Di kesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Eid Adha kepada seluruh umat Islam di mana jua berada khususnya kepada pengunjung laman blog ini.
Ingin saya berkongsi pandangan tentang satu laporan akhbar setempat semasa Eid Adha yang lalu tentang kisah pasangan suami isteri Melayu yang mempunyai 8 orang anak, hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.
Terdapat beberapa iktibar yang dapat kita ambil daripada kisah keluarga ini yang dapat kita jadikan pengajaran bersama:
1. Tidak bijak buat keputusan
– Si suami memberi alasan berhenti kerja sebab tak happy dengan tempat kerja, walaupun pada ketika itu naru sahaja pinjam bank loan sebab upgrade ke rumah 4 bilik.
– Sikap tidak berfikir panjang dan tidak membuat keputusan dengan teliti tanpa memikirkan tanggungjawab pada keluarga yakni berhenti kerja atas sebab remeh sebegini bukan hanya berlaku pada mereka yang berpendidikan rendah tetapi juga berlaku pada mereka yang berpelajaran.
– Kadang2 kita gagal berfikir dan merenung kesilapan diri akibat asyik melihat kesalahan orang lain. Mungkin juga benar memang ada yang busuk hati pada kita, tapi pernah ke kita terfikir kesan pada keluarga? Sedangkan kita mempunyai pilihan untuk bersabar dan mencari kerja di tempat lain pada masa yang sama. Bagaimana pula kalau tempat kerja baru pun ada juga orang yang mempunyai peribadi yang sama? Berhenti kerja lagi?
2. Anak ramai.
– Keluarga ini memberi jawapan ‘God wills’ & ‘Joy to have so many children’. Kedua jawapan ini tiada salahnya. Namun, ia menunjukkan kurang kebijaksanaan dalam membuat perancangan.
– Menjadi mentalilti masyarakat Melayu memberi jawapan anak ramai banyak rezeki. Tapi rezeki perlu dicari dan setiap anak menandakan semakin banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.
– Adalah satu perbezaan, merancang untuk anak yang ramai dengan anak ramai yang tidak dirancangkan! Yang pertama merupakan satu hal yang dirancangkan dan pastinya keluarga tersebut sudah mempunyai idea bagaimana corak kehidupan mereka, sementara yang kedua pula menunjukkan ‘poor planning’ dan bakal terjadinya kegenjotan dalam rumahtangga menyusuli kealpaan dalam merancang.
– Pernahkah kita terfikir dengan anak sebegitu ramai, mampukah kita memberikan pendidikan agama yang sempurna? Mentelah lagi jika ibu bapa hanya mempunyai pengetahuan agama yang ala kadar sahaja? Salah siapa, jika mereka membesar menjadi seorang Muslim yang tidak mempunyai asas agama yang kukuh?
– Namun keluarga ini sekurang-kurangnya mempunyai nasib yang lebih baik, saya pernah terjumpa beberapa keluarga semasa sesi pembahagian fidyah di masjid saya bertugas, beberapa ibu muda yang belum mencecah 35 tahun tetapi sudah mempunyai anak 6 daripada bapa-bapa yang berlainan!
– Mungkin kita fikir semula, kualiti ataupun kuantiti? Jika kita punyai jumlah anak yang ramai dan pada masa yang sama mempunyai kualiti. Maka pastinya ia suatu yang sangat membanggakan. Namun jika tahu kelemahan dan kekurangan diri dari segi kewangan dan juga yang paling penting keupayaan memberikan pentarbiyahan agama kepada anak. Tidakkah bijak untuk kita mengawal kuantiti demi meningkatkan kualiti anak-anak kita?
3. Simpanan wang & amalan menabung
– Disebutkan dalam akhbar tersebut keluarga ini tidak mempunyai wang simpanan dan ianya memang dijangkakan.
– Saya pernah terbaca, penting bagi kita menyimpan 20-30% daripada pendapatan bulanan kita dan kita perlu mempunyai simpanan kecemasan selama 6 bulan. Namun, berapa ramai di kalangan kita yang mampu melakukan demikian.
– Amalan menabung sebenarnya tidak melihat kepada gaji besar atau kecil. Jika seorang bergaji $ 3,000 tapi berbelanja $ 3,000 juga atau lebih, sementara seorang yang bergaji $ 1,500 tetapi mampu menyimpan $ 50 sebulan. Mana satu yang lebih baik? Jika seorang dapat menabung
$ 50 X 12 bulan. Setahun dah $ 600. Jika 5 tahun dah $3,000. Satu jumlah yang membanggakan bagi saya bagi mereka yang bergaji $ 1,500.
– Saya pernah terbaca dalam satu laporan, seorang pakar kewangan pernah memberitahu amalan menabung perlu dilatih dari kecil oleh ibu bapa. Beliau menambah, tidak semestinya seorang yang bekerja sebagai peguam, doktor, jurutera atau Ustaz sekalipun (ni saya yang tambah hehe) mampu semulajadi menjadi seorang yang berjimat.
Kita perlu melatih anak dari kecil, jika seorang kanak2 ingin membeli sesuatu mainan dan kita mampu membelinya, berikan mereka masa 3 hari. Jika lepas 3 hari dia nak beli juga, maka jika kita ada duit. Belilah. Tapi jika lepas 3 hari, dia pun lupa! Maknanya dia tak serius sebenarnya, hanya ikutkan nafsu gejolak kanak2. Maka kita buat bodohlah!
Tetapi perkara di atas ini ini perlulah dipraktiskan oleh ibu bapa atau orang dewasa lebih dahulu. Contohnya, jika kita nampak hp cantik tu..janganlah terus beli. Fikirlah dulu..kadang2 besoknya kita pun dah tak ingat dah kan? Kalau kita jenis yang tak fikir panjang. Macam mana kita nak ajar anak kita berjimat dan menabung?
– Selain simpanan, amat baik juga jika kita mempunyai simpanan untuk hari tua dan untuk simpanan anak2 jika mereka mampu menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. Ini mampu dilakukan melalui insuran. Sebaiknya baik dimulakan jika anak masih lagi kecil, jadi wang yang perlu ditolak juga tidak banyak.
4. Amalan merokok
– Kedua suami isteri ini merupakan seorang perokok. Rokok selain berdosa hukumnya kerana memudharatkan kesihatan ia juga boleh mengikis wang kita.
– Bayangkan jika seorang menghabiskan sekotak rokok bagi satu hari. Sekotak rokok sekarang ini ada yang $ 15 sekotak. Jika sebulan maka maknanya $ 15 x 30 hari = $450. Setahun ($450 x 12 bulan) dah $ 5, 400! Kalau 5 tahun ($5, 400 x 5 tahun)? Dah $ 27,000 cik abang Oi!
Lebih daripada cukup untuk pergi haji suami isteri! Tapi pernahkah kita terfikir perkara ni? Hasil kira2 di atas timbul pula di benak fikiran saya untuk asingkan $100 sebulan bagi tabung haji saya sendiri agar saya dan isteri mampu ke tanah suci sebelum usia 40 tahun. Amin!
– Saya pernah terdengar perbualan pakcik2 depan saya di satu majlis walimah..seorang berkata ‘tak hisap rokokpun mati jugak!’ yang lagi satu pulak nyampok ‘ alah, orang tak hisap rokok pun cancer jugak!’ Hmmph..saya senyum jelah. Nak je saya tambah, ‘kalau hisab rokok lagi cepat mati!’ hehe.
Mudah-mudah an saya dapat mengamalkan apa yang saya tulis di atas dan apa yang disebutkan kali ini bermanfaat dan menjadi pengajaran untuk semua termasuk diri saya sendiri.
yusri, thanks for this insightful piece. this comes from me, an ex-smoker. i used to smoke about 50 sticks a day! i kid you not, 50, very easily in one day! eventhough i’m able to afford the habit, believe you me, the moment i quit, i immediately saw a stark improvement. after i’m done with all the withdrawals (which was an ugly sight – phlegm, fever, headache, purging..), my health improves, alhamdullilah. i enjoy my food better, and yes, without me realising it, i do save quite a bit! it’s been 18 months since i quit smoking and i’ve just done a calculation after reading your blog, and the amount i saved from not smoking is a staggering S$15,056.25!!!! (S$11 x 2.5 boxes a day x 547.5 days). And yes, it’s true, medically speaking, siapa hisap rokok, mati lebih cepat.