Bagi sesiapa dari kalangan Muslim/Muslimah yang ingin hadir ke Pinkdot atau yang menyokong inisiatif LGBT, perlu jelas bahawa sokongan kita terhadap movement ini samalah seperti kita menyokong teman-teman kita/saudara kita atau gerakan (movement) yang percaya bahawa hubungan seksual lelaki-wanita sebelum berkahwin adalah sah, bersekedudukan adalah OK, seks bebas memenuhi naluri jiwa, kecurangan tiada salahnya.
Ada cara lain untuk kita membantu teman/saudara/masyarakat yang LGBT ini, membuang dan menyingkirkan mereka bukan caranya. Tetapi merestui amalan mereka juga bukanlah tindakan yang tepat.
Berdamping dan berdoa, serta sokongan moral yang berterusan untuk mereka kembali ke pangkal jalan jualah merupakan langkah yang patut kita usahakan bagi membantu mereka insaf.