Pagi tadi selepas nikahkan satu pasangan di Restoran Tepak Sirih, saya dihantar pulang ke pejabat oleh teman saya seorang peguam. Beliau ni sering saya jumpa ketika mengendalikan sesi hakam di Mahkamah Shariah. Kebetulan pernikahan ini pun beliau yang recommend kan saya.
Semasa dalam kereta, beliau dihubungi oleh client nya. Oleh kerana teman saya ni sedang memandu maka beliau pun guna speaker phone. Beginilah dialog client beliau tu: ” Encik, saya ada masaalah lah pasal rumah, rumah saya tu tak boleh jual sebab dah kena transfer pada berok tu..” Begitulah dialognya lebih kurang…
Rupanya si pemanggil ni baru sahaja bercerai dengan bekas suami beliau. Ada ke duda beliau dipanggil berok? Habis tu, kalau duda dia berok, dia apa pulak? Mana ada orang nak kahwin dengan berok, kecuali sama2 berok! : ) Tak patut2..
Beginilah, bila nak kahwin cinta bukan main, bila dah bercerai gelar nama macam2. Dalam Islam, kita bukan sahaja disuruh bersatu dengan baik tetapi juga perlu berpisah dengan baik. Bagi nafkah pada bekas isteri dan juga mut’ah (pampasan) sebagai mengenang jasa bekas isteri. Lebih-lebih lagi jika kita ada zuriat dengan bekas isteri.
Atas alasan itu perceraian diharuskan dalam agama, sebagai satu jalan keluar apabila rumahtangga tersebut sudah tidak dapat diselamatkan lagi akibat tiada persefahaman antara kedua pasangan suami isteri atau sudah hilang kasih sayang antara keduanya atau salah seorang daripada suami isteri tersebut.
Justeru itu, setiap pasangan seharusnya berfikir panjang sebelum memutuskan untuk berpisah, khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan anak-anak, tidak kira sama ada anak tersebut masih kecil ataupun sudah besar.
Perkara seperti: Siapakah yang perlu menjaga anak-anak tersebut? Dan jika ibu atau bapa yang diberi kuasa menjaga, bilakah masanya pasangan yang satu lagi diberikan hak untuk melawat dan meluangkan masa bersama anak-anak?
Isu-isu seperti penjagaan anak-anak tidak seharusnya menjadi punca perbalahan yang berpanjangan di antara pasangan yang sudah berpisah. Sikap tolak ansur amat penting dalam hal ini. Segala keputusan perlu mengambil kira hati dan perasaan anak-anak.
Dengan ini pasangan yang sudah berpisah seharusnya perlu berbaik-baik dan membuat perancangan jangka panjang bagi jadual masa untuk memastikan anak-anak tidak akan hilang kasih sayang. Walau pun sudah berpisah atau ibu bapa sudah bernikah semula.
Antara perkara yang boleh dilakukan ialah ibu bapa yang telah berpisah perlu sepakat memberikan mesej yang sama pada anak dalam memupuk nilai positif dalam diri anak. Kerjasama dan kesehaluan dalam tindak-tanduk mengasuh anak adalah penting bagi kebajikan dan perkembangan anak.
Dengan ini anak-anak akan merasakan bahawa kasih sayang kedua ibu bapa terhadap diri mereka tetap utuh dan tidak berubah, bahkan sama sekali tidak terjejas walaupun ibu bapa sudah tidak tinggal bersama.
Erk!Mcm tau plak Ustaz embun tgh fikir pasal bab nikah kahwin ni…Perkahwinannya sehari atau sehujung minggu, Ustaz….Pernikahannya tu yang sehendaknya sepanjang hayat…kan kan kan?Apa perasaan Ustaz pagi nikahkan orang, petang dengar kes cerai?Mungkin sama dengan pagi sambut kelahiran, petang ziarah kuburan…Lumrah kehidupan…kan Ustaz kan?
Pastinya gembira dan sedih. Yang penting kita perlu ambil pelajaran dari setiap peristiwa yang kita tempuhi.
“Berok” mengingatkan saya akan pengalaman yang menjelekkan dan merimaskan apabila berada di lift lobby di luar mahkamah syariah. Itulah tempat yang paling gelap dan paling tension bagi saya. Itulah tempat yang mana pasangan dalam perkahwinan yang telah retak lupa akan kehormatan diri dan meluahkan kata-kata yang memalukan diri sendiri….dan juga keluarga mereka.
Mungkinkah baik kalau calon-calon pasangan yang bakal bernikah dapat ditunjukkan aksi begini sebagai tauladan?
Satu cadangan yang baik, cuma perkara yang paling penting ialah setiap pasangan perlu mengambil pelajaran di sebalik apa yang berlaku di ruang mahkamah tersebut.
Semoga kita dapat mengambil iktibar darinya.
Memanggil “nama timangan” pada bekas-bekas isteri/suami/kekasih adalah satu perkara normal di kalangan masyarakat kita.
Malah, saya pernah dengar lebih daripada kekata “berok” seperti yang digunakan insan yang disebut Ustaz dalam entry kali ini.
Mmg betul apa yang Ustaz katakan, bila bercinta sayang-menyayangi, bila sudah berpisah perasaan benci yg teramat sangat mula menebal – sampai gajah pijak pun tak akan mati.
Haiz. Beginilah manusia. Nak buat macam mana, eh?