Buku ini memaparkan pelbagai panduan dan solusi apabila berdepan dengan situasi dan senario kehidupan bermula dari sebelum pernikahan sehinggalah ke alam berumahtangga dan selepasnya. Dari panduan memilih calon pasangan sehinggalah dalam berkomunikasi antara suami isteri serta berinteraksi dengan mentua. Dari mendidik anak-anak kecil hinggalah kepada membimbing dan berkomunikasi dengan anak-anak remaja. Dari mula menempuh asam garam dan dilema rumahtangga sehinggalah dalam mengharungi badai perkahwinan seperti konflik rumahtangga, keterlanjuran, perceraian, kehidupan bermadu dan keinginan berpoligami.

Ia turut berkongsi panduan dalam menempuh krisis kekeluargaan dengan ibu bapa mahupun pendekatan kita dalam menghadapi polemik masyarakat dalam berdepan dengan amalan-amalan dalam bulan-bulan Islam tertentu, mahupun gangguan dalam beribadah seperti masalah was-was dan sebagainya. Tidak ketinggalan, ia juga turut menyentuh cabaran masakini seperti gejala ISIS dan kemurtadan mahupun anasir LGBT yang turut mempengaruhi sebahagian masyarakat Islam kita.

Seperti mana karya pertama penulis melalui buku ‘Seindah Solat Nabi’ yang merupakan adaptasi dari disertasi sarjana penulis. Buku ‘Warna Warni Kehidupan’ ini juga turut diolah dengan gaya bahasa yang mudah, santai beserta pengalaman-pengalaman sebenar yang dilalui penulis.

 

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

2 responses »

  1. Azzuwin Bachok says:

    Assalammualaikum ustaz. Saya berminat untuk dapatkan 2 buah buku ustaz. Saya bekerja di Kedah dan berasal dari Johor Bahru.Saya ingin sekali beli buku ustaz

    • abahyasir says:

      Waaalaikumsalam
      Buku saya boleh didapati di toko2 buku Malaysia. Boleh cuba cari di Popular, MPH atau kedai buku biasa. Hanya RM19 sahaja. Jika di spura $13 dan blm termasuk harga post ke Kedah.

      Mungkin hampir $20 atau RM65. RM130 bagi 2 buku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s