1. Bacaan Tahlil Arwah
Bacaan tahlil atau doa untuk arwah bukanlah hanya dibaca setahun sekali atau tiap malam Jumaat sahaja. Ia juga tidak terhad pada hari-hari tertentu.
Ia sepatutnya suatu perkara yang perlu kita lakukan sehari-harian. Oleh itu jemaah masjid tidaklah perlu menunggu sehingga malam Jumaat atau tahlil arwah khusus sempena ketibaan Ramadan.
Malah, jika pihak Masjid tidak mengadakan langsung majlis tahlil ini juga tidak menjadi satu kesalahan kerana ia bukannya satu perkara yang menjadi satu kewajipan untuk dilaksanakan.
Namun, pada masa yang sama..majlis yang diadakan oleh masjid ini merupakan satu peringatan dari semasa ke semasa untuk kita mengingati orang yang sudah tiada dan mendoakan mereka. Bertepatan dengan hadith Nabi: ” Jika mati anak Adam, terputus segala amalan kecuali 3 perkara: Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan Doa anak lelaki yang sholeh”. Maksud anak lelaki di sini juga meliputi anak perempuan yang sholehah.
2. Hukum Membaca Yasin
Amalan membaca Yasin sebanyak 3x dengan niat2 yang berbeza sempena ketibaan malam nisfu Sya’ban bukanlah satu perkara yang warid daripada sunnah. Maksudnya tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah. Ia merupakan amalan yang dilakukan oleh para ulama terdahulu.
Namun, dalam melakukan perkara yang tidak pernah dibuat oleh baginda juga merupakan satu perkara yang menjadi perbezaan pendapat para ulama. Ini semuanya berpunca daripada penafsiran kekata bid’ah. Ada yang menyatakan jika perkara tersebut walaupun tidak pernah dibuat baginda tetapi bertepatan dengan prinsip sunnah, maka ia tidak mengapa dilakukan. Sebagai contoh membaca surah-surah dalam Quran seperti Surah Yasin adalah perkara yang dianjurkan oleh sunnah.
Perlu ditekankan, yang penting kita menghormati kepelbagaian pendapat, siapa kata bid’ah..kita kena hormat pandangan mereka kerana pendapat tersebut juga mempunyai hujjah yang tersendiri. Kita tak boleh kata, pendapat kita sahaja yang betul, orang lain semua salah, ini boleh menimbulkan perpecahan sesama ummah dan semestinya bukan perkara yang dianjurkan oleh sunnah!
Oleh kerana bacaan Yasin 3x ini tidak warid daripada sunnah, maka tidak menjadi kesalahan jika Imam masjid baca Yasin 1 x sahaja atau kita baca surah selain daripada Yasin. Atau tidak dibaca langsung pada malam nisfu Sya’ban tetapi dibaca pada keesokan harinya : )
Yang paling penting amalan membaca Quran ini tidak hanya terhenti setakat pada malam nisfu Sya’ban sahaja tetapi juga berlanjutan pada bulan-bulan yang lain juga.
3. Amalan Lain Bulan Sya’ban
Terdapat banyak hadith-hadith yang menceritakan tentang fadhilat bulan Sya’ban, namun kebanyakannya bersumber daripada hadith yang dhaif atau lemah. Tetapi jangan salah faham, terdapat juga pandangan ulama yang menyatakan hadith dhaif juga boleh dijadikan hujjah tetapi hanya pada perkara fadhail a’mal atau amalan-amalan yang baik dilakukan.
Bila dikatakan ada terdapat pendapat boleh dijadikan hujjah hadith dhaif, maknanya ada juga pendapat sebaliknya iaitu tidak boleh dijadikan hujjah dalam apa jua perkara termasuk fadhail a’mal.
Apapun para ulama bersetuju bahawa terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan pada bulan sya’ban sebagai satu warm up kepada kita untuk memperbanyakkan amalan sebelum ketibaan Ramadan. Antara amalan-amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan ini ialah:
– Berpuasa
Baginda dikatakan paling banyak berpuasa pada bulan Sya’ban berbanding lain2 bulan (tidak termasuk Ramadan). Oleh itu , ada baiknya kita juga perbanyakkan puasa pada bulan ini.
– Memperbanyakkan zikir dan doa.
Hendaklah kita perbanyakkan ingatan kita pada Allah dan juga doa kepadanya. Bukan hanya kita sibuk doakan untuk orang yang sudah tiada tetapi diri kita dilupakan.
– Bertaubat dan beristighfar.
Sebaiknya kita banyakkan bertaubat dan beristighfar pada Allah agar kita bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan yang suci dan bersih.
Kesimpulannya:
1. Perlu menghormati perbezaan pendapat.
2. Sifat merasakan pendapat kita sahaja yang betul, boleh membawa kepada perpecahan.
3. Amalan seperti bacaan tahlil arwah atau Yasin tidak hanya terhad pada malam2 tertentu.
4. Tiada kewajipan pada cara2 tertentu pada malam nisfu Sya’ban.
5. Hendaklah memperbanyakkan amalan pada lain2 hari dan bulan juga.
Suatu peringatan yang baik dan informatif. Terima kasih, Ustaz. =)
Ustaz, terima kasih menjawab beberapa persoalan yang memang berlegar dalam benak Embun.Sesungguhnya, entri ini adalah jawapan kepada dua Embun untuk diberikan Hidayah. Alhamdulillah! (Haaa…tak tau kan embun dua for some enlightenment on Nisfu Sya’ban?! Keep posting,wokies…hehe)
Saya dapat baca fikiran Embun, sebab tu saya buat posting pasal ni. ; )
“kita kena hormat pandangan mereka kerana pendapat tersebut juga mempunyai hujjah yang tersendiri.”apakah setiap perbezaan pendapat itu wajib dihormati dan di-iktiraf tanpa sebarang penilaian?
Menghormati pandangan tidak semestinya bersetuju dengan pandangan tersebut.By saying that, anda berhak untuk tidak bersetuju dengan pandangan saya.
Bertepatan dgn usul yg di utarakan…Bukan hanya beramal pada malam @ hari tertentu yg di war-warkan begitu begini tentang fadhilat sesuatu amalan…Liza bersetuju dgn artikal ini..Cuma nak tekankan di sini,tidak salah untuk kita beramal dengan apa yg ulama’terdahulu laksanakan.Selagi tidak lari dr landasan yg sebenar.Amalan membaca Yasin,solat Hajat @ Qiamullail,zikir2 muktabar..sebenarnya adalah amalan harian kita.Tidak ada yang lari dari luar biasa..Yang penting “hati” dan “niat” yg ampunya diri…Semoga semuanya kerana mensyukuri segala nikmat yg Maha Pencipta.Tkasih ust Yus..