image

“Alhamdulillah, … sangat bagus, terutama dalam hal perbandingan antara mazhab. Spirit utamanya, menurut saya, ada pada moderasi/ wasathiyyah…”

– Pak Muhammad Arifin, Anggota Dewan Pakar, Manajer Program Pusat Studi Quran (PSQ), Jakarta. Indonesia.

“Buku Ustaz Yusri Singaporean…subhanallah! Sangat bagus…penuh dalil. Terbaik. semua kena beli ni.”

– Ustaz Abdullah Bukhari Al-Hafiz, penulis buku mapan dan juga seorang pensyarah di UIAM.

“Alhamdulillah…hasil slps memaksa Abdullah Bukhari Abdul Rahim utk mndptkn buku karya ustaz Yusri Yusoff..trnyata ia satu usaha yg tidak sia2…satu karya yg sempurna,brinformasi&penulisan yg mantap..tajuk yg simple namun penerangan & olahan yg santai & menarik, mudah d fahami.

Moga mmberi manfaat buat semua,insha ALLAH”

“Sesungguhnya amal-amal kebajikan(terutama sembahyang) itu menghapuskn kejahatan.(perintah-perintah ALLAH) yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.”  (Surah Hud 11:114)

Alhamdulillah, after bugging him for almost a month,finally he managed to get me this book. Worth the efforts(of bugging and waiting),for the book itself was superb!
Simple words yet subtle & easy to understand.

And this was meant as a tribute to the author,ustaz Yusri Yusoff”

– Rahil Awatif, Kota Bharu

“Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Imam Bukhari yang bermaksud, “Solatlah kamu seperti kamu melihat aku solat .”

Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana solatnya Baginda Rasululullah s.a.w?

Adakah bacaan yang diajarkan Rasulullah hanya apa yang kita sering lafazkan dalam solat kita selama ini?”

Buku Seindah Solat Nabi adalah buku pertama yang dikarang asatizah setempat, Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md. Yusoff, dan berada di pasaran sejak Oktober lalu.

Buku setebal 234 halaman itu merupakan usaha lanjutan dari tesis sarjana beliau dan disampaikan secara santai dan mudah difahami.

Menerusi buku tersebut, penulis mengupas faedah solat dari segi rohani, jasmani dan mental- lantas mendorong pembaca mendalami kesan solat dalam diri.

Ia turut membincangkan tentang bagaimana junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. solat iaitu cara-cara Rasulullah letakkan tangan ketika takbir, cara-cara beliau sujud dan selainnya, serta bacaan-bacaan dalam solat.

Membaca buku ini membuka minda seseorang tentang perbezaan dalam amalan solat dan mengukuhkan kefahaman kita bahawa perbezaan adalah lumrah dan indah dalam Islam.

Ustaz Mohammad Yusri (yang juga menulis di laman www.abahyasir.com) turut menyentuh tentang solat-solat sunat seperti solat dhuha dan solat malam.

Banyak persoalan yang pernah saya ada terjawap dalam buku ini. Umpamanya, perbincangan tentang membaca basmalah secara kuat atau perlahan sebelum membaca Fatihah serta cara duduk bagi tahiyat akhir.

Bagi saya, antara isu paling menarik yang dikupas penulis adalah perbincangan tentang doa iftitah.

Hasil kajian penulis mendapat bahawa ada beberapa versi doa iftitah (doa yang dibaca selepas takbir dan sebelum bacaan Al-Fatihah). Malah, ganjaran membaca doa iftitah begitu hebat!

Ramai daripada masyarakat Islam setempat yang belajar solat melalui buku Marilah Sembahyang yang dikarang oleh ulama tersohor setempat, Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji. Lantas bacaan yang sering kita sebutkan ketika iktidal, rukuk, sujud dan sebagainya turut dihafal dan dipelajari dari buku tersebut.

Buku Seindah Solat Nabi mengajar kita pelbagai doa yang dilafazkan Rasulullah s.a.w. dalam solat. Dengan ini, kita dapat cuba mengamalkannya dalam solat.

Lantas, solat kita tidak mendatar sahaja, tetapi kita dapat sering berusaha mempertingkatkan lagi ibadah kita, atau seperti yang ditulis Ustaz Mohammad Yusri, “Nilai tambahkan solat.”

Saya juga tertarik dengan kes-kes pilihan yang dipaparkan dalam buku tersebut. Saya ingat lagi sebelum melahirkan anak saya, saya menulis kepada Ustaz Mohammad Yusri untuk menanyakan bagaimana solat saya nanti jika saya sedang sakit-sakit untuk bersalin. Rupa-rupanya, ia disentuh dalam buku tersebut juga!”

– Suryani Omar, Utah, US.  Ditulis bagi reviu Berita Minggu, Singapura.

“Nilai-nilai motivasi demi menyempurnakan solat berdasarkan amalan Rasulullah S.A.W. diterapkan dengan begitu teliti dan teratur dalam buku setebal 234 muka surat – Seindah Solat Nabi – yang baru berada di pasaran lewat tahun lepas.

Catatan dan huraian dengan gaya bahasa Melayu mudah hasil tulisan Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff ini, merupakan naskah panduan yang berguna kepada pembaca bagi memastikan tanggungjawab mendirikan solat sejajar dengan tuntutan yang difirmankan Allah S.W.T. dalam Al-Quran.

Berbeza dengan pelbagai koleksi buku solat yang pernah diterbitkan sebelum ini, antaranya, naskah popular hasil catatan Allahyarham Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad – Mari Sembahyang (buku yang lazimnya mesti dimiliki setiap keluarga Islam yang ingin mempelajari asas mendirikan solat), Seindah Solat Nabi meredah lebih daripada apa yang ingin kita ketahui dan pelajari.

Banyak isu yang dibincangkan dalam buku ini termasuk huraian dan penyelesaian tentang solat yang tidak dipraktikkan berdasarkan sunnah, juga kesempurnaan dan kesamaan solat cara Rasulullah S.A.W. yang seringkali menjadi persoalan jemaah yang kurang ilmu dan pengetahuan.

Ustaz Yusri bijak menggunakan kesempatan yang sedia ada menerusi buku ini, membimbing pembaca dengan cara beliau tersendiri agar apa yang diperdebatkan merujuk kepada pengamatan dan pengalaman yang pernah dilalui beliau, selain kesempatan berinteraksi dengan individu tertentu bagi mendapatkan maklum-balas yang berkesan.

Saya juga tertarik dengan persembahan intipati buku ini secara menyeluruh di mana visual dan grafik yang diterjemahkan dalam naskah ini, cermat dan sangat mudah difahami.”

– Nas Ahmad, blogger tempatan 

“Naskah terbaru hasil catatan Ustaz Yusri ini merupakan hadiah istimewa bagi setiap keluarga Islam yang inginkan keberkesanan dan pencerahan berhikmah dalam solat fardhu dan sunat, yang lazimnya mampu memberikan nilai tambah, demi memperkasakan lagi amalan yang diajarkan Baginda Rasulullah S.A.W.

Mabrouk ustaz atas terbitan buku seindah solat nabi, ada dah dptkn bbrp naskhah yg ana sebarkn kpd ahli keluarga ana, masyaAllah ana sendiri amat bersyukur ada buku solat yg amat ilmiah dlm masa yg sama mudah difahami orang awam .. jauh dari unsur2 taksub & mengajak umat berlapang dada…”

– Ustaz Khairul Anwar, Pegawai Agama Masjid Al-Islah.

“Pembukaannya kritikal dan fokus kepada inti buku ini iaitu mengenai pentingnya solat dan makna solat itu sendiri supaya pembaca dapat memahinya dengan lebih mendalam. Solat ialah “master key” atau ibu kunci segala kunci. Jika solatnya diterima maka diterimalah amalan-amalan yang lain. Jika disebaliknya maka tertolaklah amalan-amalan yang lain. Buku ini menguatkan lagi kefahaman solat dengan memberikan banyak petunjuk untuk kita pratikkan dengan amalan2 yang dibuat oleh nabi kita muhammad s.a.w yang belum kita ketahui.”                                                                                                                     – Zaid Lazim

“Most of us grew up with the book Mari Sembahyang by Almarhum Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad. That book was like a starter kit for those who would like to learn about solat for the first time. This book, Seindah Solat Nabi is like an extension or an upgrade to the latter.

As a product of a master thesis and observation of our own Singaporean Jemaah, it is a credible source of reference for us to reflect upon and refine our own solat. It adds value to our current practices and prior knowledge of solat with the actual duas and practices of our beloved Prophet Muhammad PBUH. It also includes information of the other solat sunat that will make us closer to Allah. It acts as an easy practical guide with its timely and well placed illustrations and text.

With this book, our solat will be a conscious effort rather than going through the motion only and we will be doing what our Prophet did in his submission to Allah. Bi iznillah.”
– Muhd Ashraf, Guru

“Alhamdulillah Ustadz. Your book is clear with the various explanations & Dalil. Good for our masyarakat to appreciate our cara Solat taught by our Ulama’ since young.

Good also to see the additional bacaan to supplement the basic bacaan. I like the way you put conversations so people can better relate. Will continue reading on other parts of the book. Will recommend to others…”
– Fazlur Rahman Bin Kamsani, seorang Banker 

“Buku ini ditulis dgn bahasa yang mudah difahami, disertai kisah2 nyata yang dilalui penulisnya tanpa menghilangkan ciri2 ilmiahnya….semakin dibaca semakin sulit meletakkannya… sepertinya nak suruh kita duduk baca hingga muka surat terakhir…sekali lagi syabas, ust Yusri Yusoff.”
– Cik Betty Endah Warni.

“Saya dah baca setengah dari buku Seindah solat nabi, saya suka sebab sangat detailed! Dan juga saya suka cara penulisan, tak membosankan. Plus illustrations and gambar-gambar yang ada semua buat pembaca rasa seronok bila baca. Aturan dia senang nak faham, sangat clean & neat! Saya suka bila nampak bubble2 hijau! Terima kasih kerana menghasilkan buku ini Ustaz!” 👍                                                                                                                – Nur Humairah – Guru Pra Sekolah

 

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s