jerat conta
Berikut adalah respon penuh saya bagi pandangan saya yang tersiar di Berita Harian bertarikh, 22 Disember 2013 yang bertajuk ‘Jerat Cinta Facebook’.
Menjalinkan hubungan dengan seseorang teman bukan sejenis di FB walaupun dengan tujuan berkenalan merupakan satu tindakan yang kurang bijak dan bahaya serta terdedah kepada risiko hubungan yang lebih intim, apatah lagi jika orang itu adalah bekas kekasih lama. Tidak kiralah sama ada dia atau kita sudah berkeluarga ataupun tidak, walau apa sahaja alasan kita ie menjalin persabatan semula etc. 
Dalam berhubungan dengan teman bukan sejenis perlu mempunyai batasan (boundary) yang sewajarnya. Dari teman sekerja, kenalan biasa, baru nak berkenalan dengan orang yang tidak pernah dikenali, biarlah ia sekadar begitu sahaja (status quo), tidak dibawa ke peringkat yang selanjutnya. Sebagai contoh, jika ia rakan sekerja biarkah menjadi rakan sekerja sahaja dan usah sampai berhubungan luar batasan kerja, jika tidak kenal dan minat, usahlah kita berkenalan pula etc.
Langkah ‘chatting’ merupakan satu langkah awal ke arah  perhubungan yang lebih intim. Dari satu langkah boleh membawa langkah ke satu lagi. Contoh, chatting sehingga lewat malam, melarat ke whats app/sms sehinggalah ke telefon dan akhirnya berjumpa dan bersemuka dan seterusnya sehingga kadangkala terjebak ke perhubungan yang lebih intim dan akhirnya nauzubillah sehingga berzina, Ia sudah berlaku dan pernah berlaku dan akan terus berlaku.
Keadaan akan menjadi lebih melarat, jika seseorang itu mempunyai isu dan masaalah keluarga khususnya isteri atau janda yang kesepian yang mempunyai potensi terdedah kepada golongan yang suka mengambil kesempatan.
Pandangan saya secara peribadi, sesuai dengan anjuran agama seperti yang dianjurkan dalam Quran ‘Dan Usahlah kamu menghampiri zina…’ [Al-Israa: 32] Sebaiknya, cuba hindari dari menghubungi atau melayan bagi menjalin hubungan semula walaupun sekadar berkawan biasa. Itu adalah lebih selamat.
Jika mempunyai sebarang isu keluarga atau bagi curahan perasaan, rujuklah kepada mereka yang berkelayakan dan bukan pada teman yang bukan sejenis walaupun bukan kekasih lama. Untuk lebih lanjut dalam isu ini, saya pernah berkongsi di laman blog saya beberapa artikel. Sila rujuk artikel saya di –>

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s