Kembali pada realiti.
Semoga Jumaat kali ini sangat istimewa khususnya mereka yg dpt tunaikan Jumaat di masjid.
.
Buat petugas masjid semoga anda semua terus tabah menjalani tugasan dan berkhidmat kepada masyarakat. Moga Allah berkati kalian.
.
Bagi yang tak dpt tempat, mungkin bukan rezeki kita. Tapi ingatlah, Allah itu Maha Pengasih. Sedikit sebanyak, niat yang Murni tu pasti tidak disesiakan Allah. Teringat akan sepotong hadis ni.
“Barangsiapa yang menghampiri tempat tidurnya sedang ia telah berniat untuk bangun melakukan solat di malam hari, namun ia tertidur hingga waktu Subuh, maka ditulis baginya pahala apa yang ia niatkan hari ini. Amar Ma’ruf Nahi Munkar satu perbuatan yg baik. Tapi ianya ada etika dan adab tertentu. Elakkan sindiran dan nada berbaur kemarahan. Kerana itu menjauhkan golongan sasaran yang sebenarnya ingin kita teguri. Itu pastinya bukan sesuatu yg kita inginkan dari pesanan kita itu.
#warnawarnikehidupan
#YNWA