Alhamdulillah, selepas beberapa tahun saya buka akaun FB page abahyasir, baru kini saya cuba aktifkan nya semula. Mungkin sedikit ‘rebranding.’
Bezanya dulu FB page ini hanya memuatkan pemberitahuan bagi posting terkini saya di abahyasir.com, tapi kini ia mengambil alih fungsi FB profile saya Yusri Yusoff (abah yasir)
Jadi maknanya kini, saya tidak lagi update sebarang perkongsian atau cetusan hati saya di FB ini (mungkin bila perlu sahaja), tetapi hanya di page abahyasir.
Saya berharap dapat memanfaatkan perkongsian dengan memuatkan lebih banyak video pada masa akan datang agar ia lebih mudah tersebar luas. Cuma ini perlukan masa, dan saya perlu belajar lagi dan mencuba 🙂
Saya juga berharap dapat melayan mereka yang melungsuri lelaman ini dengan soalan-soalan dan nasihat atau panduan dalam isu kekeluargaan dan rumahtangga atau isu-isu peribadi. Untuk  bagi perkara ini, boleh msg saya di Facebook page.
Boleh juga bagi khidmat kaunseling untuk saya hadir ke rumah untuk keluarga atau pasangan, cuma saya kenakan bayaran minimum bagi servis ini.
Untuk hukum-hakam tak perlulah msg di kepada saya kerana ramai lagi asatizah di luar sana yang mampu menjawabnya kan?
Rumusannya, dengan FB page baru ini, saya berharap dapat:
- Berkongsi cetusan dan pengamatan dalam sebarang perkara.
- Perkembangan terkini bagi diri saya atau mengenai projek buku saya
- Menjawab dan berkongsi panduan dari soalan-soalan pembaca FB page saya khususnya bagi isu kekeluargaan dan rumahtangga (bukan hukum-hakam)
- Sedutan dari video ceramah buku saya, atau vlog bagi isu-isu khususnya dari kandungan buku saya dan lain-lain perkara yang boleh dikongsi. (Akan datang)
Untuk maklumat lanjut, sila ke FB page saya facebook.com/abahyasir 🙂