Kecoh juga tersebar bahawa agensi pengagihan zakat sepert Muis, Masjid dll tidak memainkan peranannya,sehingga pemohon zakat terima bantuan dari gereja. Saya cuba kongsi apa yang saya tahu dari pengalaman di masjid dahulu. Setiap Pusat Zakat ada amanahnya, sama seperti CDC kelolaan kementerian. Pusat zakat di Spura juga ada prosedur, ada syarat2nya.

Zakat diberi dalam pelbagai cara, ada secara tunai, ada juga hamper, ada juga voucher (bagi fidyah), ada juga diberikan dalam bentuk bantuan persekolahan, program utk ibu bapa. InshaAllah, setiap fakir/miskin ada haknya. Buktinya, mereka yang ingin cari kesalahan Muis, bebas dapatkan fakta di internet. Ia transparent. Isunya, kadangkala pemohon suka zakat hopper, suka lompat dari satu masjid ke satu masjid. Tidak ingin bekerja dgn bermacam alasan. Hanya ingin bantuan berbentuk cash. Bila dapat voucher atau hamper, barangan atau skim lain. Mereka tidak mahu.

Malah, kadang dijualnya bagi wang tunai. Bila tidak diberikan bantuan dgn sebab2 tertentu, mulalah ugut nak minta duit dari gereja dan nak masuk agama lain. Jadi salah siapa jika mereka ke gereja. Sanggup menjual iman mereka etc. Salah individu tu atau gereja, masjid atau Muis dll? Masyarakat juga boleh suarakan keprihatinan jika tidak puas hati dengan cara pengagihan. Kita perlu berikan teguran. Pihak yang berkenaan juga perlu terbuka dengan aduan dan teguran. Pusat zakat seperti Muis, Masjid dll pun ada kelemahan, mereka tidak sempurna. Jika ada kelemahan pun atau aduan tidak dapat zakat dari pemohon, mereka boleh mengadu. Tapi si pengadu biasanya tak cerita semua. Hanya dikongsi tak dapat zakat. Jika diceritakan pun, yg baik2 sahaja dari mereka.

About abahyasir

A religious worker, blogger, Ex-Kadi, counsellor, columnist, book writer and finally a true Kopite! http:/facebook.com/abahyasir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s