Krismas sudah berlalu, tapi di timeline saya masih hangat rupanya. Saya taklah berikan ucapan secara umum di sini kerana majoriti teman FB saya orang Islam. Secara peribadi ada jugalah.

Cuma saya ingin tarik perhatian di sini. Isunya bukan sekadar ucap atau tak ucap. Ia sebenarnya lebih mendasar lagi. Iaitu berbuat baik antara sesama manusia. Hormat jiran dll, Islam atau bukan Islam. Tidak kira bangsa atau agama. Kerana itu sudah dasar dan sebahagian dari iman. Itulah titik persamaan antara kedua pendapat ini.

Usah kita pertegakkan pandangan masing2, dan perkecilkan pandangan yg berbeza, kerana itu juga berlebih-lebihan bagi saya – kerana ia boleh cemarkan silaturrahmi antara kita yang memang wajib kita jaga dan eratkan.

Bagi yang masih bercuti, selamat bercuti. Bagi yang lain selamat teruskan kehidupan. Semoga semua ceria dan baik2 sahaja.

#warnawarnikehidupan

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s