Lama rasanya kali ni tidak menulis, bukan apa saya sedikit sibuk siapkan satu artikel yang diminta oleh pihak editorial RISALAH keluaran Pergas. Tema pada kali ini ialah yang bersangkutan dengan Hijrah dan tajuk yang diminta saya siapkan pula ialah berkaitan keperluan perubahan mentaliti para asatizah Singapura dalam mendekati masyarakat.
Fuuh, tajuk berat tu! Saya bagitahu dorang saya gaya penulisan saya biasa2 je, tak biasa buat tajuk berat dan kritikal macam tu. Cerita komedi bolehlah.. : )
Walaupun tajuknya nampak berat dan sensitif, namun saya gagahkan diri juga, mungkin pengalaman saya di masjid selama 9 tahun selain penglibatan dalam pebagai platform lain membuat saya berani menyahut cabaran ini. Tiadalah yang lebih layak sebenarnya menulis topik ini selain dari asatizah sendiri.
Saya tak tahulah apakah reaksi yang bakal saya terima. Pastinya ada yang tidak bersetuju dengan pandangan yang diberikan. Walaupun pengamatan saya secara peribadi bagi sumbangan asatizah pada masa kini masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan, namun tidak layak dibandingkan sumbangan asatizah generasi terdahulu dengan sekarang kerana cabarannya jelas jauh berbeza, ia seumpana membandingkan kehebatan Pele dengan Maradona, Zidane mahupun Cristiano Ronaldo. Hehe, meleret sampai kepada contoh bolasepak pulak! Takpelah, biar mudah faham.
Sebagaimana tajuknya, artikel ini mencadangkan beberapa perubahan sikap dan mentaliti yang perlu dilakukan oleh asatizah secara umum. Bagi rencana ini saya diberi masa hanya 2 minggu sahaja! Hai, tergendalalah posting saya di blog ini juga emel2 soalan kemusykilan orang ramai yang perlu dijawab. Maaf lah yer…
Bagi memastikan artikel yang ditulis tidak syok sendiri dan tidak bersifat sangkaan atau anggapan semata-mata (hipotesis), saya menggunakan metod temubual secara bersemuka mahupun secara emel, sms atau telefon melibatkan pelbagai golongan baik asatizah, ahli akademik, pekerja sosial, ibu bapa (kepada pelajar madrasah), pemberita, pelajar dan banyak lagi.
Bermacam-macam jawapan yang diberi, negatif dan positif. Kesemuanya bercampur baur. Saya cuba sebutkan di sini rumusan daripada pandangan orang ramai terhadap asatizah:
1. Dakwah asatizah generasi sekarang lebih menyeluruh dan telah dapat menjangkau lebih ramai sasaran daripada pelbagai sudut masyarakat.
2. Asatizah generasi masakini telah membuat sumbangan yang lebih dalam usaha mengeratkan keharmonian antara kaum dan agama.
3. Sumbangan yang dilakukan mendapat perhatian pemerintah terutamanya dalam membanteras ancaman terrorism atau keganasan. Ini dapat dilihat daripada sumbangan RRG dalam kegiatan memberikan khidmat kaunseling secara sukarela kepada para tahanan JI.
4. Semakin ramai yang meningkatkan pengajian hingga ke peringkat sarjana mahupun kedoktoran.
5. Terdapat kepelbagaian pada bidang pos sarjana yang dipelajari ini dan tidak terhad hanya kepada bidang tradisional sahaja spt Usuluddin & Shariah semata.
6. Sudah terlalu banyak asatizah yang mendalami sarjana bidang pengganasan, perlu usaha yang sama juga dalam bidang yang lain.
7. Masih lagi kurang asatizah yang mendalami bidang perbankan Islam.
8. Perlu lebih ramai asatizah yang bertaraf nasional dan champion dalam bidang2 tertentu seperti dlm bidang sosial sebagaimana dalam bidang pengganasan.
9. Walaupun tak dinafikan semakin ramai yang menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dan tidak kurang juga terdapat asatizah yang menceburi bidang penulisan, namun masih belum terdapat lagi penulisan yang mengjangkau masyarakat daripada segenap lapisan sebagaimana penulisan asatizah generasi terdahulu seperti tafsir Ustaz Ahmad Sonhadji atau buku Mari Belajar Sembahyang, juga tafsir karangan arwah Ustaz Syed Abdillah.
10. Terdapat pelajar2 dari institut pengajian tinggi tempatan yang berpendapat bahawa asatizah masih lagi kurang memainkan peranan dalan bidang dakwah. Buktinya, masyarakat bila menghadapi sebarang kemusykilan akan merujuk kepada individu bukan dari kalangan asatizah di internet.
11. Ada yang berpendapat bahawa walaupun asatizah muda giat menjalankan aktiviti terhadap para belia namun ia hanya terhad kepada belia masjid sahaja dan tidak kepada belia2 di luar sana.
12. Masyarakat masih kurang acknowledge sumbangan asatizah masakini dan masih lagi membandingkan sumbangan asatizah terdahulu. ini jelas kelihatan terutamanya pada tulisan para wartawan Berita Harian.
13. Asatizah muda lebih terbuka berbanding dengan golongan lama.
14. Asatizah perlu lebih accessible.
15. Asatizah lama (di salah sebuah pusat pengajian agama mingguan) ‘boring’ dan kurang inisiatif berbanding dengan asatizah muda.
16. Golongan ustazah banyak yang mendak, tiada muka2 baru. Banyak cerita dan contoh berkaitan masak dan isu dapur shj. Tiada isu2 semasa yang dilibatkan.
17. Tiada pelapis bagi golongan asatizah wanita.
18. Guru dan pengetuan madrasah perlu lebih bersikap terbuka dan lapang dada dalam menerima teguran dan kritikan. Alasan gaji kecil janganlah dijadikan sebagai penyebab mutu mengajar tidak dpt ditingkatkan. Sifat complacent akan menyebabkan anak2 madrasah ketinggalan dan ini akan menjejaskan generasi kita pada masa akan datang.
19. Asatizah perlu pertingkat diri dan jangan bersikap sambil lewa.
20. Asatizah perlu lebih banyak senyum. : )
Inilah antara pandangan-pandangan orang ramai terhadap asatizah kita. Betul ke? Bagi yang positif tu, kita kena ingat ianya mungkin membabitkan asatizah lain bukan kita yer! Jangan perasan eh! Manakala yang negatif tu pulak, janganlah kita marah dan bersikap defensif pula, tetapi marilah kita ubah sikap dan membuktikan tanggapan itu adalah salah dan dapat diubah menjadi lebih baik dan positif pada masa akan datang.
Pandangan ramai ini hanyalah sebagai satu gambaran buat saya dalam menulis, saya maklum pandangan tersebut perlu dianalisis dan tidak wajar dijadikan satu generalisasi dan mewakili seluruh asatizah.
I.Allah, artikel saya ini akan diterbitkan pada majalah RISALAH keluaran Pergas pada edisi Januari nanti. Pastinya akan saya upload kan secara eksklusif di blog ini dan akan saya kirimkan ke Berita Harian & The Straits Times jika mereka sudi terbitkan.
Tak sabar rasanya nak baca artikel tersebut. Saya pun nak tahu juga pandangan ustaz tentang topik ini.
Kalau yang point yang kesebelas tu ana tak agree sangat sebab sebahagian daripada belia2 yang menyertai program belia di masjid adalah di kalangan belia yang berda di ‘luar sana’.Secara tak langsung,apabila mereka dapati program yang dianjurkan oleh masjid tertentu menarik,mereka akan menarik rakan2 mereka di ‘luar sana’ untuk sama2 menyertai program di masjid.
Komen dari seorang pembaca yang emel pada saya pandangan beliau tentang posting ini.==================================Tujuan saya adalah untuk berkongsi pandangan tentang artikel yang ustaz tulis bertajuk MENTALITI ASATIZAH. Sebagai seorang guru madrasah yang telah mengajar di madrasah selama hampir 20 tahun, saya ingin sekali memberikan pandangan dan mungkin teguran, itu pun saya berharap ustaz janganlah ambil hati. Sebelum saya meneruskan tulisan saya ini, saya mohon ampun dan maaf. Sekali lagi saya mengatakan saya bukanlah orang yang tertepat untuk memberi pandangan atau membuat teguran. Namun, saya rasa terpanggil untuk menulis kepada ustaz. Seperkara lagi, janganlah mencongak-congak siapa saya. Yang penting apa yang saya tulis dan bukan penulisnya. Saya harap ustaz mengerti. Syukran. Namun, setelah memberitahu ustaz tentang pengalaman saya di madrasah hampir 20 tahun, maka ustaz tentu dapat merasakan usia saya yang lebih tua daripada ustaz. Baiklah. Saya petik satu persatu agar pandangan saya jelas dan dapat difikirkan bersama. ———————————————————————————————————— 1. Dakwah asatizah generasi sekarang lebih menyeluruh dan telah dapat menjangkau lebih ramai sasaran daripada pelbagai sudut masyarakat. Pandangan saya. Saya setuju dengan bahagian ini. Memang asatizah muda telah dapat ramai respon daripada para belia. Namun, soalan saya, adakah penglibatan belia-belia yang diajak oleh asatizah muda ini kesemuanya sungguh dan ikhlas? Sebagai contoh, lihat sahaja program Ramadhan Challenge. Kalau tidak silap saya sudah lebih daripada 3 tahun. Setiap kali program ini dijalankan, ramai yang menyertainya. Namun, adakah apa yang diajarkan itu diamalkan sepanjang tahun, iaitu selepas program tersebut, belia-belia itu berbondong-bondong solat jemaah di masjid seperti yang dibuat di waktu Ramadhan Challenge? Berlumba-lumba ke kelas agama yang dijalankan di masjid-masjid? Atau pun mereka hanya menyertainya, “just for the fun of it”? Apa yang kita nampak, masjid kita masih kosong…….mana belia-belia Ramdhan Challenge? Kelas-kelas agama, nisbahnya, yang tua-tua lebih ramai daripada yang muda. Mana belia-belia Ramadhan Challenge? Maaf, saya bukan hendak “attack” belia-belia Ramadhan Challenge ini, tapi saya hanya menjadikannya sebagai contoh. Ada lagi program-program yang dibuat oleh asatizah muda yang saya lihat lebih kepada kuantiti daripada kualiti. ———————————————————————————————————— 2. Asatizah generasi masakini telah membuat sumbangan yang lebih dalam usaha mengeratkan keharmonian antara kaum dan agama. Pandangan saya. Ini juga saya sangat bersetuju. Kerana asatizah muda diberikan lebih bimbingan dan juga lebih terbuka. ________________________________________________________________ 3. Sumbangan yang dilakukan mendapat perhatian pemerintah terutamanya dalam membanteras ancaman terrorism atau keganasan. Ini dapat dilihat daripada sumbangan RRG dalam kegiatan memberikan khidmat kaunseling secara sukarela kepada para tahanan JI. Pandangan saya. Ini juga saya sangat setuju. Sudah memang menjadi tanggungjawab asatizah memastikan semua orang Islam beribadah dan berjihad ke jalan yang lurus. ———————————————————————————————————— 4. Semakin ramai yang meningkatkan pengajian hingga ke peringkat sarjana mahupun kedoktoran. Pandangan saya. Alhamdulillah. Benar kata ustaz. Memang ramai asatizah telah melanjutkan pelajaran. Dengan adanya banyak bantuan, kita akan dapat lahirkan asatizah yang lebih berkualiti dari segi ilmu. ———————————————————————————————————— 5. Terdapat kepelbagaian pada bidang pos sarjana yang dipelajari ini dan tidak terhad hanya kepada bidang tradisional sahaja spt Usuluddin & Shariah semata. Pandangan saya. Memang benar. Kerana di Negara jiran, Malaysia, para ulakmnya atau guru-guru agamanya telah berani “cross course” , dengan mengambil kursus yang lain yang dapat membantu mereka menjadi guru yang lebih versatile. ———————————————————————————————————— 6. Sudah terlalu banyak asatizah yang mendalami sarjana bidang pengganasan, perlu usaha yang sama juga dalam bidang yang lain. Pandangan saya. Ini juga saya setuju. Namun, ingin saya katakan, agak bercanggah dengan pendangan saya pada perkara 5. Walaupun saya setuju asatizah yang tukar kursus di peringkat sarjana dan seterusnya, namun, adakah kita sudah mempunyai asatizah yang mempunyai doktor falsafah dalam bidang syariah, usuluddin, dakwah, al-quran? Rasanya belum adakan? Maka kita perlu pakar-pakar seperti ini. Saya yakin ustaz setukan? ———————————————————————————————————— 7. Masih lagi kurang asatizah yang mendalami bidang perbankan Islam. Pandangan saya. Memang benar ustaz. Namun tahukah ustaz, setiap tahun berapa ramai pelajar madrasah yang minat untuk ke bidang bahasa Arab/ukrawi? Jumlahnya boleh dikira dengan jari. Dan yang lanjutkan pelajaran dalam bidang ini pun tidak semuanya akan pulang dalam masa 4 tahun. Ramai yang gagal. Kalau ada yang lulus, terlalu sedikit. Dan kebanyakan mereka, mengambil bidang syariah atau usuluddin. Mungkin kerjaya yang menanti mereka tidaklah sehebat rakan-rakan yang ke maktab rendah atau polytechnic, maka tidak ramai mahu lanjutkan pelajaran dalam bidang Arab/ukhrawi. Mentelah lagi dalam perbankan Islam. ———————————————————————————————————— 8. Perlu lebih ramai asatizah yang bertaraf nasional dan champion dalam bidang2 tertentu seperti dlm bidang sosial sebagaimana dalam bidang pengganasan. Pandangan saya. Ini memang sangat perlu. Kita kadang-kadang sibuk bercakap tentang perkara remeh-temeh. Tapi kes-kes belia yang masuk gangster, hamil dalam usia muda, belia-belia yang tersadai di Orchard Road, yang melakukan perkara-perkara sumbang dengan sebebas-bebasnya. Hingga timbul kes-kes zinah yang berleluasa, kita macam ambil “sejuk” sahaja. Satu lagi, kes-kes pondan dan gay. Walau pun jumlahnya sedikit, ia tetap penyakit masyarakat. Berapa ramai asatizah yang peka tentang soal ini. Saya belum pernah dengan kes-kes pondan dan gay ditangani. Yang kita selalu baca di akhbar, para asatizah sibuk menghentam mereka dengan mengatakan perbuatan mereka haram. Tapi belum ada satu pun yang tampil ke hadapan untuk membantu mereka ke jalan yang lurus. Maaf kalau sudah ada, tapi saya tidak pernah baca di akbar atau di tonton di telelvisyen. Yang saya tahu, asatizah hanya mengeluarkan “judgement” iaitu perbuatan golongan ini haram, berdosa, nabi tak mengaku ummat, dan macam-macam statement yang menakutkan golongan ini. Akhirnya, mereka jauh dari Islam. Bukan kerana Islam membenci mereka, tapi kerana sikap sebahagian asatizah yang tdak faham maslah ini, lantas terus keluarkan “judgement”. ———————————————————————————————————— 9. Walaupun tak dinafikan semakin ramai yang menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dan tidak kurang juga terdapat asatizah yang menceburi bidang penulisan, namun masih belum terdapat lagi penulisan yang mengjangkau masyarakat daripada segenap lapisan sebagaimana penulisan asatizah generasi terdahulu seperti tafsir Ustaz Ahmad Sonhadji atau buku Mari Belajar Sembahyang, juga tafsir karangan arwah Ustaz Syed Abdillah. Pandangan saya. Saya sangat setuju. Saya tidak tahu di mana silapnya. Mungkin sudah masa diadakan muzakarah asatizah dari semua pihak, asatizah MUIS, madrasah sepenuh masa, madrasah mingguan, asatizah masjid, asatizah bebas, para pelajar madrasah. Barulah dapat maklumat menyeluruh. Tidak guna kalau asatizah MUIS atau asatizah masjid saja berbincang. Mereka tidak akan dapat lihat gambaran secara holistik. ———————————————————————————————————— 10. Terdapat pelajar2 dari institut pengajian tinggi tempatan yang berpendapat bahawa asatizah masih lagi kurang memainkan peranan dalan bidang dakwah. Buktinya, masyarakat bila menghadapi sebarang kemusykilan akan merujuk kepada individu bukan dari kalangan asatizah di internet. Pandangan saya. Yang ini ada benar ada tidaknya. Memang asatizah kita agak tidak accessible. Dalam masa yang sama juga, pelajar-pelajar pengajian tinggi ini juga, memilih asatizah yang “taste” mereka sahaja. Mereka takut kepada asatizah yang betul-betul mengeluarkan pendapat dari apa yang dituntut oleh syarak. Sebagai contoh. Kes Boy Girl Relationship. Mereka tahu, kalau mereka tanya, asatizah yang agak syadid, jawapannya mesti NO. Lantas mereka suka asatizah yang muda yang kadang-kadang “berani bertolak ansur” dalam perkara ini. ———————————————————————————————————- 11. Ada yang berpendapat bahawa walaupun asatizah muda giat menjalankan aktiviti terhadap para belia namun ia hanya terhad kepada belia masjid sahaja dan tidak kepada belia2 di luar sana. Pandangan saya. Saya sekali lagi setuju. Kes-kesnya saya sudah sebut pada artikel 8. Sila rujuk. Saya tambah sikit. Kurangnya kemahiran ilmu dakwah di kalangan asatizah kita adalah menjadi salah satu hambatan untuk mereka melakukan dakwah kepada masyarakat yang bukan ahli masjid. ———————————————————————————————————– 12. Masyarakat masih kurang acknowledge sumbangan asatizah masakini dan masih lagi membandingkan sumbangan asatizah terdahulu. ini jelas kelihatan terutamanya pada tulisan para wartawan Berita Harian. Pandangan saya. Tersenyum saya bila saya baca artikel 12 ini. Soalan saya, perlukah kita diiktiraf kerana tugas dakwah kita? Bukankah kita semua sedang cari keredhaan Allah? Apa, kita rindu sangat diiktiraf masyarakat? Apakah yang kita dapat jika kita diiktiraf? ———————————————————————————————————– 13. Asatizah muda lebih terbuka berbanding dengan golongan lama. Pandangan saya. Saya setuju. Namun, saya ingin perigatkan. Terbuka bukan makna lebih baik. Mungkin terbuka tapi kurang pengalaman, kurang persiapan, takut terpesong dalam mejalankan dakwah. ——————————————————————————————————– 14. Asatizah perlu lebih accessible. Pandangan saya. Ini sudah saya bincangkan dalam artikel 10. ————————————————————————————————————15. Asatizah lama (di salah sebuah pusat pengajian agama mingguan) 'boring' dan kurang inisiatif berbanding dengan asatizah muda. Pandangan saya. Ini juga ada benar ada salahnya. Kita sepatutnya kena kenal siapa murid-murid kita. Murid-murid juga mesti kenal siapa guru-guru mereka. Contohnya, ada golongan masyarakat suka belajar ugama dengan ada nasyid-nasyid, selawat-selawat, ah………silalah ke kelas Ust Fakhrurrazi atau Kelas Ust Shafy. Kepada golongan ibu-ibu yang daya konsentrasinya agak kurang atau malas membaca kitab, nah, silalah ke kelas Ustazah Habsah Kepada mereka yang suka pada yang lebih serius, bab bab mati dan akhirat, zikir dan sebagainya, ramai ustaz-ustaz yang “hardcore”. Pada pandangan saya, setiap murid yang hendak belajar ugama macam orang hendak pergi cuti. Maaf ustaz, kalau ustaz boleh gunakan permainan bola sebagai tamsilan, saya gunakan holidays sebagai tamsilan. Contohnya, orang yang hedak pergi holiday dan suka shopping, janganlah ke TIoman. Sebab nothing to shop. Its for snorkeling. Pergi KL. Shopping Paradise. Sebaliknya, orang yang suka panjat gunung, janganlah ke Langkwai, tapi pergi ke Gunung Ledang. Makanya, bukan asatizah yang boring, tapi mereka salah pilih kelas. ———————————————————————————————————– 16. Golongan ustazah banyak yang mendak, tiada muka2 baru. Banyak cerita dan contoh berkaitan masak dan isu dapur shj. Tiada isu2 semasa yang dilibatkan. Pandangan saya. Pandangan saya sama dengan artikel 15. ——————————————————————————————————— 17. Tiada pelapis bagi golongan asatizah wanita. Pandangan saya. Ini sangat saya setuju. Agaknya kenapa ya? Saya beri pandangan sikit boleh? Kalau salah maafkan ya. Kebanyakan asatizah tak kira ustaz atau ustazah, kebanyakan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang syariah, dan usuluddin. Tidak ramai yang ambil bahagian dakwah. Kursus Dakwah dan Kepimpinan ada ditawarkan di UKM. Ramai kita berebut-rebut ke Al-Azhar. Jangan marah saya cakap, ustaz pun dari sana kan? Sistem Al-Azhar mendak, boleh dikatakan ketinggalan atau hampir tak ada system. Maka ini menjejas syakhsiah graduan Al Azhar. Kalau mereka tidak meneroka ilmu baharu, apabila pulang ke Singapura, mereka akan jadi seperti yang ada ini lah. Maka ustazah-ustazah yang sudah berumahtangga dan jika bernasib baik mendapat suami yang agak mewah, mereka terus berhenti. Mereka tidak merasakan diri mereka dikehendaki atau diperlukan masyarakat. ———————————————————————————————————– 18. Guru dan pengetuan madrasah perlu lebih bersikap terbuka dan lapang dada dalam menerima teguran dan kritikan. Alasan gaji kecil janganlah dijadikan sebagai penyebab mutu mengajar tidak dpt ditingkatkan. Sifat complacent akan menyebabkan anak2 madrasah ketinggalan dan ini akan menjejaskan generasi kita pada masa akan datang. Pandangan saya. Hmmmm, soalan saya, ustaz pernah mengajar di madrasah sepenuh masa? Tentang guru dan pengetua yang harus menerima teguran itu saya setuju. Tetapi orang Melayu, jika membuat teguran, ramai yang tidak tahu yang mana teguran membina atau teguran yang mengutuk. Maka si penegur kena betul-betul arif tentang system madrasah sebelum menegur. Atau lebih baik bertanya sebelum menegur. Tentang gaji kecil, ustaz tahu ata tidak betapa kecilnya gaji kami. Gaji saya setaraf dengan gaji seorang jurujual di pasar raya walaupun sudah hampir 20 tahun berkhidmat. Saya bukanlah mengadu, hanya memberitahu. Complacent? No way man. For your information, setiap tenaga pengajar madrasah yang saya kenal, ibarat kuda belang ke sekolah setiap pagi. Dengan gaji yang kecil, fasilitas yang sangat terhad, kami berjaya “menghantar” anak-anak didlk kami ke menara gading. Ustaz salah seorang anak didik yang dikatakan complacent ini. Maafkan saya. 19. Asatizah perlu pertingkat diri dan jangan bersikap sambil lewa. Pandangan saya. As mentioned, NO WAY. Kami bekerja keras. Hendak pertingkat diri macam mana kalau tidak berduit untuk pergi kurus. Namun, jika MUIS atau madrasah yang hantar (itu pun kebanyakan sekadar workshop sahaja) kami tidak tolak. Dah bermacam-macam sijil di rumah. 20. Asatizah perlu lebih banyak senyum. : ) Pandangan saya. Sudah tentu. Senyum itu sedekah. Namun ada batasnya. Tulisan ustaz telah pun tamat. Namun, saya ingin minta izin menambah. 21. Setiap asatizah WAJIB belajar membaca al-quran. Saya sangat sedih. Pernah saya ke masjid. Seorang asatizah muda menjadi imam solat. Terperanjat saya dibuatnya. Suaranya ok ok sahaja. Namun, makhrajnya, terutama tajwidnya. Tonggang langgang. Kalau asatizah muda, saya excusekan, sebab munkin lidah dah kelu, tapi ini anak muda. Hati berkata, mengapa tidak diperbaik bacaan itu sebelum jadi imam. Mengapa tega jadi imam kalau tahu bacaan quran belum betul. Sekian sahaja pandangan dan teguran saya. Sekali lagi saya mohon maaf jika ada salah dan silap dalam tulisan saya ini. Semoga Allah memberkati amalan kita. Wassalam.