Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang wanita ‘M’ yang ingin mendapatkan pandangan tentang hasratnya untuk menjadi isteri kedua kepada seorang karyawan muda beranak satu.

Beliau menjelaskan bahawa isteri karyawan tersebut telahpun bersetuju secara dasarnya dan redha dengan hakikat suaminya akan berkahwin lagi. Saya menjelaskan kepada ‘M’, keizinan daripada isteri dan mempunyai kewangan yang kukuh belum tentu lagi diluluskan pihak pendaftar nikah.

Pengalaman saya sebagai ahli lembaga rayuan Muis, kami pernah mengekalkan keputusan pejabat pendaftar nikah (Romm) menolak permohonan seorang hartawan atas alasan perkahwinan baru tidak dapat memberikan sebarang kemanfaatan padanya, apatah tidak…jika isteri satu sahaja beliau sudah tidak pulang rumah, anak-anak tidak dihiraukan, masa yang ada juga sibuk dengan pekerjaan, jika sudah berkahwin dua bagaimana pula?

Tetapi nampaknya dalam kes ‘M’, saya lihat seperti ada harapan yang cerah untuk diluluskan poligami atas alasan suami mempunyai kewangan yang mantap dan isteri pertama pula telahpun bersetuju dan pastinya bakal memberi maklum balas yang positif pada suami apabila ditemuduga kelak.

Walau bagaimanapun, sebelum diteruskan permohonan untuk berpoligami, saya meminta ‘M’ memastikan pernikahan mereka direstui oleh kedua ibu bapa ‘M’ dan juga ibu bapa bakal suami selain bersedia (anticipate) menghadapi cabaran-cabaran berikut (andai kata permohonan mereka disahkan oleh Romm):

1. Isteri pertama

M perlu bersedia dengan cabaran-cabaran dalam rumahtangga apabila hidup bermadu nanti. Cabaran rumahtangga selaku satu-satunya isteri sudah tentu besar, apatah lagi jika bermadu kasih? Mungkin sekarang isteri pertama setuju, akan datang mungkin ceritanya lain pula. Memang pernah berlaku kadang kala timbul rasa cemburu dan iri hati isteri pertama pada isteri kedua yang pastinya boleh mengakibatkan perbalahan.

Kesemua perkara ini harus diambil kira agar bila berlaku krisis sebegini, M dapat bersabar serta terus tabah dalam mempertahankan rumahtangga.

Pernah dalam satu kes lain, di mana isteri kedua berjanji akan melakukan apa sahaja asalkan dapat hidup bermadu sehinggakan tidak kisah jikalau suami banyak bermalam di rumah isteri tua sekalipun, tetapi bila berumahtangga timbul pula rasa cemburu dan menuntut keadilan serta hak yang sama dalam bermadu.

Bagi sang suami, janganlah percaya janji-janji manis begini. Apapun ingat perintah Allah agar perlu berlaku adil pada kesemua isteri, jika tidak maka cukuplah sorang saje yer bang… : O

2. Mertua

Seperkara lagi yang perlu diingatkan oleh M ialah hubungan dengan mertua, di mana senario mertua menyebelahi isteri pertama atau bila mertua bersikap pilih kasih dari segi layanan antara kedua isteri yang bermadu.

Perlu diingat dalam keadaan perkahwinan biasa pun kadang-kadang hubungan dengan mertua juga menjadi satu duri dalam rumahtangga jika tidak ditangani dengan baik dan berhati-hati. Apatah pula kehadiran kita sebagai isteri kedua dan mertua pula memang sayang pada isteri pertama?

Sebab tu saya katakan, perkara pertama ialah restu ibu bapa. Jika tiada restu, maka lupakan sahajalah…susah nanti..

3. Suami

Bila kita perkatakan tentang poligami, sering bermain di fikiran bahawa sang suami akan bersikap tidak adil dengan meluangkan masa bermalam di rumah isteri baru sehingga melupakan isteri tua sehingga akhirnya isteri pertama diceraikan suami.

Tetapi jangan kita lupa, ada juga kes di mana suami banyak meluangkan masa di rumah isteri tua sehingga isteri baru pula diabaikan atas sebab-sebab tertentu dan kadangkala berakhir pula dengan perceraian.

Dalam hal ini pastinya kepimpinan suami amat penting dalam menyelamatkan keadaan. Isunya, andai kata sang suami ‘weak’ dan tidak mampu bersikap adil. Adakah si isteri mampu bersabar?

4. Tanggapan masyarakat luar

Tohmahan masyarakat seperti perampas suami orang, perosak rumahtangga dan sebagainya haruslah dijangkakan oleh M. Walaupun bagi saya cabaran yang terakhir ini tidak sekuat seperti cabaran-cabaran lain yang telah saya sebutkan sebelum ini, tetapi ia tetap perlu ditangani dan jika tidak berhati-hati boleh menjejaskan rumahtangga.

Selepas berbincang hampir satu jam, nampaknya M faham keprihatinan saya.  Jika pihak pendaftar nikah setuju, isteri pertama setuju dan kedua ibu bapa M dan bakal suami juga merestui. Maka kenapa tidak? Ini bermakna bakal suami beliau memang layak berpoligami. Tetapi pada masa yang sama, beliau kena faham cabaran-cabaran selaku isteri muda dan perlu bersedia menangani segala onak ranjau yang melanda jika ada.

Pada saya dalam hal ini, yang paling penting ialah kepimpinan suami dalam memimpin rumahtangga. Jika suami seorang yang bertakwa dan takut pada kemurkaan Allah, pasti beliau akan cuba berlaku adil pada kedua isterinya. Pada masa yang sama, suami juga perlu sedar cabaran-cabaran di atas sebelum berumahtangga.

Atas sebab itu, di akhir pertemuan, saya sebab pesan M. Jika kedua ibu bapa setuju dan memberi restu, bawalah bakal suami berjumpa saya untuk kaunseling bersama bagi membincangkan cabaran-cabaran berumahtangga kelak. M jawab kenapa? aik, kenapa pulak dia tanya! Saya jawab, ‘suamilah yang paling penting dalam hal ini, beliau ibarat nakhoda dalam rumahtangga, jika baik nakhodanya baiklah rumahtangga, jika ‘weak’ nakhoda maka nampak gaya karamlah rumahtangga tu’  Betul tak?

Semoga perkongsian ini dapat memberi kemanfaatan kepada mana-mana wanita yang menyimpan hajat menjadi madu, juga kepada mana-mana suami (termasuk saya) yang memasang angan untuk ingin mengisi slot yang masih kosong. Hehe..

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

19 responses »

  1. embun says:

    Sempat selit daun eh Ustaz??!! *hahah*

    Terima kasih memperingatkan. Insya’allah menjadi iktibar kepada yang mendapat hidayahNya.

  2. Abah Yasir says:

    Eh, macam ada hasrat je jadi isteri kedua? : )

  3. ni pesan Allah : dari s. An Nisa 128 – 129 :

    Dan jika seorang wanita akan nusyuz atau sikap acuh tak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar benarnya , dan pedamaian itu lebih baik ( bagi mereka ) walaupun manusia menurut tabiatnya kikir ( tidak amau melepaskan bahagiannya ). Dan jika kau menggauli isterimu dengan baik dan memelihara dirimu maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (ayat : 128 )

    Dan kamu sekali kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri isterimu walalaupun kamu sangat ingin berbuat demikian kerana itu janganlah kamu terlalu cendreung ( kepada yang kamu cintai ) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung katung. Dan jika kamu mau mengadakan perbaikan dan memelihara diri ( dari kecurangan ) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an Nisa : 129 )

    ayat ingin mengingatkan kepada para isteri dan suami bahwa gejolak dalam isu poligami adalah sama dan tidak berubah . permainan emosi. maka hendaklah selalu berlaku bijak dan tidak menjadikan pendapat orang luar selalu benar.

    untuk para suami; minimal kerja yang antum harus tau adalah jangan menampak nampakkan kecendrungan pada yang satu dan kepada para isteri; seharusnya menghilangkan rasa syak wasangka dan cemburu berlebihan.

    harap maklum.

  4. Abah Yasir says:

    Terima kasih Ustazah Haslinda.

  5. sofea says:

    salam..ustaz..saya pun mcm si M..boleh la jmpe utk kaunseling yer..

  6. Abah Yasir says:

    Boleh Sofea. : ) Emel saya untuk temujanji.

  7. NuReL says:

    saya mempunyai masalah yang sama seperti M.saya telah mempekenalkan kepada ke dua ibu bapa saya dengan teman lelaki saya yang berusia 22 tahun dan saya 24 tahun.tapi kedua ibu bapa saya tidak tahu teman lelaki saya sudah berkahwin.bagaimana saya hendak memberi tahu ahli keluarga hal ini.kerana kami telah bercadang hendak bertunang desember 2010 dan berkahwin mac 2011.sekian terima kasih

  8. tinta emas says:

    Salam ukhwah.. saya berziarah sambil mengambil ilmu… hakikatnya bukan mudah dalam kita melayari rumah tangga agar kekal dan bahagia.. kerana terlalu banyak elemen yang menjadi cabaran didalam rumah tangga kita.

  9. Rita says:

    Salam Ustaz, mohon pandangan……..

    Saya dan suami mula berkenalan semasa kami sama-sama menuntut di salah satu institusi pengajian tinggi. Kedua-dua kami mempunyai pekerjaan yang baik dan taraf pendidikan yang boleh dibanggakan. Sebelum mendirikan rumahtangga, kami telah menjalin hubungan selama 5 tahun dan perhubungan kami mendapat restu dari kedua belah pihak. Setelah mendirikan rumahtangga, kami telah dikurniakan dengan 3 orang cahayamata. Kini usia perkahwinan kami telah menjangkau 16 tahun. Saya bahagia dengan perkahwinan yang telah dibina, walaupun kadang-kadang ada masalah yang timbul, kami dapat menghadapinya bersama.

    Walaubagaimanapun, pada bulan Oktober yang lalu, saya mendapat tahu bahawa dalam diam, suami saya telah berkahwin dengan seorang janda beranak tiga. Mereka telah berkahwin selama 3 tahun dan kini mempunyai seorang cahayamata. Saya mengetahuinya kerana wanita tersebut telah datang ke rumah saya dan menyerahkan kesemua dokumen perkahwinan mereka kepada saya. Dia bertindak demikian kerana menurutnya dia inginkan haknya sebagai isteri, dalam erti kata lain, penggiliran yang adil selain daripada perkara-perkara lain.

    Saya terkejut. Suami saya tidak menafikan. Saya tidak marah pada suami pada ketika itu. Saya hilang kata-kata. Perasaan saya beku, tiada gunanya saya memarahi suami kerana perkara tersebut telah pun berlaku. Memang suami terkejut dengan sikap saya kerana dia menjangkakan satu pergaduhan antara saya dan dia. Pada ketika itu, saya cuma berpesan pada suami supaya tidak menganiaya isteri keduanya serta anak mereka.

    Sejak 3 tahun kebelakangan ini memang saya dapat merasakan sedikit perubahan pada diri suami. Saban malam dia akan pulang jam 12.00 malam. Alasan, tuntutan kerja. Walaupun sedih saya telan. Anak-anak saya uruskan, dari sakit demam hinggalah pada hari Anugerah di sekolah, saya akan ambil cuti dan sendirian ke sekolah. Saya bawa anak-anak ke klinik sendirian dikala mereka hendak dikhatankan dan sebagainya. Saya pernah terjumpa sepit rambut wanita di dalam kereta, bila ditanya, katanya kawan pinjam kereta, mungkin sepit rambut wanita tersebut adalah milik isterinya. Saya juga pernah terjumpa gelang tangan hospital wanita yang baru bersalin beserta anak, juga di dalam kereta, bila ditanya, jawapan adalah sama, kawan punya. Dalam bulan Ramadan, jarang kami dapat berbuka bersama, alasan, ada jemputan diluar. Saya tidak pernah menyuarakan kesangsian saya pada suami kerana bagi saya berdosa saya mengesyakinya. Ibu saya pernah menegur, tapi kata saya pada ibu, tak baik berprasangka. Rupanya saya yang bodoh. Semua orang nampak perubahan suami kecuali saya. Saya lambat bertindak dan terlalu mempercayai suami.

    Saya mohon penjelasan suami. Dia mengaku yang pada ketika itu, dia hilang pertimbangan akibat daripada masalah yang kami hadapi dan bertindak berkahwin dengan wanita yang baru dikenalinya selama 2 bulan. Setelah berkahwin, dia juga mengaku tidak bahagia atas beberapa perkara. Selain daripada itu, wanita itu juga sering menuduh saya melakukan ilmu hitam terhadapnya menyebabkan dia dan anaknya sering sakit-sakit. Demi Allah, saya tidak melakukannya. Wanita itu juga dengan megahnya telah upload gambar-gambar intimnya bersama suami saya. Saya telah melihatnya satu persatu. Isteri manakah yang sanggup melihat gambar suaminya berpelukan dengan wanita lain. Gambar percutian mereka dan sebagainya. Rupa-rupanya selama ini saya mengemas bag suami saya untuk dia pergi bercuti dengan wanita tersebut. Alasan yang diberikan adalah outstation. Lebih kejam lagi, wanita itu juga telah mengadd pegawai-pegawai serta kerani-kerani saya sebagai kawan-kawannya di dalam facebooknya. Sungguh besar ujian saya. Kadang-kadang saya terasa seperti ingin mengundurkan diri dari perkahwinan ini, dan kadang-kadang saya ingin mempertahankannya. Entahlah, saya tak tahu…………

    Suami ada memohon maaf atas kesalahannya. Saya maafkan dia tapi kadang-kadang hati saya terasa sungguh sayu dan sedih dengan apa yang telah berlaku. Suami juga telah memfailkan perceraiannya dengan wanita tersebut dan akan didengar di mahkamah tidak lama lagi. Perkara ini telah mengundang kemarahan wanita tersebut dan dia telah mengugut suami saya untuk memalukannya. Saya simpati dengan suami saya dan tetap memberikannya kata-kata semangat walaupun hati saya sendiri terhiris. Wanita tersebut juga telah datang berjumpa dengan saya dan menceritakan kesemua keburukan suami saya, apa yang telah mereka lakukan sebelum dan selepas berkahwin. Saya hanya mendengar dan saya tidak mahu campur dalam urusan mereka. Bagi saya, mereka tidak pernah meminta kebenaran saya untuk berkahwin, dan saya sendiri tidak pernah menyuruh suami untuk berpisah dengannya, jadi selesaikanlah sendiri kerana saya sendiri terpaksa merawat luka di hati saya.

    Ustaz,
    Saya sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan serta kecekalan kepada saya untuk mengharungi masalah ini. Saya tahu, Allah tidak akan menguji umatnya sekiranya Dia tahu umatnya itu tidak dapat menghadapinya. Dan pasti ada hikmahnya pada sesuatu kejadian itu. Namun demikian, saya memerlukan pandangan/panduan dari pihak ustaz. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya…………..

    Terima kasih.

    • Abah Yasir says:

      Salam Rita,
      Tiada apa yang dapat saya katakan sebenarnya. Anda seorang yang tabah, sabar dan cekal. Semoga Allah terus memberikan kekuatan pada anda.

      Memandangkan anda telah pun membuat keputusan untuk terus kekal bersama dengan suami. Maka tiada cara lain, selain terus berikan sokongan padanya. Saya juga suka mencadangkan agar anda dan suami dapat mendapatkan bantuan kaunseling bagi membantu anda berdua dalam perkara ini.

      Terima kasih.

  10. Rita says:

    Salam Ustaz,

    Terima kasih atas pandangan yang telah diberikan. Saya sangat-sangat menghargainya. Hakikatnya saya tidaklah secekal mana, kadang-kadang perasaan sedih itu datang juga. Apa yang saya lakukan sekarang hanyalah berdoa dan bersabar dengan dugaan ini. Saya tidak lagi mengharapkan apa-apa dari suami. Terpulanglah pada suami untuk melakukan apa yang dirasakannya baik. Tapi sekiranya suami berubah fikiran dan ingin bersama wanita tersebut, saya akan mengundurkan diri. Saya telah pun memikirkannya.

    Masalah yang kami hadapi adalah rumit. Saya akan cuba mendapatkan persetujuan suami untuk menghadiri sesi kaunseling.

    Kepada rakan-rakan yang ingin berpoligami, ia tidak semudah yang kita fikirkan. Kita tidak tahu bahangnya sehinggalah kita merasainya sendiri.

    Terima kasih.

  11. no name says:

    As Salam Ustaz dan Puan Rita. Saya amat bersimpati dengan puan. Kisah puan lebih kurang sama dengan kisah saya yang berkahwin lewat usia 48 tahun dan masih bujang bersama duda beranak enam dan bekas isterinya memiliki keenam anak-anak tersebut. Walau bagaimanapun dalam masa tiga bulan perkahwinan kami, mereka merujuk kembali setelah bercerai selama 2 tahun 6 bulan tanpa persetujuan dan kebenaran saya untuk berpoligami. Amat tersiksa saya dibuatnya, inai masih merah dijari hati saya telah dilukai yang teramat sangat. Mereka merujuk dengan alasan anak-anak yang menghadapi masalah tanpa pengawasan dari suami saya. Tapi kenapa tidak dalam masa 2 tahun 6 bulan yang lalu, mengapa setelah berkahwin dengan saya baru ingatkan anak-anak. Sewaktu berkunjung ke rumah bekas isterinya saya telah diminta oleh bekas isterinya untuk menyerahkan surat nikah untuk membolehkan mereka berkahwin. Akhirnya saya dimadukan juga dengan perkahwinan mereka di utara tanah air. Awal perkahwinan mereka, saya diabaikan. Segala kata saya tidak dihiraukan dan berbagai alasan diberikan untuk mengelakkan balik ke rumah saya dan saya hampir-hampir merujuk ke Mahkamah Syariah untuk memohon penceraian. Akhirnya saya ambil keputusan meredhakan perkahwinan tersebut walaupun hati amat terluka yang teramat sangat. Kerana cemburu barangkali dengan kedudukan saya yang mempunyai pekerjaan tetap dan mempunyai segalanya kecuali suami saya telah dituduh menggunakan ilmu hitam dan tuduhan ini juga telah menyebabkan saya dan ipar tergugat. Untuk membuktikan tohmahan itu adalah dusta semata-mata saya dan iparnya pergi bersemuka dengan bomoh yang dimaksudkan dan akhirnya terungkailah yang tohmahan tersebut adalah dusta. Saya amat kesal dengan apa yang berlaku sekarang, anak-anaknya pada mulanya rapat dan sering berkunjung ke rumah kecuali yang perempuannya sahaja yang marah dengan perkahwinan saya dgn abah mereka. Ibu mereka pernah menghantar SMS kepada menyatakan bahawa dia amat marah saya merampas ayah kepada anak-anaknya. Saya sebenarnya terikat dengan satu ikatan perkahwinan yang direstui oleh kedua-dua pihak terutama ibu mertua saya. Sekiranya saya tahu suami saya akan merujuk balik dengan bekas isterinya, Demi Allah saya tidak akan melangsungkan perkahwinan ini. Saya tahu segalanya adalah Qadho dan Qadar Allah SWT tapi kita boleh mencari ikhtiar lain. Walau pun dengan keredhaan saya dengan perkahwinan ini, saya dapat merasakan yang saya hanya dijadikan tempat pengubat hati yang kecewa apabila suami saya menghadapi masalah di pihak sana dan saya akan diabaikan dengan perlakuan dan perbuatan yang barangkali tidak disedari oleh suami saya, tapi melukakan hati saya. Sebenarnya saya seorang yang tidak mahu mempersoalkan dengan kewajipan / tanggungjawab suami dan dengan sifat inilah hati saya semakin parah walaupun terpaksa memendam hati dan perasaan demi menjaga hati suami.

  12. Sarafina says:

    Salam ustaz,

    Saya sedang menghadapi masalah rumahtangga dan perlukan nasihat serta pandangan. Bagaimana saya boleh mengaturkan satu sesi kaunseling? Tolong bantu.

  13. Sarafina says:

    Saya telah berumahtangga berumahtangga selama 12 tahun dan dengan berkat Allah s.w.t dikurniakan 3 orang anak. Baru-baru ini suami saya menjalin hubungan dengan beaks muridnya yang berusia 19 tahun, 25 tahun lebih muda darinya.

    Suami tetap iingin meneruskan hubungannya walaupun telah dinasihati oleh keluarganya. Bila saya cuba berbincang dengannya

  14. Sarafina says:

    Maaf ustaz,

    The incomplete comment was sent accidentally.

    Bila saya cuba berbincang, dia naik baran dan selalu berkata, ” stop harping. You making me frustrated. Stop pushing me to a corner or I will make decision that you will not like.” Bagainya

  15. Sarafina says:

    Baginya, saya mencabarnya keupayaan. Ustaz, tidak Ada moat saya untuk berbuat demikian. Saya hanya ingin dia tahu bahawa saya tidak dapat menerima pihak ketiga dan perubahan yang situ Julian oleh anak-anak.

    Selama ini, saya tidak diberi nafkah. Banyak perbelanjaan rumah, anak-anak saya bayar sendiri. Malah, saya monolong suami dengan perbenlanjaannya serta hutang. Semua masa, Wang dan tenaga hanya untuk suami Dan anak-anak.

    Sekarang suami saya menuduh saya telah bertahun mengabaikan tanggungjawab saya. Saya sedang cuba berubah

  16. Sarafina says:

    tetspi suami memperkecilan usaha saya. Dia semakin berani menunjukkan berhubungan dengan sms and online chat dengan wanita itu di depan saya. Bayangkan berapa remuk hati saya bila ternampak symbol heart Dan smiley faces semasa suami chat online dengan gadis semasa anak-anak dan saya sama sama di kamar. Pernah apabila saya hendak mengejutnya untuk bersahur, saya dapati suami sedang online dengan gadis itu atau melihat gambarnya. Bust masa ini saya hanya berdoa Dan perbanyakkan sembahyang supaya suami menerima hidayah. Dlm pada itu, saya juga cuba menyiapkan diri jika apa yang tidak ingini berlaku. Tolong

  17. Muhammad Syafiq Bin Bakhtiar says:

    Assalamualaikum Ust,

    I have a friend who supports the idea of polygamy coz he believes its a sunnah and also population of female is relatively higher than male in some countries.

    However, while Islam does allow polygamy, the Islam that I know of does not encourage it. (I’ve no supporting evidence frm the Quran & Hadith but I believe Rasulullah saw kahwin ramai pun kerana sbb2 seperti political etc bukan kerana nafsu baginda)

    Jadi saya ingin memohon pencerahan dari Ust if there is any evidence frm the Quran & Hadith that support Islam advocating polygamy.

    Jazakallahukhair.

  18. sara says:

    Salam uztaz..sy ingin minta pendapat ustaz..

    Sy tlah mnjalinkan hbungan dgn tman lelaki sy sudah 4 tahun dan pernah merancang untuk berkahwin..namun keluarga pihak lelaki tdak bstuju kerana sy freshly graduate..familynya memandang pekerjaan untuk djadikan mnantu..jd tman lelaki sy dipaksa berkahwin dgn seorang ustazah yg mrupakan spupunya sendiri..sdangkan kami tlah menjalinkan hbungan sblum dia berkahwin..stelah dia berkahwin dia tdak pernah mninggalkan sy smpai keharini..usia pnikahan mreka msuk 11 bulan..istrinya ustazah dan mngajar di sbuah solah di sabah dan spanjang tman lelaki sy berkahwin, hanya 4 kali dia pernah pulang ke trengganu..tman lelaki nekad utk mnikahi sy kerana sy snggup mnunggunya walaupun dia suami org dan sy snggup bermadu..namun sy tfikir, bagaiman dgn pembahagian giliran bmalam sy dgn bakal istri ptama kerana istrinya tdak dpt pulang kerana tuntutan kerja.. mohon pertolongan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s