Alhamdulillah, diberikan kesempatan khatib hari ni. Topik pun menarik tentang Khalifah Umar r.a. dan sikap adil dan ihsan.

Cuma yg saya nak kongsi tentang cerita masa jadi imam tadi. Sebenarnya ketika baca Fatihah rakaat kedua, kedengaran mcm org nangis dan pekik2. Nak kata budak kecik pun tidak. Nangis pun tidak. Keliru saya, di samping cuba fokus dlm solat saya.

Selesai Amin, saya pun berhenti sebentar, assess keadaan dan bersiap nak baca Ikhlas atau Al Ghasyiyah. Tiba2 suara bising tadi senyap. Lalu saya pun baca al Ghasyiyah.

Tiba2, suara bising tadi kedengaran semula. Saya stop kejap contemplating utk hentikan bacaan dan ruku’ atau sambung baca. Sebab saya terfikir, mungkin yg terpekik di luar masjid. Bilal pulak sambung bacaan saya, ingat saya lupa ayat.

Lepas beberapa saat, saya buat keputusan langsung ruku’, tak kisahlah…kalau jemaah ingat khatib tak hafal ke – itu yg berlaku, masa nak balik seorang jemaah senyum sinis. Awak khatib tadi? Hafalan awak tak kuat. 🙂

Lepas solat, saya minta maaf dgn bilal sebab hentikan bacaan sebab keadaan tadi. Bilal beritahu saya, oh tu suara budak perempuan, dia autisme. Bapak dia jemaah tadi solat. Saya terus lega dan ucap. Alhamdulilah. Keputusan saya tadi tepat. Dapatlah bapanya bersegera layan anaknya tadi tu.

Yelah, khutbah pun tadi cakap pasal adil dan ihsan kan. Sebenarnya memang itulah pesanan Nabi…

“Apabila salah seorang kamu imamkan solat, maka ringankanlah (pendekkan bacaan), kerana dalam jemaah makmum tersebut ada org yg lemah, orang sakit dan orang tua….”

Semoga Allah berkati kita.

#seindahsolatnabi

Leave a Reply