Sebelum ini pernah saya tulis pertemuan saya dengan seorang lelaki Indonesia yang merupakan seorang ‘freethinker’ walaupun ibu bapanya menganut kepercayaan ‘Buddha’. Beberapa minggu yang lalu, perkara sebaliknya pula berlaku pada saya. Saya berkesempatan bertemu dengan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang dihantar untuk kaunseling kerana didakwa sebagai ‘freethinker’.

Rupanya beliau sudahpun menjadi Freethinker sejak berusia 16 tahun lagi! Ibunya mula perasan kerana pernah menangkap anaknya memakan makanan daging khinzir.

Apa saya nak buat ni? Macam nak mula? Bila ditanya soalan, beliau banyak membisu. Buntu juga saya dibuatnya. Selepas beberapa kali mencuba, beliau akhirnya tidak dapat mengawal perasaan dan menangis bila ditanya sama ada ibu bapanya  solat. Rupanya, beliau hampa kerana ibu bapa tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar-benarnya seperti bersolat lima waktu dan sebagainya. Beliau juga rasa bersalah kerana tidak mampu menjadi seorang Muslimah yang baik dengan mengamalkan ajaran Islam dan tidak mampu menipu diri sendiri seperti ibu bapanya, lantas keluar dari Islam dan menganut fahaman ‘freethinker’. Hmmph…

Atas alasan tidak mahu menipu diri sendiri, beliau keluar Islam dan bebas untuk  melakukan perkara-perkara yang dilarang keras semasa dalam agama Islam dahulu seperti sex dan sebagainya, ini kerana bagi beliau ianya tidak menjadi isu lagi kerana tidak terikat dengan sebarang agama, pendek kata… sudah tiada halal-haram dalam kamus hidupnya.

Respon saya, walaupun ibu bapa bersalah kerana tidak membesarkannya dengan cara kehidupan Islam yang sebenar, ia tetap tidak menolak hakikat segala keputusan yang dibuat olehnya tidak lari dari kesilapan. Mengapa tidak, jika beliau betul-betul berasa bersalah dan menipu diri sendiri. Kenapa tidak beliau berazam sahaja untuk menjadi seorang Muslimah yang baik dan cuba mengamalkan ajaran Islam bersungguh-sungguh? Kenapa juga tidak belajar sahaja ajaran agama Islam yang sebenar-benarnya untuk memberikan kefahaman yang lebih kukuh dan menjadi seorang muslimah yang lebih baik?

Saya tegaskan yang saya tidak akan memaksa beliau menganut semula Islam, saya cuma ingin buka sahaja minda beliau dan menyedarkan yang dirinya tidak mempunyai asas langsung dalam agama, perlu belajar semula tentang Islam dan apa yang dibuat sekarang adalah satu kesilapan besar. Beliau juga perlu bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang dibuat. Beliau sudah dewasa dan tahu baik buruknya. Jika saya sudah sampaikan segalanya dan dia tetap dengan keputusannya, tiada apa yang mampu saya lakukan.

Cuma sebelum beliau beredar, sempat saya berikan satu buku Sirah oleh Tarik Ramadan dan sebuah buku karangan Jeffrey Lang (saudara baru) bertajuk  ‘Losing My Religion: A Call for Help’ yang saya rasa memang bertepatan dengan keadaan beliau. Saya jelaskan yang tulis buku ini seorang yang lahir bukan Islam tetapi berjumpa dengan kebenaran dan menganut Islam, Anda pula…?

Saya jelaskan walaupun beliau sudah muktamad keputusannya. Tidak salah untuk membaca kedua buku tersebut, Tuhan berikan kita akal untuk berfikir. Sayang jika kita mensesiakannya. Beliau setuju untuk menerima pemberian saya dan tidak membantah jika saya ingin menghubunginya lagi pada lain masa.

Di akhir sesi, saya bertemu pula dengan kedua ibu bapanya. Mereka menyalahkan anak, kawan dan internet tetapi tidak diri mereka sendiri. Saya beritahu kesemua perkara tadi adalah di luar kawalan mereka. Saya cadangkan mereka berdua untuk mula bersolat dan mengambil kesempatan daripada bulan yang mulia ini untuk memperbanyakkan doa agar anak mereka diberikan hidayah oleh Allah.

Saya juga jelaskan dalam keadaan sekarang, kedua mereka juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku pada anak mereka dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan sempurna.

Walau bagaimanapun, saya beritahu mereka yang saya yakin, jika mereka berubah dan mengamalkan gaya hidup Islam..maka ada harapan dan peratusan yang besar untuk anak mereka kembali pada Islam. Ialah, apa guna bimbang anak kita keluar Islam jika kita sendiri pun tiada bezanyakan? Nama sahaja Islam tetapi gaya hidup tidak gambarkan diri sebagai seorang Islam.

Sebenarnya ramai di luar sana yang ibu bapa mereka sama seperti kisah di atas, hantar anak ke madrasah..tetapi di rumah ibu bapa tidak berikan contoh dan gambaran hidup sebagai seorang muslim dan muslimah yang sejati, diri sendiri tidak solat apatah lagi ingin berjemaah atau solat bersama-sama? Bila anak-anak keluar Islam barulah kita menggelabah!

Jadi siapa yang harus dipersalahkan?

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

7 responses »

  1. Hazman Aziz says:

    Ustaz, apa bezanya dgn free thinker dan atheist?

    Both of them does not believe in God or some sorts of principle in faith.

    And, it is tough when someone tell you that he/she is losing his/her faith and hope. Just because they met and found that an atheist could provide all the love and care that normal Muslim boy unable too?

    Boleh lah ustaz shares from your thoughts. Cos, from the school of thoughts, where I come from, it is more to where perceived towards knowledge, where a number of variables play in a role to the situation that person has the desired to be a free thinker or an atheist badly. Variables, like family, environment, peer, facilities, accessibility, support, and availability. These plays a big role for some to lose a faith, just to meet their desirabilties.

    Jadi siapa yang harus dipersalahkan? – this is a good question to ask. If someone able to map out the able formulation, it actually pin down to ownself. Not folks, not the other party who is influencing that person. – This is just my findings and humble opinion (two cents worth).

    Feel free to build a constructive knowledge on my opinion too.

  2. Muslim Amad says:

    Quote”Sebenarnya ramai di luar sana yang ibu bapa mereka sama seperti kisah di atas, hantar anak ke madrasah..tetapi di rumah ibu bapa tidak berikan contoh dan gambaran hidup sebagai seorang muslim dan muslimah yang sejati, diri sendiri tidak solat apatah lagi ingin berjemaah atau solat bersama-sama? Bila anak-anak keluar Islam barulah kita menggelabah!”.

    Ibubapa “lepas tangan” kepada madrasah agar mendidik anak mereka dengan ajaran Islam.Apabila anak berkelakuan sebaliknya.Mereka mula menyalahkan Madrasah.Mereka mengatakan Madrasah tidak mendidik anak dengan betul…itulah..inilah.

    Apa-apa pun.Ibu bapa adalah guru pertama.Rumah adalah sekolah pertama.

    Seperti disebutkan dalam Hadith Rasulullah s.a.w:

    Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
    Rasulullah saw. bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani mahupun seorang Majusi. Sebagaimana seekor binatang yang melahirkan seekor anak tanpa cacat, apakah kamu merasakan terdapat yang terpotong hidungnya?.

    Hadith Riwayat Imam Muslim.

  3. Muslim Amad says:

    bukan semua ibubapa….sebahagian sahaja yang “lepas tangan”

  4. Hazman Aziz says:

    Ustaz,

    yups, that is a common definition. i want to understand the more towards of their perception, especially atheist. i have a research thesis with me now, which is really very disturbing. and, it is return by some australian PhD candidate.

    nevermind, i will still continue searching for the answer, why all these stuffs are happening.

  5. Muhammad Farhan says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Baru baru ini, saya mendapat tahu bahawa salah seorang daripada teman saya yang dahulunya beragama Islam, telah bertukar agama dan menjadi seorang ”Protestant”. Saya telah menanyakan kepada beliau tentang perkara ini dan beliau dgn terang menyatakan bahawa beliau telah menjadi seorang ”free-thinker” sejak umurnya 15 tahun, dan sejak 4 bulan yang lalu, beliau menjadi seorang ”Protestant”

    Saya bersama seorang lagi teman saya merasakan bahawa kami, sebagai temannya harus membantunya. Jadi, kami mahu pendapat daripada Ustaz, bagaimana kami boleh membantunya dan langkah-langkah yang boleh kami ambil dalam usaha kami untuk menolongnya kembali kepada jalan yang betul.

    Ustaz boleh email pandangan Ustaz kepada email saya. farran041088@gmail.com Terima kasih Ustaz.

  6. izat amir says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Saya seorang pelajar ipta, saya mempunyai seorang kawan yang mengamal ajaran freethinker.

    Namanya islam siap ada bin. Selepas disoal siasat latar belakang dia, rupa-rupanya dia berketurunan orang asli dan tidak mempunyai agama sejak kecil lagi.

    Bagi pendapat saya, isu sedemikian sangat serius.
    Saya lebih risaukan golongan-golongan yang mengamal ajaran freethinker ini datangnya dari mereka yang lahir dalam agama islam.

    Ibubapa mungkin salah kerana tidak menjadi contoh mengamal ajaran islam dengan baik terhadap anak-anak mereka yang terjebak dalam freethinker ini, tetapi kita harus mempertimbangkan faktor-faktor berikut:

    1. Menjadi freethinker sejak kecil.

    2. Bergama islam, tetapi tidak mengamal ajaran islam, lalu berfikir mengikut logik sendiri sehingga terjebak dalam freethinker.

    3. Beragama islam, megamalkan ajaran islam, tetapi disebabkan faktor-faktor persekitaran dimana terpengaruh daripada rakan-rakan,tempat belajar, tempat tinggal dan mungkin mempunyai persatuan yg cuba memurtadkan orang-orang islam.

    Orang bukan islam akan melihat agama kita melalui tingkah laku kita, supaya apabila mereka bertanyakan “islam itu macam mana?”, kita boleh katakan “islam itu macam saya lah”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s