Sebelum masuk bulan Ramadan tempohari, saya ditanya oleh seorang muallaf berbangsa India. Beliau bertanyakan saya dalam bahasa Inggeris, bagaimana hendak niat puasa? Saya beritahu padanya, ‘we can start the niat at night after Maghrib, buat actually if you had the intention to fasting tomorrow because of Ramadan, it already consider as niyyat’ Gembira dia, dia jawab ‘that’s the best advice I eved had (about niat)’ Alhamdulillah.
Agama itu sebenarnya mudah, Nabi kata ‘ Ad-Diin Yusron’ ertinya, Agama (Islam) itu mudah. Tapi kita yang menyusahkan sendiri, kita diajar dari kecil perlu baca lafaz ‘Nawaitu Shauma Ghadin….’ kalau tak baca lafaz niat tu, tak sah puasa! Sampai ada yang buat alasan tak puasa sebab tak niat! Sebenarnya tidak sebegitu dalam ajaran Islam. Bila kita berhajat untuk puasa esok hari kerana sudah masuk bulan Ramadan, dan pastinya puasa kita pula kerana Allah..maka itu sudah dikira niat namanya. Niat kan tempatnya dalam hati? Adapun baca lafaz niat itu tiada bersalahan..ia lebih menguatkan lagi apa yang sudah kita niatkan.
Sama juga bila kita nak mandi wajib sebab berjunub atau uzur bagi wanita. Bila kita tahu kita berhadas besar dan ingin mandi untuk bersihkan dari hadas besar, tu sudah niatlah..takkan nak baca lafaz niat dalam bilik air! ‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah..’
Sebenarnya perkara ini ada saya sentuh dalam disertasi (thesis) sarjana saya semasa membicakan tentang pengamalan solat, saya mendapati melalui kajian soal selidik (questionnaire) yang diedarkan kepada lebih 240 responden. 10.3% daripadanya tidak menjatuhkan niat dalam hati ketika ingin mendirikan solat! Sah ke tu? Kenapa jadi begitu? Sebabnya mereka melafazkan di bibir sahaja. Bahayakan? Saya hanya bersangka baik mereka mempunyai niat sebenarnya jauh di sudut hati mereka dan solat mereka diterima Allah hendaknya.
Saya membuat kesimpulan ianya berpunca daripada teks buku2 solat terdahulu yang digunakan oleh masyarakat Islam Singapura menitik beratkan tentang amalan lafaz niat tanpa dijelaskan niat sebenarnya perlu dijatuhkan dalam hati. Ini ditambah pula tiada penekanan daripada asatizah sendiri.
Bagi mengatasi perkara ini saya ada mencadangkan beberapa perkara, antaranya:
I.Allah, di lain masa saya akan berkongsi tentang topik lain pula daripada disertasi saya.
Rupanya ada yang salah faham posting saya ni membawa maksud kalau lupa niat, boleh puasa. Sebenarnya tidak, kita tetap wajib niat. Cuma maksud saya kalau kita lupa baca ‘Nawaitu Shauma Ghadin..’ tapi sebenarnya memang kita dah niat dan berhajat nak puasa Ramadan esok hari. Itu dah dikira niat, walaupun kita tak baca ‘Nawaitu..’So jangan buat alasan tak puasa sebab lupa baca ‘Nawaitu..’ sedangkan sebenarnya kita memang tak berniat atau berhajat nak puasa esok hari.