salam ustaz

saya nak tanya, saya duduk bersama mertua saya . tapi suami saya dari awal kahwin sampai sekarang susah nak bagi adil untuk kunjung ke rumah mak ayah saya. sekali sekala mak ajak tidur rumah pun dia mengelak. bila kami pergi gym lepastu saya ajak mandi di rumah mak saya sebab dah dekat dengan ofis saya. tapi dia kata tak selesa, sedangkan rumah saya mmg selesa. saya sanggup korbankan gaya hidup saya untuk tggl bersama mertua saya walaupun rumah mak mertua lebih sempit. tapi benda kecil macamni pun dia tak boleh buat untuk saya.saya betul2 tersinggung dengan perangai dia ustaz dan tak tau mcmana nak sedarkan dia. sbb bila berkaitan dengan mak dia, laju je dia tolong. tapi bila saya nak sesuatu untuk keperluan diri saya, dia kata nanti dulu.. sedih saya ustaz, saya takut saya tawar hati dengan dia sebab skang saya masih boleh sabar lagi. cuma saya tak tau nak pulihkan keadaan bagi dia sedar yang penting dia fikir perasaan saya dan family saya juga.

No Name

———————————

Saudari,

Berpandukan dari soalan ini, saya dapat rasakan yang perkara ini sudah berlarutan lama dan dipendamkan sahaja.

Langkah ke hadapan, perkara ini saudari perlu berterus terang kongsikan apa yang saudari rasa dan kesan buruk jika perkara ini berterusan.

Sebagai alternatif, perkara ini boleh disampaikan melalui orang ketiga yang dipercayai kedua belah pihak.

Walaupun ia tampak seperti perkara kecil, saya dapat rasakan ia boleh melarat dan merosakkan rumahtangga saudari jika tidak berhati-hati.
Bertindaklah segera sebelum terlambat.

#KaunselingAgama

Soalan asal:
http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/2014/02/23/ibu-atau-keluarga-mana-lebih-utama/comment-page-1/#comment-2509

Bagi isu-isu yang ingin dibantu, sila kemukakan soalan melalui DM di IG atau FB page Abahyasir.

==

Bagi khidmat kaunseling agama secara bersemuka (face to face) atau online, bolehlah hubungi saya melalui link berikut, http://abahyasir.wasap.my atau melalui pm di messenger atau emel di abah.yasir@gmail.com

Boleh juga lungsuri ke http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling untuk maklumat lanjut bagi profile abahyasir dan juga testimonial.

#kaunselingUY   #abahyasir

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s