Petua Hindari Masalah Was-Was Menurut Islam – Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)

Image

Berikut adalah jawapan penuh saya bagi pandnagan saya yang tersiar di Berita Harian bertarikh, 25 Januari 2014 yang bertajuk ‘Petua Hindari Masalah Menurut Islam’ dari rencana yang sama bertajuk ‘Kecelaruan Obsesif Kompulsif (OCD)’

Continue reading

Jerat Cinta Facebook

jerat conta
Berikut adalah respon penuh saya bagi pandangan saya yang tersiar di Berita Harian bertarikh, 22 Disember 2013 yang bertajuk ‘Jerat Cinta Facebook’.
Menjalinkan hubungan dengan seseorang teman bukan sejenis di FB walaupun dengan tujuan berkenalan merupakan satu tindakan yang kurang bijak dan bahaya serta terdedah kepada risiko hubungan yang lebih intim, apatah lagi jika orang itu adalah bekas kekasih lama. Tidak kiralah sama ada dia atau kita sudah berkeluarga ataupun tidak, walau apa sahaja alasan kita ie menjalin persabatan semula etc.  Continue reading

Menjemput Keberkatan Dalam Perkahwinan (Bahagian Kedua)

Image

(Bersambung)

3. Khutbah Nikah

Saat yang paling penting ketika majlis akad nikah ialah ketika khutbah nikah dibacakan oleh tuan Kadi. Ini kerana ketika ini, jurunikah akan menerangkan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh bakal suami dan isteri dalam mengharungi kehidupan berumahtangga.

Sering saat yang seharusnya hening dan sepi ini ditenggelami oleh helaian tawa riang hadirin, sembang di antara tetamu serta deringan telefon pengunjung majlis. Ini tidak dibantu pula dengan keadaan sesetengah pengantin wanita yang tidak mengambil kisah untuk mendengarkan khutbah, tetapi berbual pula dengan teman di sebelah atau juru andam mereka.

Continue reading

Menjemput Keberkatan Dalam Perkahwinan (Bahagian Pertama)

Image

Memandangkan sekarang ini merupakan musim cuti persekolahan, musim di mana kita sering menerima undangan meraikan hari-hari majlis pernikahan kenalan mahupun saudara mara kita. Tidak lupa juga ia merupakan hari yang penuh bersejarah bagi setiap pasangan mempelai yang akan bernikah.

Hari melangsungkan majlis pernikahan pastinya merupakan saat-saat yang paling indah dan bermakna bagi setiap pasangan suami isteri, tidak kiralah majlis pernikahan tersebut melibatkan pasangan mempelai seorang teruna atau dara, duda atau janda mahupun pasangan yang sudah lewat usia.

Continue reading

Jangan Gaduh-Gaduh!

azam baru

Sempena tahun baru ini, janganlah gaduh-gaduh ya khususnya dalam perkara yang kita berbeza pendapat.

Mungkin pada orang lain betul tapi kita salah. Ada orang nak baca selawat pada tahun baru, bacalah.

Yang tak setuju tak perlulah baca, asalkan jgn celebrate tahun baru dengan count down sudah!

Continue reading

Muhasabah Diri Sebelum Pulihkan Hubungan

Talak

Soalan:

“Sejak isteri saya belajar ugama daripada seorang ustazah, isteri saya telah banyak pakai duit pinjam dari ramai orang hingga terkena TAILONG. Rumah saya tiga kali disimbah cat dan di rantai oleh tailong. Kini isteri sudah tidak kisah pada rumah tangga, tidak masak utk anak-anak lagi dan hendak minta cerai. Dia pergi rumah adik-beradiknya menceritakan keburukan saya hingga mereka mempercayai dia. Ramai telepon rumah cari dia minta hutang tapi dia buat tak tahu. Mohon pandangan dan nasihat ustaz.”

Continue reading

Gejala Murtad (Bahagian Kedua)

Image

(Bersambung)

3. Kemusykilan Yang Tidak Terjawab

Belia yang saya jumpa ini seperti juga mereka yang lain, mempunyai banyak persoalan yang tidak terjawab tentang agama Islam. Ketuhanan, kenabian, hal-hal ghaib dan lain-lain. Beliau juga antara mereka yang mempercayai segala apa yang ditulis di media massa tentang Islam, iaitu Islam sebagai agama yang menyokong keganasan dan juga agama yang tidak menghormati wanita.

Kesemua isu-isu ini tidak dapat dijawab oleh ibu bapa mereka atau mereka yang rapat dan berada di sekeliling dan persekitaran mereka.

Dengan itu, para ibu bapa perlu memantau anak-anak dan mengenal pasti cara pemikiran mereka, dan jika tidak berupaya menangani atau menjawab kemusykilan mereka, rujuklah kepada para guru agama yang mampu berbicara dalam hal ini bagi membincangkan atau menjawab isu-isu yang menjadi kekeliruan, serta yang masih belum terjawab di benak mereka.

Continue reading

Pelihara Binatang Di Rumah Boleh, Tapi…

BH Kemusykilan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soalan:

Baru-baru ini suami saya mula berjinak-jinak dengan hobi memelihara binatang peliharaan iaitu seekor burung dan ikan arowana lengkap dengan tankinya sekali. Saya kurang bersetuju dengan hobinya ini kerana ia menyebabkan suami saya leka dengan hobinya, menambah kerja saya di rumah dan menyalurkan wang kepada perkara yang tidak bermanfaat. Di samping itu, saya berasa kasihan dengan binatang berkenaan. Apabila saya meluahkan pendapat saya, beliau kata ia bertujuan untuk merehatkan dirinya dan melawan stres kerja. Saya mohon penjelasan ustaz:

  1. Apakah pandangan Islam mengenai hobi sedemikian di sisi agama?
  2. Apakah nasihat ustaz kepada para suami yang mempunyai hobi sedemikian?”

Continue reading

Gejala Murtad (Bahagian Pertama)

Image

Apabila kecoh baru-baru ini tentang isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja di Malaysia. Saya melihat kebimbangan yang ketara pada masyarakat Islam setempat. Ini dapat difahami kerana perkara aqidah, bukanlah satu perkara yang enteng. Pada masa yang sama, kadangkala kita akan kedengaran dari semasa ke semasa, isu murtad di kalangan masyarakat Islam, terutamanya ke agama Kristian.

Kita bimbang dengan fenomena ini. Kita bimbang dengan penggunaan kalimah Allah yang mungkin disalahgunakan. Namun, apakah peranan kita dalam memperkukuhkan aqidah kita, keluarga kita, atau umat Islam di sekeliling kita? Sudahkah kita benar-benar faham tentang ajaran Islam yang sebenarnya?

Continue reading

Mendidik Anak Perempuan Dalam Menutup Aurat (Bahagian Kedua)

Al Ustaz 18

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(Bersambung)

2. Bertahap-tahap.

Segala perkara perlulah dimulakan secara bertahap-tahap, tidak boleh sekaligus. Lihat sahaja perintah solat, wajibnya ketika baligh, tetapi dari usia 7 tahun sudah perlu dilatih, 10 tahun sudah boleh dipukul jika tidak bersolat. Begitu jugalah halnya dengan bertudung.

Timbul pula persoalan, usia berapa tahun perlu dimulakan untuk anak mula memakai tudung? Bagi saya dari usia 3-4 tahun sudah mula dilatih untuk bertudung. Tetapi bukanlah perlu bertudung terus sepanjang masa. Tidak mengapa, jika kita biarkan mereka tidak bertudung disebabkan mereka mungkin ‘rimas’ dan ‘panas’ selepas beberapa ketika.

Continue reading