Mungkin tajuk posting saya kali ini berbaur emosi, tetapi itulah perasaan saya bila terlihat artikel bertajuk ‘Daya tarikan baru jadi tumpuan belia bersantai’ pada akhbar harian berbahasa Melayu hari ini. Timbul rasa meluat, marah dan kecewa pada rencana yang dipaparkan. 

Saya tertanya-tanya apakah yang ingin kita tonjol dan bawakan pada audien pembaca Melayu dengan berita seumpama ini? Cara yang disampaikan begitu gah, membuatkan budaya lepak dan percampuran remaja lelaki-perempuan sambil menghisap syisha tampak begitu ‘hips’ dan ‘cool’, malah lengkap dengan maklumat hot spot yang berpotensi besar dijadikan tempat lepak.  

Pada saya sudut atau ‘angle’ berita perlu betul dan membentuk atau menyedarkan masyarakat. Jika ia dipaparkan belia -belia semakin kreatif dalam mencari hiburan dan terdapat tren-tren yang membimbangkan dalam melepak seperti terdapat kedai-kedai yang menawarkan tempat remaja semuda usia 17 tahun untuk menghisap syisha yang bahayanya sama seperti merokok. Maka pada saya ianya menjadi satu berita yang berbentuk informasi dan menyedarkan kita supaya berhati-hati dengan tren yang kurang menyihatkan ini di samping mendidik masyarakat akan bahaya menghisap syisha.

Ia sama seperti berita sedikit masa dulu tentang gambar aktiviti menangkap ‘lalah’ (siput kecil agaknya) di longkang besar yang disampaikan dalam bentuk seolah-seolah ia tempat menarik untuk mendapatkan haiwan kecil tersebut, sedangkan sewajarnya ia dipaparkan sebagai satu aktiviti yang berisiko besar kerana aktiviti menangkap ikan dan sebagainya di longkang besar adalah satu perkara yang berbahaya dan pernah meragut nyawa manusia pada masa lalu kerana risiko air yang boleh naik dengan pantas jika hujan, mujur NEA menyiarkan satu kenyataan ringkas mengingatkan bahaya aktiviti tersebut pada akhbar yang sama sebagai respon bagi berita yang disiarkan sebelum itu. 

Sebelum ini terdapat beberapa artikel dan berita yang tidak menyenangkan hati saya seperti artikel ‘cara-cara memikat wanita’. Saya tidak salahkan pemberita 100% dalam hal ini, kerana sewajarnya editor perlu lebih berhati-hati. Sia-sia rasanya jika Oteh, Nenek dan Wak saban minggu cuba menegur masyarakat Melayu tetapi pada masa yang sama terdapat artikel-artikel lain yang membawa mesej yang salah kepada pembaca.   

Semoga teguran saya ini dipandang dari sudut yang positif dan dapat diterima dengan hati yang terbuka demi melihat akhbar utama berbahasa Melayu tempatan di negara ini dapat mencorak dan membawa arus serta agenda pembaharuan serta kemajuan dan tidak lupa juga ke arah pembangunan akhlak dan jatidiri seorang Muslim dan Muslimah yang berguna kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. 

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

4 responses »

  1. Mustaqim says:

    setuju dengan pandangan ustaz.. ana kekadang meluat juga dengan celoteh pak oteh… kata-katanya tanpa usul periksa akan keadaan sebenar boleh menyinggung perasaan ramai.. ini namanya publisiti murahan

  2. ibu says:

    setuju dengan pandangan ustaz.Terperanjat tengok budaya lepak dan membuang masa di terima dan mendapat sokongan dari akhbar utama berbahasa melayu.

  3. Abah Yasir says:

    Terima kasih atas pandangan.

    Lepak tidak menjadi kesalahan, tetapi pengisian ketika lepak itu yang menjadi persoalan.

    Sepatutnya kita mempelopori usaha agar kerajaan mengharamkan syisha ke atas remaja bawah 18 tahun seperti rokok, bukan sebaliknya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s