Pernah kecik hati dengan mak bapak?

Dulu masa remaja saya pernah ada perasaan macam tu…bila dewasa saya fikir semula tak wajar sebenarnya untuk punyai perasaan mcm tu. Alhamdulillah, perasaan sedemikian tidak lagi terlintas dlm hati saya kini.

Sebenarnya, tidak perlu sama sekali wujud perasaan kecil hati dengan seorang ibu atau bapa atau keduanya, tidak kiralah sejauh mana dan sedalam mana silap dan salah kedua orang tua terhadap kita.

Bagaimana mungkin kita perlu marah, kecewa atau berperang dingin dengan orang yang selama ini membesarkan kita? Walau macam mana kecewa kita sekalipun mereka tetap ibu dan bapa kita.

Apa yang perlu ialah, jika mereka tersilap, anggaplah itu sebagai kelemahan mereka. Maafkanlah mereka. Tegurlah dengan cara yang penuh dengan hikmah dan santun. Berlembutlah dengan mereka.
Ingatlah, kedua ibu bapa kita ini bukanlah teman atau kawan kita atau adik beradik kita, mereka ini adalah ibu dan bapa kita sendiri.

Leave a Reply