2 Replies to “Tutorial Solat: Niat”

  1. Salam,

    Satu kaedah alternatif untuk mendekatkan diri dengan para pembaca blog ini. Syabas saya ucapkan buat Ustaz Yusri di atas pencapaian ini.

    Saya rasa cara penyampaian tentang solat melalui podcast merupakan satu teknik baru yang harus diutamakan dan patut diberi perhatian yang mendalam.

    Biarpun banyak lagi cara yang boleh kita gunakan, Ustaz Yusri berjaya melepasi “tembok konservatif” yang selama ini jarang dilakukan oleh para asatizah tempatan.

    Saya doakan agar usaha Ustaz Yusri dan dyntv.com untuk mempertingkatkan lagi dakwah melalui podcast, berbaloi serta mendapat sambutan yang baik.

    Bila kita lihat dari sudut lain, cara penyampaian pengacara dan Ustaz Yusri sudah semacam forum perdana pula. Mungkin Ustaz boleh tampak “lebih mesra” di episod2 yang seterusnya.

    Dan lagi satu… mengapa tiada banner/poster sebagai background? Kan baru nampak lebih professional lagi? hehe

  2. Terima kasih Nas atas komentar berharga bagi mempertingkatkan lagi penyampaian di abahyasir.com.

    Saya amat sangat menghargainya. I.Allah, segala maklum balas akan cuba diimplementasikan mana yang termampu bagi podcast pada masa akan datang.

Leave a Reply