Hari ni istimewa sangat kerana tidak seperti Eid Fitri di mana kami sekeluarga solat di rumah shj. Kali ni, saya kesempatan utk solat Eid Adha bersama keluarga, ibu bapa, adik beradik saya dan juga anak2 sedara.

Alhamdulillah, idea ni baru terfikir mlm raya. Dptlah sama2 tadi takbir sama2, solat sama2 dan berikan khutbah.

Khutbah saya ringkas shj. Saya karang sendiri utk pesanan bagi saya sendiri, adik beradik dan anak2 sedara.

Ingatan utk imbas peristiwa pengorbanan utk Hajar buat anaknya Ismail a.s. juga saya kongsikan ayat surah al Nisaa, 36.

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,”

Ingatan utk buat baik dgn ibu bapa dulu yg telah banyak berkorban utk kita semua. Kemudian dgn adik beradik. Ini sebenarnya relevan utk anak2 saya dan anak2 saudara saya. Biasalah adik beradik. Ingatan saya, jgn tolong org lain, tapi ibu bapa kita sendiri kita tak sumbang apa2. Baik luar biasa dgn kawan2, tapi dgn adik beradik tidak tegur sapa.

Jadilah spt apa yg Nabi ingatkan. Hormati yg tua. Sayangi yang muda. Saya kemudian sudahi dgn doa khas buat keluarga pada khutbah kedua.

Begitulah pesanan khutbah saya utk manfaat diri dan yang lain. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply