Saudara Seislam – Syiah

Hairan bila sesetengah umat Islam seolah OK apabila seorang general Iran dibunuh oleh bom Amerika sekutu zionisme. Ada yang menjustifikasikan beliau mmg selayaknya mati kerana keterlibatannya dan kekejamannya terhadap sunni.

Saya kira kita perlu membezakan dua perkara di sini,
1. Kesilapannya sebagai seorang Muslim
2. Pembunuhan yang diakui Trump.

Perkara pertama, kita serahkan pada Tuhan. Perkara kedua, usahlah perkara kedua dirasakan wajar kerana perkara pertama.

Akhirnya, kita di sini yang bertelagah. Tidakkah itu yang diharapkan bagi pihak yang tidak senang melihat Umat Islam bersatu?

#warnawarnikehidupan

Tahun Baru

Moga tahun baru bawa sinar yang lebih menerangi. Rezeki yang lebih luas, diberkati dan hadir dari sumber yang tidak disangka dan dijangka. Dipermudahkan segala urusan semudah erti namaku. Tambahkan keimanan, ketakwaan dan keihsanan untuk diri ini, dan keluargaku. Jauhkanlah juga segala fitnah-fitnah besar serta ujian yang pernah menimpa beberapa kali selama Ini. Moga Allah perkenankan doaku ini dan hamba-hamba-Mu semuanya.

#YNWA #warnawarnikehidupan

Bonus Akhir Tahun

Hujung tahun ni mana yg kesempatan ada kelebihan hasil bonus dll. Ambil lah peluang berikan ibu dan isteri kita saguhati lebih dari biasa. InshaAllah, Allah akan berikan imbuhan lain yang kita pun tak sedar nanti. Moga rezeki kita diberkati dan semakin dipermudahkan Allah. Amin.

#warnawarnikehidupan

Ucap Merry Christmas atau tak?

Krismas sudah berlalu, tapi di timeline saya masih hangat rupanya. Saya taklah berikan ucapan secara umum di sini kerana majoriti teman FB saya orang Islam. Secara peribadi ada jugalah.

Cuma saya ingin tarik perhatian di sini. Isunya bukan sekadar ucap atau tak ucap. Ia sebenarnya lebih mendasar lagi. Iaitu berbuat baik antara sesama manusia. Hormat jiran dll, Islam atau bukan Islam. Tidak kira bangsa atau agama. Kerana itu sudah dasar dan sebahagian dari iman. Itulah titik persamaan antara kedua pendapat ini.

Usah kita pertegakkan pandangan masing2, dan perkecilkan pandangan yg berbeza, kerana itu juga berlebih-lebihan bagi saya – kerana ia boleh cemarkan silaturrahmi antara kita yang memang wajib kita jaga dan eratkan.

Bagi yang masih bercuti, selamat bercuti. Bagi yang lain selamat teruskan kehidupan. Semoga semua ceria dan baik2 sahaja.

#warnawarnikehidupan

Teguran Buat Teman Asatizah

Untuk ingatan bersama, saya kongsikan di sini coretan saya di dinding FB salah seorang asatizah. Moga menjadi ingatan utk saya juga.

Pandangan ana, dalam terima teguran memang perlu adab. Itu yang sebaiknya. Namun sbg pendakwah, kita juga perlu lapang dada juga terima komen, kritikan dan celaan atau troll termasuk daripada mereka yang kita tak kenali atau bernama, kerana kadangkala teguran yang datang dari mereka yang tak suka kita aka haters adalah jauh lebih jujur dari followers kita yang mungkin terima sahaja apa yg kita lakukan.

Hakikatnya, sebagai pendakwah lebih2 lagi asatizah perlu sentiasa tingkatkan ilmu dan terusan belajar sampai bila2 pun, malah orang awam kini juga semakin terpelajar, berpengetahuan dan tidak boleh dianggap tidak tahu apa2 kerana wadah menimba ilmu kini semakin luas dan mudah. Malah, kitab2 ulama juga selain banyak sudah diterjemahkan dan video2 serta ajaran mereka juga mudah didapati. Kita tidak boleh statik dan anggap ilmu kita sudah cukup, dan tidak perlu dipersoalkan.

Kita juga perlu bijak menilai setiap komen, andai rasa ia satu fitnah dan sampai tahap merepek, usahlah kita layan, kerana kadangkala komen orang jahil begini sebaiknya dibiarkan sahaja dan membuang masa kita.

Akhir sekali, kekalkan ketenangan dlm menerima kritikan. Usah kita cepat melatah dlm menerima teguran atau kritikan. Jgn juga biarkan kita sampai ke tahap mereka, sindiran usah2 sekali dilemparkan. Kerana itu bukanlah adab pendakwah, ia mungkin disokong oleh sebahagian, tapi pada masa yang sama, ia semakin menjauhkan orang yg membenci kita.

Ingatlah sebaik2 akhlak, ialah akhlak Nabi kita. Ingat lagi kisah al Hubab bin Munzir? Beliau tegur Nabi dgn penuh adab dlm berikan pandangan lokasi terbaik bagi kubu tentera Islam di Badar. Respon Nabi? Baginda terima dengan terbuka dan sambut baik saranan al Hubab utk pindah lokasi pertahanan di tempat yg lebih strategik. Itulah dia pekerti sahabat yg dididik di madrasah Baginda dan juga akhlak terpuji Nabi kita.

Ingatan ini sebenarnya utk diri ana juga. Walllahu A’lam.

#warnawarnikehidupan #abahyasir

Ingatan ini sebenarnya utk diri ana juga. Walllahu A’lam.

#warnawarnikehidupan #abahyasir

Jangan Taksub Tok Guru

Tok Sheikh kita dah bersuara di seberang. Hakikatnya memang benar. Budaya ulama kita memang begitu. Imam mazhab yang empat contohnya, Imam Shafii anak muridnya Imam Malik. Tapi kemudian merangka metodologi sendiri. Begitu juga imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan anak murid Imam Shafii. Malah imam Abu Hasan Ash’ari juga mengikut mazhab Shafii, tetapi merangka methodologi ilmu kalamnya sendiri yang merupakan adunan methodologi fiqh dan Usul Fiqh Imam Shafii, teologi Ibn Kullab dan turath salafiyyah Imam Ahmad bin Hanbal.

Dalam zaman kontemporari, Sheikh Rashid Rida dlm kitab Tafsir al Manar nya, yg merupakan tulisan hasil dari kuliah tok gurunya Sheikh Muhammad Abduh, namun dalam tafsirnya tidak semua perkongsian gurunya dipersetujui. Banyak juga beliau mengkritik pandangan gurunya dengan penuh hormat.

Begitu juga tok guru atau asatizah, malah cikgu2 atau orang tua pun, kita juga perlu sentiasa terbuka dengan maklum balas dan kritikan. Kerana Nabi kita juga terbuka dlm menerima teguran dan pandangan (rujuk dialog Nabi dan al Hubab dlm peristiwa perang Badar).

Adil & Ihsan

Alhamdulillah, diberikan kesempatan khatib hari ni. Topik pun menarik tentang Khalifah Umar r.a. dan sikap adil dan ihsan.

Cuma yg saya nak kongsi tentang cerita masa jadi imam tadi. Sebenarnya ketika baca Fatihah rakaat kedua, kedengaran mcm org nangis dan pekik2. Nak kata budak kecik pun tidak. Nangis pun tidak. Keliru saya, di samping cuba fokus dlm solat saya.

Selesai Amin, saya pun berhenti sebentar, assess keadaan dan bersiap nak baca Ikhlas atau Al Ghasyiyah. Tiba2 suara bising tadi senyap. Lalu saya pun baca al Ghasyiyah.

Tiba2, suara bising tadi kedengaran semula. Saya stop kejap contemplating utk hentikan bacaan dan ruku’ atau sambung baca. Sebab saya terfikir, mungkin yg terpekik di luar masjid. Bilal pulak sambung bacaan saya, ingat saya lupa ayat.

Lepas beberapa saat, saya buat keputusan langsung ruku’, tak kisahlah…kalau jemaah ingat khatib tak hafal ke – itu yg berlaku, masa nak balik seorang jemaah senyum sinis. Awak khatib tadi? Hafalan awak tak kuat. 🙂

Lepas solat, saya minta maaf dgn bilal sebab hentikan bacaan sebab keadaan tadi. Bilal beritahu saya, oh tu suara budak perempuan, dia autisme. Bapak dia jemaah tadi solat. Saya terus lega dan ucap. Alhamdulilah. Keputusan saya tadi tepat. Dapatlah bapanya bersegera layan anaknya tadi tu.

Yelah, khutbah pun tadi cakap pasal adil dan ihsan kan. Sebenarnya memang itulah pesanan Nabi…

“Apabila salah seorang kamu imamkan solat, maka ringankanlah (pendekkan bacaan), kerana dalam jemaah makmum tersebut ada org yg lemah, orang sakit dan orang tua….”

Semoga Allah berkati kita.

#seindahsolatnabi

Doa Iftitah – 12 Malaikat Saling Berebutan Mencatit Pahala

Ingin tahu kelebihan bacaan doa iftitah lain yang terdapat juga dalam sunnah yang tidak ramai kalangan kita ketahui dan amalkan? Fadhilat yang cukup hebat, hinggakan 12 para malaikat saling berebutan mencatit pahalanya.

Bagi maklumat lanjut buku Seindah Solat Nabi atau yang ingin memilikinya, sila ke link abahyasir.com/seindah-solat-nabi atau tinggalkan mesej di page ini.

#SeindahSolatNabi #HadyunNabawi
#SifatSolatNabi #BacaanSolatNabi #IftitahNabi

Doa Iftitah – Pintu Langit Terbuka Luas

Ingin tahu kelebihan bacaan doa iftitah yang kita baca selama ini? Atau nak tahu versi doa iftitah yang lebih ringkas?

Bagi maklumat lanjut buku Seindah Solat Nabi atau yang ingin memilikinya , sila ke link abahyasir.com/seindah-solat-nabi atau tinggalkan mesej di page ini.

#SeindahSolatNabi #HadyunNabawi
#SifatSolatNabi #BacaanSolatNabi #IftitahNabi

FB Page abahyasir

screen-shot-2017-02-19-at-4-58-57-pm

Alhamdulillah, selepas beberapa tahun saya buka akaun FB page abahyasir, baru kini saya cuba aktifkan nya semula. Mungkin sedikit ‘rebranding.’

Bezanya dulu FB page ini hanya memuatkan pemberitahuan bagi posting terkini saya di abahyasir.com, tapi kini ia mengambil alih fungsi FB profile saya Yusri Yusoff (abah yasir)

Continue reading