa, maksud saya jika kita tidak berlaku adil pada isteri-isteri kita. Adil di sini bukanlah adil dari segi kasih sayang, para ulamak sendiri khilaf siapakah isteri yang paling baginda sayang. Aisyah atau Khadijah? Allah itu Maha Mengetahui, Dia tahu manusia tidak mampu berlaku adil dari segi kasih sayang.
Pernahkah kita terfikir, mengapa baginda tidak memadukan Khadijah R.A? (Itulah antara keistimewaan Khadijah, beliau tidak dimadukan seperti mana isteri baginda yang lain) Baginda hanya berkahwin lagi hanya apabila Khadijah sudah wafat. Selain kerana berkemungkinan Allah tidak mewahyukan baginda untuk berkahwin lagi, pastinya sebab lain yang boleh kita renungkan ialah isteri pertama baginda ini mempunyai nilai sentimental pada diri baginda. Lebih-lebih lagi kesemua zuriat baginda datang daripada Khadijah. Ini tidak termasuk pengorbanan dari segi wang ringgit, dorongan serta motivasi yang diberikan oleh Khadijah. Siapakah yang memberikan ketenangan kepada Rasulullah ketika baginda dalam keadaan terkejut ketika kali pertama berjumpa Jibril di Gua Hira’ dan juga ketika baginda dalam ketakutan dan berselimut kerana berjumpa Jibril A.S dalam rupanya yang asal, kalau bukan Khadijah. Malah Khadijah yang membawa baginda berjumpa dengan saudaranya Waraqah Bin Naufal seorang rahib Nasrani, ketika baginda dalam keadaan tidak pasti selepas berjumpa Jibril. Besarkan jasa isteri pertama Rasulullah?
Adil yang dimaksudkan sebenarnya dalam layanan bukan perasaan, penyediaan tempat tinggal, nafkah dan juga bergilir dalam bermalam di rumah isteri. Itulah yang dimaksudkan adil. Bagi siapa yang nak poligami, khususnya pihak suami, perlu muhasabah dan tanya pada diri sendiri. Sekarang ni, aku dah tunaikan sepenuhnya tanggungjawab aku pada isteri, anak2 ke belum? Jika isteri satu sahaja belum mampu bersikap adil, bagaimana pula jika sudah beristeri dua?
Bagi para isteri pula, janganlah takut tak tentu pasal, bukan mudah sebenarnya nak poligami di Singapura ni, banyak syaratnya. Kadi perlu temuduga suami, isteri dan bakal isteri. Kadi juga akan siasat status kewangan dan pandangan dari isteri pertama sebelum meluluskan permohonan poligami. Kalau sang suami tu memang takde duit atau tak bertanggungjawab pada kita, biarkan je dia apply. Bila kadi tanya, jawablah sejujur-jujurnya. Confirm tak lepas punya : ) Inilah jawapan saya pada isteri2 yang mengadu suami nak kahwin lagi.
Tetapi kalau suami tu betulnya soleh dan melayan isteri dengan penuh kasih sayang dan tidak sambil lewa dalam memberikan nafkah pada tiap bulan malah punyai career yang baik pula dan pendapatan lebih daripada mencukupi dan diyakini oleh si isteri mampu melakukan perkara yang sama juga pada isteri kedua, saya rasa isteri macam mana cemburu pun dengan niat suami, pasti akan dapat diyakinkan oleh suami tersebut kerana beliau lebih kenal suaminya dari orang lain.
Baru-baru ni saya terima kes pertama sejak dilantik sebagai ahli dalam Lembaga Rayuan Muis. Kes seorang suami yang ditolak oleh Kadi permohonan beliau bagi poligami. Tak perlulah saya komen kerana ia masih kes mahkamah dan kami belum bersidang membincangkan kes rayuan beliau. Tapi cukuplah dinyatakan. Permohonan beliau ditolak oleh Kadi atas alasan yang command seperti yang saya sebutkan di atas.
Susah kan? Jadi sesiapa yang masih dibuai dengan keenakan dan ke ideal lan cerita dalam Ayat-Ayat Cinta (termasuk saya ni) Hehe. Usahlah berangan nak poligami. Kahwin satu dulu, layan dan pimpinlah isteri kita dan anak2 kita agar ia menjadi penyenang mata kita di dunia dan mendoakan kita bila kita tiada di dunia kelak. Amin!
Embuhn pun sedang baca AAC!!Setelah usai baru nak tengok filemnya. Namun, embun dah agak mestilah bab cintan-cintun ni yang disiarkan di layar perak. Love stories sell Ustaz..blockbuster punya!Tentang poligami,ini pandangan embun.’Tiada apa yang perlu dicemburukan bila kita redha dengan pemberian bahagian kita dari Allah.’Suami bukan milik kita tapi milik Allah, kan Ustaz? Nak queen control macam mana pun, tak guna.Kalau nak jadi,tetap terjadi. HeheTAPI!! Embun belum bernikah..belum habis baca pun AAC…Doakan untuk kita-kita yang belum nikah ni eh Ustaz? ;p
Wah, kata2 daripada bakal isteri mithali ni. Tapi apapun Embun, yang paling penting dan mencabar ialah mencari bakal suami yang bukan setakat beragama tetapi punyai kualiti bagi memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah.Cemburu perkara biasa embun, isteri2 baginda juga mempunyai sifat cemburu dengan isteri2 baginda yang lain. Apatah lagi kita ni. Bak kata Aishah dalam AAC, cemburu itu tandanya CINTA.
Bakal isteri mithali? Amin…Part paling penting dan mencabar tu lah hurdle yg paling besar ni…haizzz…Ok, embun setuju cemburu tandanya CINTA,lumrah manusia.Juga,tanda cinta itu harus dipastikan tidak mengatasi CINTA sejati.Ok tak Ustaz?Ish…ni dah macam bab munakahat ni…
Oh ya Ustaz, satu lagi embun nak kongsi. Tentang ‘mencari bakal suami yang bukan setakat beragama tetapi punya kualiti bagi memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah’.I cannot fully determine the state of my spouse but I can fully determine my own state.Jadi,embun tak nak mencari bakal suami sedemikian tapi embun lebih ingin MENJADI bakal isteri sedemikian.Lagipun, telah dijanjikan dalam Surah An-Nur 24:26 kan?Kira ok tak Ustaz? Or should I go for counselling? *hehe*
Betul kata Embun..Tapi kita kena ikhtiar juga. Tapi Ustaz yakin pastinya pilihan Nur adalah tepat. Lebih2 lagi jika ibu bapa sudah berikan restu. I.Allah semuanya jadi mudah.Dalam rumahtangga kedua-dua suami-isteri perlu berusaha dan berazam untuk mencapai visi dan matlamat keluarga bahagian.Maknanya keduanya saling ingat-mengingati dan jangan mencari kesalahan masing2.Usaha ke arah itu, bukan bermula bila dah bernikah. Tetapi sebenarnya perlu dari sekarang. Sebaik-baik perkara yang ingin kita lakukan, ianya bermula dari diri sendiri. Maksud Ustaz kita nak suruh orang lain buat sesuatu, kita perlu tunjukkan contoh untuk dijadikan ikutan oleh pasangan kita.
Roger that,Ustaz!!
Assalamulaikum ustaz..mmm, pertama terima kasih di atas komen ustaz untuk artikel ‘nikah satu lagi?’ di multiply saya. kedua, jarang sekali saya mendengar lelaki mempunyai pendapat seperti ustaz 😉 saya amat bersetuju. Ternyata pandangan kita sama.
Waalaikumsalam. Alhamdulillah…kita perlu faham maksud penghayatan sunnah yang sebenarnya. Bukan sekadar ingin mengejar pahala, kita juga perlu takut dari mendapat dosa akibat daripada kurang kemampuan dalam bersikap adil. Lebih buruk lagi, jika kita tidak berhati2, sunnah yang kita kejar berakhir dengan perceraian dengan isteri pertama, tidak kurang juga yang berakhir dengan perceraian isteri kedua. Bukankan perceraian suatu perkara yang dibenci Allah? Kita juga perlu merenung ayat dalam surah An-Nisaa’ dengan sedalam-dalamnya. Mengapa Allah akhiri ayat tersebut dengan satu isteri?
Assalamualaikum……..Berpoligami bukanlah mudah tapi hakikatnya, jika dipraktikkan dengan betul, insyallah ia satu sistem yang baik. Saya hidup berpoligami. Alhamdulillah……ia berjalan dgn lancar…. Walaupun, mulanya susah nak diterima tapi setelah berusaha……ia seperti suatu ni’mat yg indah dan jika mahu hidup bahagia…Insyallah akan terjadi. Saya fikir, poligami bukan untuk semua org….setelah dan masih berpoligami—-pengalaman saya, sebagai istri pertama, hendaklah berpandangan luas dan sentiasa muhasabah.
Betul, pucuk pangkalnya kembali pada diri suami.
Jika suami seorang yang bertakwa dan bertanggungjawab, isteri pertama pula Ok. Mengapa tidak?
Assalamualaikum Ustaz. Saya kerap didatangi mimpi tentang seorang lelaki yang sama. Bahkan, pada setiap mimpi kami merupakan sepasang kekasih sedangkan pada realitinya, kami hanya berkawan. Pernah saya bermimpi tentangnya setiap malam berturut-turut. Saya sedar bahawa saya tidak boleh terlalu memikirkan mimpi tersebut. Sehingga sekarang, hampir dua bulan, saya masih didatangi mimpi tersebut tetapi tidak sekerap sebelumnya.
Satu lagi, seorang lelaki yang cukup stabil kewangannya dan pegangan agamanya yang juga kuat ingin melamar saya sebagai isteri tetapi saya masih menuntut dan ingin membalas jasa kedua orang tua saya sebelum saya berumahtangga. Empat tahun yang lalu, saya terlalu muda untuk berumahtangga dengannya lalu saya terpaksa menolak lamarannya dengan baik. Rupa parasnya bukanlah ukuran bagi saya tetapi bagaimana harus saya menerangkan segalanya kepada lelaki tersebut tanpa mengecilkan hatinya?
Terima kasih.
Waalaikumsalam.
Tak perasan saya komen ini. Sukar untuk saya komen tentang mimpi. Berkemungkinan Nur punya perasaan pada lelaki tersebut sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Betul tak? Jika betul, mengapa tidak berterus terang sahaja dengan lelaki tersebut apa yang bermain di fikiran anda?
Saya tidak jelas dengan isu anda yang kedua ini. Empat tahun yang lalu anda menolak lamaran tersebut. Adakah sekarang beliau masih menunggu? Dulu masih menuntut, sekarang bagaimana pula? Harap dapat jelaskan isu ini bagi membantu saya menjawap soalan anda.