Saya pernah terbaca satu quote seorang ahli agama yang berpandangan bahawa wanita yg paling hampir dengan keredhaan Allah – ialah yang sentiasa di rumah dan jauh daripada pandangan lelaki…

Rasanya boleh timbul salah faham…sebagai satu refleksi…

Adakah keredhaan Allah hanya hadir pada wanita yang duduk di rumah dan jauh dari pandangan lelaki sahaja?

Bagaimana pula dengan wanita yang keluar bekerja bagi membantu suami atau ibu bapa bagi keredhaan ibu bapa atau meringankan beban suami?

Atau, wanita yang keluar rumah menuntut ilmu kerana ingin kedudukan yang tinggi di sisi Allah (maksud surah al Mujadalah: 11) atau ingin diberikan kemudahan jalan ke syurga? (maksud hadis).

Atau, wanita yang keluar rumah berjumpa teman2nya bagi mengeratkan silaturrahim – serta bertemu mereka dan berpisah hanya kerana Allah? (maksud hadis antara 7 golongan yang dinaungi Allah bawah arasy Nya pada hari akhirat kelak).

Saya kira ketiga2 contoh wanita tadi juga hampir dengan keredhaan Allah. Insha Allah.

Sambungan…

Kembali pada posting saya yang lepas tentang redha Allah kepada wanita yang keluar rumah dan duduk rumah – jauh dari pandangan lelaki.

Zaman moden ni, bukan sahaja lelaki shj suka tengok wanita. Wanita pun dah suka tengok lelaki yang hensem dan seksi. Macho dan sado. Jadi lelaki pun kena duduk rumah juga. ☺

==

Bagi khidmat kaunseling agama secara bersemuka (face to face) atau online, bolehlah hubungi saya melalui link berikut, http://abahyasir.wasap.my atau melalui pm di messenger atau emel di abah.yasir@gmail.com

Boleh juga lungsuri ke http://atomic-temporary-38651040.wpcomstaging.com/khidmat-kaunseling untuk maklumat lanjut bagi profile abahyasir dan juga testimonial.

#kaunselingUY   #abahyasir

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s