Sambungan…

1. Taat beragama 

Sabda Rasulullah: ‘Perempuan dikahwini atas empat perkara, kerana hartanya, keturunanya, kecantikannya atau kerana gamanya. Akan tetapi pilihkah kerana agamanya agar dirimu selamat.’  (Bukhari & Muslim)

Taat beragama sepatutnya menjadi ciri utama dalam memilih pasangan ‘HIDUP’. Kalau pilih cantik, dapatlah yang cantik, tapi belum tentu bakal menjadi isteri yang baik. Nak cari bakal isteri cantik,  ia tidak akan kekal. Malah, kita akan jumpa lagi cantik selepas itu. Maknanya ia tidak akan selesai. 

Tapi kalau kita dapat cari yang taat pada agama, hati kita akan menjadi tenang. Malah dia bakal menjadi ibu yang salehah yang bakal membimbing anak-anak kita kelak. Saya rasa itulah yang kita mahu.

 Hari ini, pakai tudung sahaja tidak cukup. Lihatlah juga pakaian mereka, tutur kata dan juga akhlak. Tidak semesti lulusan Madrasah anda akan jumpa yang terbaik dalam agama, begitu juga sebaliknya bagi pelajar sekular. Maksud saya, kita perlu berhati-hati memilih dan tidak membuat sebarang ‘judgement’ sebelum kita kenal hati budi dan akhlak seseorang.  

2. Cantik 

Cantik? Penting juga..Sebab tu Nabi sebut seperti mana hadith di atas. Cuma janganlah dijadikan sebagai satu-satu pilihan dalam memilih pasangan. Jika cantik dan taat agama, kenapa tidak? 

Hendak cari yang cantik dan beragama, diri kita juga perlulah punyai agama. Tidak hensem tak mengapa tapi kita perlu ada agama, barulah yang baik-baik akan cari kita. Kalau hensem tapi kita jenis ‘cacamarba’, alamatnya dapatlah makwe cantik tapi perangai pun ‘boleh tahan’ jugak. Buat apa? Makin pening dibuatnya, hati pun tak tenang. Tapi kenalah dengan lelaki yang macam tu. 

Nabi sebut cantik sebab Nabi tahu fitrah semulajadi manusia suka pada yang cantik dan menawan. Tak mengapa, tapi dia pesan kita supaya cari yang cantik tapi punya agama. 

3. Baik keturunan

Pilihlah dari keturunan yang baik-baik. Maknanya ibu bapa wanita yang kita idamkan tu datang dari keturunan yang kuat agama, maknanya mestilah dia dibesarkan dengan didikan agama yang mantap. Bukan makna mak bapak yang tak baik anak semestinya jahat. Ada juga yang baik, isteri Nabi sendiri ada yang datang daripada keluarga Yahudi.

Apa yang penting sebagaimana yang Nabi sebut di atas, kalau tak dapat yang baik keturunan pun tak mengapa, yang penting kuat agamanya.  

4. Perawan 

Dari Jabir bin Abdillah, ia berkata: ‘Aku baru sahaja bernikah’, lalu Rasulullah bertanya: Dengan siapa engkau bernikah? Dengan seorang janda, jawabku. Mengapa tidak dengan seorang gadis yang boleh engkau bermain dengannya dan diapun dapat bermain denganmu. (Bukhari & Muslim)

Ni Nabi yang cakap, bukan saya. Sebaiknya bagi yang bujang khususnya kahwinlah yang perawan..maknanya yang belum pernah bernikah. Maklumlah, kalau dah pernah bernikah biasanya dah ada anak..bukan senang nikah terus dah dapat anak dan punya tanggungjawab tambahan. Tambahan pula, bagi mereka yang dah pernah bernikah pasti tidak boleh tidak teringat layanan daripada bekas suami. 

Tapi jangan lupa, ini bukan bermakna Nabi melarang berkahwin dengan janda. Jangan lupa dalam ramai-ramai isteri baginda, hanya seorang sahaja perawan iaitu Aishah. Membantu golongan janda pun besar pahalanya termasuklah dengan berkahwin.

Dalam hadith yang disebutkan di atas, Nabi cuba mengingatkan sahaja dan tidak melarang. Maknanya bila nak berkahwin tu, fikirlah masak-masak pro dan cons termasuk pandangan ibu bapa kita. Bukan apa, ibu bapa ni sayang anak mereka dan tidak mahu perkara yang buruk berlaku. Nantilah, next posting saya cerita pasal ni nanti. 

5. Subur

Sabda Rasulullah: ‘Kahwinilah mereka yang mempunyai kesuburan mempunyai anak, sesungguhnya agar aku dapat berbangga dengan jumlah ummatku yang banyak di hadapan para Nabi  di hari kiamat nanti.’ (Abu Daud)

Ni pun antara perkara yang digalakkan. Tapi cakap pasal ramai anak, kita kena ingat juga tanggungjawab dan kewajipan yang semakin banyak dan besar, tu belum cerita tentang kemampuan nafkah harian termasuk memberikan pembelajaran agama.  Pembaca boleh rujuk posting saya sebelum ini tentang Family Planning dan juga Perancangan Keluarga.

6. Amanah

Sabda Rasulullah: ‘Iaitu yang taat apabila diperintah, yang menyenangkan hati apabila dipandang serta menjaga diri dan harta suaminya.’ (Ahmad)

Penting bagi isteri tersebut mempunyai sifat amanah dan pandai menjaga rahsia keluarga. Tidak menceritakan segala masaalah dalaman yang melanda rumahtangga. 

Isteri yang solehah juga perlu pandai menjaga diri dan menjaga nama baik suami serta keluarga. Yakni si isteri perlu menjaga perilaku serta akhlak dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan aib serta maruah suami. Sebagai contoh di tempat kerja, bila lunch janganlah keluar berdua-duaan dengan teman sekerja lelaki walaupun tiada apa-apa berlaku antara mereka berdua.

Perkara sedemikian boleh memalukan suami apabila dilihat oleh kenalan atau saudara suami selain boleh menimbulkan fitnah. Pada masa yang sama, kita sebagai suami juga perlu menunjukkan contoh yang sama dengan tidak keluar berdua-duan dengan teman sekerja wanita kita. Jika kita tidak suka pada diri kita dilakukan demikian, kita juga perlu tidak melakukan perkara yang sama. 

7. Mentaati Suami  

Isteri perlu mentaati suami selagi mana dalam perkara yang tidak bertentangan atau bersalahan dengan dengan agama.  Ini akan lebih mudah jika suaminya merupakan seorang yang bertakwa kepada Allah dan sentiasa mendekatkan diri pada Allah. 

Jika suami seorang yang jahil dan tidak melakukan perintah Allah, isteri tetap juga melayani dan mentaati suami. Tanggungjawab isteri pada suami tetap sama dan tiada beza.  Adapun amal buruk suami merupakan antara dia dengan Allah. Memang sukar untuk mengekalkan kasih sayang dan rasa cinta kita kepada suami yang tidak mengikuti perintah Allah. 

Atas dasar itu, pilihlah ciri-ciri isteri sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini. 

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s