Tawadhu’

Adab berilmu perlu tawadhu’. Jika kita pandai dan ‘expert’ dlm sesuatu bidang, kena ingat ada insan lain yg lebih pandai dr kita.

Dengan sikap tawadhu’, kita akan sentiasa berfikir tentang wujudnya sesuatu teori atau konsep lain yg ada di luar sana yg diketahui ahli ilmu lain, dan tidak terperangkap dgn satu2 teori atau teori2 yg kita ketahui.

Itulah anjuran dan prinsip ilmu yang diajarkan Allah melalui konsep Iqra’ dlm Al-Quran.

Konflik Keluarga dalam Isu Isteri Ingin Minta Diceraikan

Hijapedia-Its-Your-Community-63

Dalam kehidupan rumahtangga, perselisihan faham kadangkala tidak dapat dielakkan dan seringkali juga ia akhirnya berakhir dengan perceraian.

Bercakap tentang isu perselisihan atau konflik suami isteri ini, suka saya berkongsi kali ini tentang satu isu permasalahan rumahtangga yang pernah dirujukkan kepada saya. Alkisah, yang datang berjumpa dengan saya merupakan seorang suami yang mengadu bahawa isterinya kini sudah tidak lagi kisah pada rumah tangga, tidak lagi hirau untuk memasak buat keluarga atau menjaga makan pakai anak-anak lagi, dan paling meresahkannya ialah isteri beliau ini ingin minta diceraikan.

Continue reading

6 Cara Meraikan Ramadan Bersama Keluarga

Pada Ramadan yang lalu, saya pernah diminta untuk berkongsi pengalaman peribadi saya dari sudut bagaimana dapat kita manfaatkan keberkahan Ramadan dari sudut kekeluargaan.

Namun sebelum saya mulakan perkongsian pada kali ini. Suka saya ingin mengajak para pembaca sebelum itu untuk sama-sama kita bermuhasabah bersama sepanjang Ramadan yang telah berlalu ini. Adakah Ramadan hanya terhad untuk diri kita sahaja? Atau kenikmatan beribadah pada bulan ini juga turut sama dirasai oleh ahli keluarga kita yang lain? Bagaimana pula dengan anak isteri kita? Adakah mereka turut sama berterawih ke masjid? Jika kita bersendirian berterawih di masjid, sementara mereka pula di rumah. Adakah mereka turut sama berterawih juga seperti kita?

Continue reading

Ciri-Ciri Isteri Pilihan

Sebagai seorang suami, tiada yang lebih indah selain dari mempunyai seorang isteri solehah, seorang isteri yang dapat bersama-sama kita dalam mentarbiyah anak-anak, seorang isteri yang dapat kita saling berkongsi pandangan, seorang isteri yang mampu menenangkan diri kita di saat kita dalam kemurungan atau kegelisahan. Inilah indahnya pernikahan.

Begitulah pandangan saya setiap kali ditanyakan oleh mana-mana jejaka yang inginkan saya berkongsi ciri-ciri calon isteri yang terbaik.

Continue reading

Ciri-Ciri Suami Pilihan

Setiap pasangan suami isteri pastinya mengimpikan rumahtangga yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun sebelum itu berlaku, pastinya ia memerlukan proses bagi mencari calon suami atau isteri yang sesuai lagi beriman.

Bagi perkongsian bulan ini, saya akan mulakan dahulu dengan kriteria pilihan dalam mencari suami. Perkongsian ini pula hanyalah sekadar satu panduan sahaja, kerana dalam alam perkahwinan memerlukan kerjasama, kesabaran dan tolak ansur dalam setiap pasangan.

Begitu juga dengan jodoh perkahwinan, ia juga bergantung kepada sikap suami isteri itu sendiri termasuk dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan Allah.

Continue reading

Ulama

tangisan tuanguru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ulama di balik tabir, ulama mengikut pemerintah, ulama yang hidup dalam ketakutan. Ulama yang takutkan orang dan bukan Tuhan. Ulama yang takutkan periuk nasi hilang…

Betul ke? Hanya kerana cara berbeza dalam mencapai matlamat, bukan bermakna cara kita merupakan satu-satunya cara yang benar, dan kita boleh mudah bersangka.

Moga Allah pelihara iman dan keikhlasan niat kita. Hanya kepada Allah kita berserah dan mengampuni segala kesilapan dan tingkah laku kita.

Beli Kereta atau Naik Bas?

Haiz. Naik kereta atau naik mrt pun jadi isu eh. Yg penting niat. Yg penting juga tau menguruskan wang jgn sampai byk berhutang dan tiada simpanan utk tujuan kecemasan, anak2, hari tua, haji atau sampai takde duit nak tolak kat parent tiap bulan.

Memahami Perintah Ayat Iqra

iqra

 

 

 

 

 

 

 

Perintah Iqra menurut ahli tafsir merangkumi maksud membaca, menyampaikan, mengetahui, mendalami, meneliti, memahami, menganalisa, menelaah dan mengetahui.

Perintah membaca ini juga tidak terhad dan terbatas kepada ilmu agama atau ilmu tertentu sahaja, tetapi kepada segala pengetahuan yang bermanfaat dan atas tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan yang Agung. Itulah maksud, ‘Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang telah Mencipta.’

Pinkdot SG | LGBT

 

pionkdpt

 

 

 

 

 

 

Bagi sesiapa dari kalangan Muslim/Muslimah yang ingin hadir ke Pinkdot atau yang menyokong inisiatif LGBT, perlu jelas bahawa sokongan kita terhadap movement ini samalah seperti kita menyokong teman-teman kita/saudara kita atau gerakan (movement) yang percaya bahawa hubungan seksual lelaki-wanita sebelum berkahwin adalah sah, bersekedudukan adalah OK, seks bebas memenuhi naluri jiwa, kecurangan tiada salahnya.

Ada cara lain untuk kita membantu teman/saudara/masyarakat yang LGBT ini, membuang dan menyingkirkan mereka bukan caranya. Tetapi merestui amalan mereka juga bukanlah tindakan yang tepat.

Berdamping dan berdoa, serta sokongan moral yang berterusan untuk mereka kembali ke pangkal jalan jualah merupakan langkah yang patut kita usahakan bagi membantu mereka insaf.

Perancangan Kewangan Untuk Keluarga

Islam merupakan agama yang sempurna dan ajarannya pula merangkumi segala bentuk aspek kehidupan manusia, dan ini tidak terkecuali dalam mendidik kita supaya merancang kewangan sebagai persediaan dalam mengharungi kehidupan seharian.

Lihatlah pengajaran daripada peristiwa yang dikisahkan dalam Al-Quran, ketika mana seorang raja meminta Nabi Yusuf a.s. menafsirkan mimpinya. Ini terakam dalam surah Yusuf ayat 47-48 yang bermaksud:

Continue reading