As salam ustaz…
Saya nak tahu apa kah hukum nya suami yg berkahwin lagi dengan senyap tanpa memberitahu istri..dan apa kah hukum nya suami yg berpendapatan rendah (tidak mampu) tetap berkahwin lagi…apa yg saya tahu suami itu perlu adil dari segi nafkah…jika dia tak dapat adil apa kah hukum nya…..terima kasih…
Anon
Jawapan:
Waalaikumsalam. Berkahwin secara senyap tidak dapat dipastikan sah atau tidak, kerana cara ini biasanya dilakukan tanpa ikut saluran yang betul. Contoh, jika buat di bawah majlis agama tau pejabat nikah, kita tahu pengawasan, siapa kadi, saksi dll. Andai kata penuhi syarat nikah, maka sah nikah suaminya. Cuma dengan berkahwin lagi, maka bertambah tanggungjawab. Jika dia gagal penuhi tanggungjawab eg tidak beri nafkah = berdosa hukumnya kerana tidak adil dalam perkahwinan. Wallahu A’lam.
==
Bagi khidmat kaunseling agama secara bersemuka (face to face) atau online, bolehlah hubungi saya melalui link berikut, http://abahyasir.wasap.my atau melalui pm di messenger atau emel di abah.yasir@gmail.com
Boleh juga lungsuri ke http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling untuk maklumat lanjut bagi profile abahyasir dan juga testimonial.