Bakal Suami Yang Taat Ibu Bapa

 

Lelaki yang beri keutamaan kepada ibunya dan mengabaikan permintaan ‘temanita’ atau ‘tunang’nya wajar digelarkan sebagai ‘anak mak’?

Continue reading

Usah Menghukum

Masyarakat kita perlu dibudayakan dengan sikap berhenti menghukum dan tidak menjadi seorang hakim. Siapa kita untuk membuat keputusan pihak ini betul, pihak ini salah sedangkan kita hanya mendengar dan membaca pendapat satu pihak atau kedua belah pihak tanpa tahu cerita sebenar.

Tak cukup dgn itu, kita buat dosa pula dengan sangkaan buruk dan tambah2 cerita serta tuduhan. Moga Allah pelihara kita.

Zahirkan Cinta, Bukan Pendam…

Love5

Pernah saya didatangi oleh sepasang suami isteri atas tujuan kaunseling bagi menyelamatkan rumahtangga mereka. Si isteri mengadu yang suaminya kini sudah tidak lagi semesra dulu, tidak gemar mempamerkan keintiman, malah jika bersiar-siar di luar juga tidak lagi berpimpin tangan. Apabila saya bertanya kepada suaminya, mengapa begitu? Beliau menjawab sebab malu.

Saya menjadi hairan, kenapa beliau masih malu menunjukkan kemesraannya kepada isterinya walaupun sudah berkahwin. Saya bertanya lagi, “Jadi dulu bernikah kerana pilihan orang tua”? Beliau menjawab, ‘Tidak’. Saya menjadi bertambah hairan. “Anda malu, jadi macam mana anda dapat berkenalan dengan isteri dan memikat hatinya?”, tanya saya.

Continue reading

Marriage: Love & Faith

Darul

Last Saturday, I was invited by Darul Arqam as one of the panel speaker for their In-House Talk titled ‘Marriage: Love & Faith’ in conjunction with their 35th year anniversary open house celebration.

For the benefit of others, I will share the transcript of my talk here:

Continue reading

4 Faktor Pengubah Diri

Change

Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk kita berdakwah dan mengubah seseorang kepada jalan kebaikan? Atau seseorang yang sentiasa kurang keyakinan diri menjadi seorang yang positif dalam hidup? Bolehkan seseorang itu berubah? Bolehkah kita mengubah seseorang? Kita di sini, bolehlah juga merujuk kepada ibu bapa, para guru, pendakwah, mentor dan sebagainya.

Sebenarnya menurut pakar psikologi, terdapat empat faktor utama yang mampu mengubah seseorang kepada sikap dan perilaku yang lebih positif atau ke arah perkara kebaikan. Kesemua faktor ini pula adalah saling berkait antara sama lain, dan merupakan kombinasi antara sikap dan keperluan seorang yang ingin membantu atau ‘helper’ dan juga orang yang ingin kita bantu (klien).

Continue reading

Kata Penerbit – Seindah Solat Nabi

Segala puja dan puji milik Allah yang menghadiahkan kita dengan solat melalui Nabi-Nya semasa kembara Israk dan Mikraj. Selawat dan salam yang berkekalan daripada Allah buat kekasih-Nya, pendidik umat bertuah ini, juga buat keluarga, zuriat, sahabat dan umatnya hingga hujung kehidupan dunia ini.

Bersyukur kepada Allah dengan izin-Nya, Dia memberikan kesempatan buat pihak penerbit untuk menambah lagi koleksi bacaan berkualiti dengan terbitnya buku, Sahaja Aku Sembahyang. Buku ini menyasarkan kepada nilai kefahaman yang lebih mendasar terhadap solat dan inti pati penting dalam ibadah ini.

Continue reading

Kata Pengarang – Seindah Solat Nabi

 

وَصَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُونِيْ أُصَلِّيْ

Ertinya:

“Dan solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat.”  [Sahih Bukhari]

“Sahaja aku sembahyang…” Begitulah lafaz yang biasanya sering dibaca tatkala seseorang itu ingin memulakan solatnya.

Ia merupakan lafaz yang sangat signifikan yang merujuk kepada permulaan amalan solat kebanyakan masyarakat Islam di nusantara ini yang rata-rata bermazhab Shafii.

Continue reading

Seindah Solat Nabi

3 Asas Dimensi Rumahtangga

Love1

Pernah satu ketika saya berkomunikasi dengan teman-teman rapat saya melalui aplikasi whatsapp, tiba-tiba perbualan kami terarah kepada hal-hal rumahtangga. Kemudian kami mula berkongsi pendapat dan pandangan masing-masing dalam hal perkahwinan dan rahsia meningkatkan kemesraan dalam hubungan antara suami dan isteri.

Tergerak pula saya ketika itu untuk berkongsi tentang tiga perkara asas yang sangat-sangat penting dalam setiap perkahwinan, dan perkara yang sama ini jugalah yang sering tekankan kepada setiap bakal mempelai dalam kursus-kursus rumahtangga yang pernah saya kendalikan. Perkara yang sama juga saya sentuh dalam sesi kaunseling saya ketika berdepan dengan isu-isu rumahtangga di antara pasangan suami dan isteri.

Continue reading

Bersama Sheikh Mustafa Al-Bugha (Pengarang Kitab Fiqh al-Manhaji)

Lunch

Alhamdulillah, bertuah dapat makan tengahari dan kemudiannya bertalaqqi dengan sheikh Mustafa al-Bugha bersama teman-teman asatizah yang lain.

Lebih kurang 130 asatizah hadir tadi dan program talaqqi kitab ‘Buhuth Fiqh al-Muqaaran’ yang berakhir pada Jumaat ini.

Talaqqi petang tadi berlangsung selama 2 jam tepat, dan Sheikh Mustafa Al Bugha tetap bertenaga dalam penyampaiannya, tidak menyentuh minumannya walau seteguk, dan Sheikh berusia lebih 70 tahun!

Continue reading