Berdasarkan beberapa kes kaunseling serta kursus persiapan rumahtangga yang saya pernah kendalikan, saya dapati masyarakat kita masih belum jelas dengan konsep nafkah.

Malah, saya juga maklum ada juga tenaga pengajar kursus rumahtangga juga tidak berapa jelas tentang ini. Saya tahu kerana saya pernah diminta MCCY sedikit masa dulu brief tenaga pengajar tentang konsep nafkah dalam Islam.

Nafkah dalam Islam sebenarnya merupakan tanggungjawab mutlak para suami. Maknanya, suami bekerja dan perlu menyediakan tempat tinggal dan makan minum keluarganya. Dlm konteks hari ini, maknanya beli rumah flat, bayar duit tong sampah rumah, bil api air, bil telefon rumah, duit pasar dll. Termasuk dlm perkara nafkah juga bil perubatan isteri.

Maknanya, isteri boleh sahaja demand untuk tidak bekerja. Atau suami minta isteri duduk rumah. Jaga rumah dan urusan keluarga dll. Cuma pada masa yang sama, isteri perlu redha dengan segala kemampuan suami. Maksudnya, jika suami hanya mampu sediakan rumah 3 bilik. Maka janganlah demand rumah 4 bilik dll.

Namun, jika kedua suami isteri ingin memiliki gaya hidup yang tidak dimampui oleh gaji suami seorang, contohnya nak rumah 5 bilik, nak ada kereta dll. Isteri pula mempunyai kelulusan yg baik dan tidak ingin sesiakan pengetahuannya. Isteri ingin keluar bekerja dan bantu suami utk ringankan tanggungjawab nafkah suami. Ianya juga tidak menjadi kesalahan. Asalkan suami izinkan isteri keluar bekerja dan isteri pula setuju untuk membantu – suami tidak boleh paksa.

Bahkan inilah rata2 arrangement suami isteri moden pada hari ini.

Isteri juga tidak boleh paksa suami utk izinkan dirinya keluar bekerja bagi suka2 utk tambah pendapatan sendiri, sedangkan suami sudah mampu menyara hidupnya. Tapi jika suami gaji dah cukup sara hidup keluarga, dan ingin benarkan isteri bekerja tanpa perlu bantu nafkah rumahtangga. Ia juga tiada masalah dan malah terbaik.

InshaAllah, pada tulisan akan datang, saya akan sambung mengenai duit poket untuk isteri. Adalah ianya nafkah atau tidak. Begitu juga suami yang tidak bayar nafkah dan harapkan isteri yang bekerja sara hidup mereka.

==

Bagi khidmat kaunseling agama secara bersemuka (face to face) atau online, bolehlah hubungi saya melalui link berikut, http://abahyasir.wasap.my atau melalui pm di messenger atau emel di abah.yasir@gmail.com

Boleh juga lungsuri ke http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling untuk maklumat lanjut untuk bagi profile abahyasir dan juga testimonial.

#kaunselingUY #abahyasir #nafkah

https://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling/

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s