Antara perkongsian saya semasa sesi Bicara Asatizah di Masjid Muhajirin semalam.

Adab-Adab di Alam Maya:
Do’s
-Menghormati pendapat dan keperibadian rakan siber kita sama seperti kita menghormati kenalan kita di luar siber
-Menjaga adab dan bahasa yang digunakan di FB sama seperti kita menjaga akhlak kita di luar siber
-Memeriksa sumber dahulu apabila menerima sebarang berita sebelum berkongsi dengan teman lain
-Melakukan kajian ringkas dari sudut kesahihan sebarang pengisian (content) khususnya jika ia melibatkan teks agama (Quran/Hadis dll)
-Menjadi pengguna yang bertanggungjawab dengan profail yang jelas dalam menyampaikan setiap pandangan dan komentar
-Bersangka baik dgn insan lain dan tidak membuat tuduhan dan spekulasi melulu tanpa memastikan tujuan insan tersebut terlebih dahulu.

Don’t
-Elakkan dari menggunakan kata kesat atau menjatuhkan maruah orang lain
-Tidak menghina, mencela, menyindir mahupun melemparkan tuduhan dan sangkaan yang belum tentu lagi benar
-Tidak menjadikan media sosial sebagai wadah untuk maksiat. eg kongsi gambar tidak senonoh, kongsi berita keburukan orang atau fitnah
-Tidak menjadikan ruang untuk berkenalan dengan mereka yang bukan mahram khususnya pasangan yang sudah bernikah.
-Tidak bersikap membuli dalam siber atau cyber bully seperti menghina atau mempersolkan kredibiliti seseorang bersama teman-teman siber kita yang lain.
*Dengan sedikit penambahan.

Leave a Reply