Sikap malu pada diri seorang Muslimah perlu menjadi antara kriteria utama dalam memilih bakal isteri.

Seorang Muslimah solehah pastinya perlu mempunyai sikap malu dalam berinteraksi secara bebas dengan pasangan yang bukan mahram…

Muslimah tersebut perlu menjaga perilaku serta akhlak dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan aib serta maruah keluarga. Sebagai contoh di tempat kerja, bila makan tengahari, usahlah keluar berdua-duaan dengan teman sekerja lelaki walaupun tiada apa-apa berlaku antara mereka berdua.

Perkara ini perlulah diperhatikan dan sewajarnya menjadi kebiasaan dalam pergaulah seharian seorang Muslimah yang baikPerkara yang sama juga perlu dititikberatkan dalam aspek pemakaian seorang Muslimah. Bukan sekadar berhijab atau memakai tudung sahaja, tetapi juga perlu menutup aurat dengan sempurna…

Andai kata pasangan pilihan yang ditemui, masih lagi belum berhijab atau bertudung, maka carilah sekurang-kurangnya yang mempunyai sikap malu dan sopan dalam berpakaian.

Saya pasti dengan wujudnya rasa malu dalam menjaga kehormatan diri, tuntutan hijrah untuk berhijab akan menjadi lebih mudah selepas itu. Insha Allah.

#WarnaWarniKehidupan

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s