‬Sesekali ketika kita menziarahi ibu bapa, ambillah kesempatan untuk berdua sahaja bersama mereka tanpa kelibat anak-anak atau pasangan kita, pastinya itu lebih bererti dan bermakna di sisi mereka, kerana dapat bermesra dengan anak-anak mereka sendiri, dan bagi kita dapat pula bermesra dengan kedua ibu bapa.

Berilah saguhati pada setiap bulan dan ibu dan ayah kita. Bukan banyak wangnya yang menjadi ukuran, tapi tanda ingatannya yang penting. Apabila ibu bapa gembira, maknanya kita telah berlaku ihsan pada diri mereka. Mereka doakan kita, rezeki kita semakin bertambah dan tidak berkurangan. Dan yang paling penting kita beroleh keberkatan darinya.
‪#‎WarnaWarniKehidupan

Leave a Reply