Sambungan…
Selepas beberapa hari di Boston, kami berpindah pula ke destinasi kedua kami iaitu bandar Houston, Texas. Berbeza dengan bandar Boston yang dingin dengan suhu antara 5-9 C, cuaca di Houston adalah lebih hangat serta lebih kurang sama dengan Singapura iaitu sekitar 27C dengan sedikit dingin pada waktu malam. Dah lah tu, masa di Houston pun beza dari Boston! Kurang 1 jam dari Boston. Beginilah besarnya Amerika dari satu bandar ke bandar macam dari satu negara ke negara. Patutlah ada kajian menyatakan bahawa warganegara Amerika antara penduduk yang paling sedikit ke luar negara berbanding penduduk dunia yang lain. Baru saya faham kenapa.
Bandar Houston menggambarkan perubahan terhadap komposisi kaum di Amerika pada masa kini, masyarakat Hispanik kini menggantikan bangsa Afrika-Amerika sebagai kaum minoriti terbesar di Amerika. Malah, bangsa Asia yang kebanyakannya berasal daripada Vietnam dan Hispanik dijangkakan akan mengambil alih tempat sebagai minoriti terbesar dalam jangka masa 10 tahun akan datang. Ini memandangkan saban tahun terdapat ramai pendatang baru baik daripada Asia mahupun Amerika Latin berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat.
Setibanya di hotel penginapan kami pula yang pada saya antara yang paling mewah (Holiday Inn Select) sepanjang kami berada di sini, cuma disavantage hotel kami ni, dia jauh sikit dari downtown tidak seperti semasa di Boston. Di hotel kami ni, berjumpalah dengan ramai wanita dalam pertengahan usia yang cukup bergaya dengan baju kaitan yang berwarna-warni. Rupa-rupanya kami diberitahu bahawa bandar Houston sedang menjadi tuan rumah bagi konvensyen Kaitan (Quilt) sedunia yang mengumpulkan pengait-pengait fabrik dari seluruh dunia.
Hmmph, patutlah masing-masing sibuk bergaya dengan beg dan baju yang dikait sendiri. Haha..sungguh unik dan kreatif sekali makcik-makcik di ini.
Memandangkan kami tiba di sini pada waktu petang, maka kami hanya akan mulakan lawatan rasmi kami pada keesokan harinya. Peluang ini tidak dilepaskan oleh teman-teman saya dari kalangan wanita yang diketuai oleh Madam Y, rupa-rupanya mereka punyai misi genting di Houston yang telah dirancang sejak di Singapura lagi. Ingin tahu apa misi mereka? Haha…Beg tangan wanita berjenama ’Coach’. Berdozen mereka beli termasuk kiriman saudara-mara di Singapura. Hmmph, kalau dan perempuan, perempuan juga..Tidak kiralah walau di mana mereka berada…Cakap orang, saya pun sempat potong rambut di salah sebuah saloon di sini, adalah dalam $ 25 terkopak..nak cari barber tak jumpa2. Takpelah, sekali sekala..yang gunting dan shampoo rambut saya ni pun orang Vietnam !
Di Houston, kami sempat berkunjung ke Muslim American Society (MAS) Youth Centre. Dengan saiz sebesar rumah eksekutif HDB, tersedia bilik darjah bagi pembelajaran agama, meja billiard, meja ping pong, mini gymnasium dan lantai getah bagi latihan seni mempertahankan diri Taekwondo khusus untuk para belia. Wah, canggih betul. Bisik hati saya.
Bagi yang tidak mengenali MAS, ia merupakan salah satu organisasi Islam terbesar di Amerika Syarikat. Malah hampir setiap bandar di Amerika mempunyai cawangan MAS.
Semasa di sini, kami sempat berkongsi pengalaman dengan Fady Qaddoura, salah seorang pemimpin muda bagi MAS cawangan Houston, Texas. Beliau keturunan Arab Palestin tetapi dilahirkan dan dibesarkan di Amerika.
Beliau menerangkan bahawa pusat belia ini terbuka kepada seluruh bangsa dan agama, tidak hanya ekslusif bagi mereka yang beragama Islam sahaja. Beliau juga menjelaskan bahawa pusat tersebut merupakan antara cawangan Persatuan Pengakap Amerika atau Scout di Houston. Aktiviti pengakap dipilih kerana terdapatnya ciri-ciri positif seperti sifat kepimpinan, lasak dan jati diri pada diri belia. Malah pusat belia di sini mempunyai bendera Pengakap mereka sendiri.
Beliau juga sempat menayangkan video yang menerangkan informasi aktiviti MAS sambil menjelaskan bahawa walaupun masyarakat Islam di sana tidak bersetuju dengan dasar luar pemerintah Amerika serta marah dengan penglibatan tentera Amerika di Timur Tengah seperti di Iraq, di mana MAS pernah mengetuai perarakan masyarakat Islam Amerika serta melakukan bantahan secara aman terhadap pemerintah Amerika, namun mereka tetap akur kepentingan menjadi rakyat dan Muslim yang baik serta keperluan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara seperti mengundi agar mereka mempunyai suara dalam menentukan pucuk kepimpinan negara Amerika.
Beliau juga berkongsi tentang hubungan baik di antara masyarakat Islam di sana dengan masyarakat bukan Islam sehinggakan pihak bank dan juga ahli kongres di Houston turut sama membantu dalam projek dana bagi MAS di Houston.
Bersambung…
Oh yes, those makcik-makcik who attended the World Quilt Convention mempamerkan medal-medal mereka did baju mereka di bahagian dada dengan begitu gitu – penuh dengan perasaan terganggu and kebanggaan. We had our breakfast at about 6am and those ladies were there before us. All dolled up with perfectly coiffed and heavily sprayed hairstyle, you know macam burun si merbak jambul, style waktu kegemilangan 60 & 70an masa alompak ago-go. Or what i’d call the-sky’s-the-limit hairdo. Somemore make up pun, hmmmmmm tidak mahu kalah. All these demi pertandingan. Kalah tidak mengapa, style mesti ada! Semangat makcik, semangat! : )