Untuk ingatan bersama, saya kongsikan di sini coretan saya di dinding FB salah seorang asatizah. Moga menjadi ingatan utk saya juga.

Pandangan ana, dalam terima teguran memang perlu adab. Itu yang sebaiknya. Namun sbg pendakwah, kita juga perlu lapang dada juga terima komen, kritikan dan celaan atau troll termasuk daripada mereka yang kita tak kenali atau bernama, kerana kadangkala teguran yang datang dari mereka yang tak suka kita aka haters adalah jauh lebih jujur dari followers kita yang mungkin terima sahaja apa yg kita lakukan.

Hakikatnya, sebagai pendakwah lebih2 lagi asatizah perlu sentiasa tingkatkan ilmu dan terusan belajar sampai bila2 pun, malah orang awam kini juga semakin terpelajar, berpengetahuan dan tidak boleh dianggap tidak tahu apa2 kerana wadah menimba ilmu kini semakin luas dan mudah. Malah, kitab2 ulama juga selain banyak sudah diterjemahkan dan video2 serta ajaran mereka juga mudah didapati. Kita tidak boleh statik dan anggap ilmu kita sudah cukup, dan tidak perlu dipersoalkan.

Kita juga perlu bijak menilai setiap komen, andai rasa ia satu fitnah dan sampai tahap merepek, usahlah kita layan, kerana kadangkala komen orang jahil begini sebaiknya dibiarkan sahaja dan membuang masa kita.

Akhir sekali, kekalkan ketenangan dlm menerima kritikan. Usah kita cepat melatah dlm menerima teguran atau kritikan. Jgn juga biarkan kita sampai ke tahap mereka, sindiran usah2 sekali dilemparkan. Kerana itu bukanlah adab pendakwah, ia mungkin disokong oleh sebahagian, tapi pada masa yang sama, ia semakin menjauhkan orang yg membenci kita.

Ingatlah sebaik2 akhlak, ialah akhlak Nabi kita. Ingat lagi kisah al Hubab bin Munzir? Beliau tegur Nabi dgn penuh adab dlm berikan pandangan lokasi terbaik bagi kubu tentera Islam di Badar. Respon Nabi? Baginda terima dengan terbuka dan sambut baik saranan al Hubab utk pindah lokasi pertahanan di tempat yg lebih strategik. Itulah dia pekerti sahabat yg dididik di madrasah Baginda dan juga akhlak terpuji Nabi kita.

Ingatan ini sebenarnya utk diri ana juga. Walllahu A’lam.

#warnawarnikehidupan #abahyasir

Ingatan ini sebenarnya utk diri ana juga. Walllahu A’lam.

#warnawarnikehidupan #abahyasir

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s