Tok Sheikh kita dah bersuara di seberang. Hakikatnya memang benar. Budaya ulama kita memang begitu. Imam mazhab yang empat contohnya, Imam Shafii anak muridnya Imam Malik. Tapi kemudian merangka metodologi sendiri. Begitu juga imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan anak murid Imam Shafii. Malah imam Abu Hasan Ash’ari juga mengikut mazhab Shafii, tetapi merangka methodologi ilmu kalamnya sendiri yang merupakan adunan methodologi fiqh dan Usul Fiqh Imam Shafii, teologi Ibn Kullab dan turath salafiyyah Imam Ahmad bin Hanbal.
Dalam zaman kontemporari, Sheikh Rashid Rida dlm kitab Tafsir al Manar nya, yg merupakan tulisan hasil dari kuliah tok gurunya Sheikh Muhammad Abduh, namun dalam tafsirnya tidak semua perkongsian gurunya dipersetujui. Banyak juga beliau mengkritik pandangan gurunya dengan penuh hormat.
Begitu juga tok guru atau asatizah, malah cikgu2 atau orang tua pun, kita juga perlu sentiasa terbuka dengan maklum balas dan kritikan. Kerana Nabi kita juga terbuka dlm menerima teguran dan pandangan (rujuk dialog Nabi dan al Hubab dlm peristiwa perang Badar).