Dalam masa yang mencabar kini berikutan pandemik covid-19, rata-rata masyarakat kita turut terjejas, berlakunya pembuangan kerja dan sedikit sebanyak turut memberikan kesan kepada tanggungjawab nafkah selain peningkatan keganasan domestik. Maka tidak hairanlah berlakunya kenaikan kepada angka perceraian seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Mana tidaknya, kalau dulu hanya bertemu selepas balik kerja, kini tiap-tiap hari bersemuka. Ditambah pula isu-isu lain seperti pembuangan kerja dan tambahan masalah baru seperti tanggungjawab berikan nafkah. Tekanan seperti ini boleh menimbulkan perbalahan dan tidak kurang juga yang berakhir dengan pertengkaran dan kecederaan. Berdasarkan beberapa kes kaunseling serta bengkel atau kelas khas mengenai keganasan domestik. Terdapat sebelumnya yang hadir dengan pemikiran bahawa suami boleh pukul isteri!? Malah statistik juga menunjukkan, ramai isteri yang tidak melaporkan perkara ini kerana salah faham dalam agama, atau tidak pasti langkah yang perlu dilakukan. Begitu juga dengan pasangan yang perlukan bantuan dalam tangani isu, tetapi tidak tahu bagaimana. Bagi yang kurang jelas dan perlukan kaunseling/konsultasi agama, bolehlah hubungi saya melalui link berikut, http://abahyasir.wasap.my atau melalui pm di messenger atau emel di abah.yasir@gmail.comInshaAllah, setiap perkara ada jalan keluarnya. Asal sahaja kita berusaha bagi menanganinya.
==
Bagi khidmat kaunseling agama secara bersemuka (face to face) atau online, bolehlah hubungi saya melalui link berikut, http://abahyasir.wasap.my atau melalui pm di messenger atau emel di abah.yasir@gmail.com
Boleh juga lungsuri ke http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling untuk maklumat lanjut bagi profile abahyasir dan juga testimonial.
#warnawarnikehidupan#kaunselingUY#abahyasir#keganasandomestik#domesticviolence