Mungkin ada yang mungkin bertanya, mengapa perlu restu ibu bapa dalam perkahwinan?

Jawapannya ialah sebab restu memainkan peranan penting dalam keberkatan rumahtangga. Dengan adanya restu, bermakna kedua ibu bapa redha dengan pilihan kita dan setentunya mendoakan yang terbaik buat perkahwinan kita.

Malah, keberkatan ibu bapa memberi impak penting dalam menentukan hayat rumahtangga sesebuah pasangan itu. Ini kerana tiadanya restu mereka, menunjukkan ibu bapa tidak berkenan atau tidak suka dengan pilihan kita.

Bayangkan, jika si ibu tidak mendoakan kerukunan rumahtangga atau lebih dahsyat lagi mendoakan keruntuhan rumahtangga?

Bagaimana pula jika ibu bapa sering mencari pasal dengan menantu dan si menantu pula tidak mahu beralah dan lebih kurang dengan mereka…Tidakkah ini menambah kebencian mertua pada menantu? Tidakkah itu sedikit sebanyak akan memberikan kesan pada keharmonian rumahtangga, yang mana jika tidak ditangani dengan baik boleh mengakibatkan pula perceraian?

Cuba bayangkan senario berikut pula, kedua-dua ibu bapa kedua belah pihak bersetuju dan merestui serta gembira dengan pilihan calon suami dan isteri.
Kedua ibu bapa pula sentiasa mendoakan kesejahteraan anak-anak dan menantu. Apabila pasangan suami isteri keduanya bekerja, ibu bapa dapat membantu menjagakan anak-anak mereka. Bila kedua suami isteri berkelahi atau bertengkar, ibu bapa tidak mengapi-apikan antara anak dan menantu, malahan cuba membantu atau membiarkan keduanya menyelesaikan sendiri isu rumahtangga yang dihadapi.

Tidakkah senario ini sesuatu yang kita semua idamkan? Tidakkah restu kedua kedua ibu bapa sangat penting, selain faktor yang membawa kepada keberkatan dan kemudahan dalam rumahtangga?

#WarnaWarniKehidupan

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s