Image

(Bersambung)

3. Khutbah Nikah

Saat yang paling penting ketika majlis akad nikah ialah ketika khutbah nikah dibacakan oleh tuan Kadi. Ini kerana ketika ini, jurunikah akan menerangkan peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh bakal suami dan isteri dalam mengharungi kehidupan berumahtangga.

Sering saat yang seharusnya hening dan sepi ini ditenggelami oleh helaian tawa riang hadirin, sembang di antara tetamu serta deringan telefon pengunjung majlis. Ini tidak dibantu pula dengan keadaan sesetengah pengantin wanita yang tidak mengambil kisah untuk mendengarkan khutbah, tetapi berbual pula dengan teman di sebelah atau juru andam mereka.

Pengalaman saya sebagai bekas Naib-Kadi, adalah baik sekiranya pengantin wanita dapat duduk berdekatan dengan tempat majlis akad nikah diadakan, agar mempelai dapat menyaksikan sendiri majlis akad nikah yang bakal berlangsung, selain dapat lebih fokus mendengarkan kandungan khutbah nikah yang dibacakan kadi. Ini kerana selain dari kadi berkongsi tanggungjawab seorang suami dan isteri, jurunikah juga biasanya akan turut sama meminta pihak pengantin lelaki membacakan lafaz taklik sesudah akad nikah berlangsung.

Kandungan lafaz taklik ini sangat penting, kerana padanya terkandung hak-hak isteri jika pihak suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya pada tempoh masa tertentu.

4. Lafaz Akad Nikah

Kerap apabila lafaz penerimaan nikah pengantin lelaki yang berjaya diungkapkan dengan sempurna akan disambut dengan tawa riang, serta kadangkala diiringi dengan tepuk tangan dan sorakan tetamu khususnya daripada teman dan sahabat handai pengantin lelaki.

Ingatlah, di sebalik kejayaan lafaz penerimaan nikah, tersimpul tanggungjawab baru yang amat berat dipikul oleh sang suami yang diambil alih daripada wali pengantin wanita.

Tiada maknanya kejayaan melafazkan sekali ucapan dibanggakan, andai kata hayat rumahtangga selepas itu hanya seketika sahaja.

Alangkah baiknya, jika kegembiraan tersebut diiringi dengan ucapan kesyukuran dan pujian kepada yang Maha Esa, selain kita sebagai tetamu mendoakan kepada kedua mempelai keberkatan dan keselamatan dalam rumahtangga yang didirikan.

5. Solat

Suka diingatkan dalam keadaan kita sibuk bergambar dan bertukar-tukar pakaian selaku raja sehari. Tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim dan Muslimah usahlah pula dilupakan sama sekali.

Usahlah sekali-sekali kita meninggalkan atau mengqadha’kan solat lantaran kerana alasan kesibukan majlis atau kesulitan membersihkan solekan. Malahan, jadikanlah hari pernikahan kita sebagai satu permulaan untuk lebih mendekatkan diri kepada Tuhan agar kita sentiasa perolehi rahmat Allah.

Justeru itu, setiap bakal pasangan suami isteri perlu merancang dengan teliti majlis pernikahan mereka, agar perjalanan majlis tidak mengganggu kita dalam menunaikan kewajipan kepada Yang Maha Esa.

Diharapkan segala peringatan di atas dapat dijadikan antara senarai petunjuk atau ‘checklist’ penting sebagai tambahan daripada persediaan sedia ada dalam melangsungkan majlis pernikahan. Semoga majlis pernikahan yang dijalankan nanti bukan sahaja meriah tetapi juga diberkati Allah hendaknya.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Nota – Artikel ini telah diterbitkan di Majalah al-Ustaz edisi 20, terbitan Telaga Biru, Malaysia.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s